CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Doa Di Mekah Makbul, Mimie Haris Kahwin Lagi

16-10-2022 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5489| Komen: 30

Doa pengacara, pelakon, dan penyanyi Mimie Haris, 32, dipertemu jodoh sewaktu ke umrah pada Mac lalu termakbul apabila dia selamat bernikah dengan ahli perniagaan Khairril Anuar, 38.


Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris berkata hubungannya dengan Khairril cuma atas dasar kawan semata-mata namun tak sangka membawa ke pelamin.

Foto: IG

"Sewaktu menunaikan umrah pada Mac tahun ini, saya berdoa segala urusan dipermudahkan. Baik jodoh dan kelangsungan karier seni. Tak sangka rezeki jodoh datang dulu.

"Saya dan suami kenal sebagai kawan saja tidak lama dulu. Apabila bawa jumpa keluarga, mereka sangat sukakan Khairril terutama bapa saya. Kiranya dia memang pilihan keluarga.


"Khairril adalah seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan sentiasa positif. Dia tak suka bercerita mengenai orang lain dan suka abaikan cakap-cakap yang membabitkan kami," katanya.



Berlangsung di sebuah lokasi di Glenmarie, Shah Alam, majlis terbabit cuma dihadiri lebih 300 tetamu.

Menurut Mimie, dia enggan menguar-uarkan hubungan mereka sejak bertunang pada Jun lalu kerana hormati keluarga kedua pihak.

"Pasal bertunang pada Jun lalu pun baru saya kongsikan menjelang majlis nikah. Memang tak nak kongsi sebelum ini kerana ialah apa-apa saja boleh jadi kan dan hati keluarga pun kena jaga.

"Majlis nikah dan resepsi pun kami adakan pada hari sama dalam skala kecil-kecilan saja. Maaf sangat saya tak dapat jemput ramai kerana kebanyakan yang hadir pun daripada rakan terdekat keluarga," katanya.



Mimie berkata dia dan suaminya ada merancang untuk berbulan madu namun bukan keutamaan buat masa sekarang.

Mereka mahu kembali bekerja terlebih dulu, tambah simpanan, dan berhasrat bercuti di luar negara kelak.



Terdahulu, pengacara program WOW itu pernah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan 2020.



Bagaimanapun jodohnya tidak berpanjangan. Hasil perkahwinan itu, Mimie tidak dikurniakan cahaya mata. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minahmanja 16-10-2022 07:19 PM
Menikah kali ke 3? Wow.: congrats tp siapa ni…
Quote missyL 16-10-2022 07:26 PM
minahmanja: Menikah kali ke 3? Wow.: congr ...

Pengacara wow shop
Quote 3chanceno 16-10-2022 07:37 PM
Wow Umur 32 tahun, dah nikah 3 kali  hokkay laku keras ko dik
Quote Thunderclouds 16-10-2022 07:41 PM
Laku dia ni. Ex2 laki seblom ni pn org bukan bewak. Jodoh xpanjang. Moga kekal ya. Insyaaallah.
Quote lattehazelnut 16-10-2022 07:42 PM
Tahniah.. boleh join kelab nh versi muda sikit..
Quote I.K.A888990 16-10-2022 08:08 PM
pergh dasyat btw tahniah
Quote hanihan16 16-10-2022 08:18 PM
i suka tengok muka dia ni, sweet2 je rasa. dah jadi pengacara wow shop ye skrg? dulu berlakon kan
Quote kuchenta_81 16-10-2022 08:42 PM
Tahniah Mimie. Muka macam Zulin Aziz.
Quote dudaberhias 16-10-2022 09:13 PM
who are yussss... tahniah tapi kaka tak kenal ko sape dikkkk... nak tuduh sape yang kenal heshe adalah golongan yang sah kertu dan pencen gomen... agittuhhh.... larikkkkkk
Quote sukacactus 16-10-2022 09:17 PM
Dia ni asalnya penyanyi kan pastu berlakon pastu br hosting
Quote diamondhoney 16-10-2022 09:18 PM
dudaberhias replied at 16-10-2022 09:13 PM
who are yussss... tahniah tapi kaka tak kenal ko sape dikkkk... nak tuduh sape yang kenal heshe adal ...

Jangan la gitu chuols.. Iols kenal sheols tp dok le kertu.. Dah mak iols duk layan Wow shop tu..
Quote Hoola 16-10-2022 09:21 PM
Huntung aahh larisss
Achik jg msih xlaku nk masuk kali ke2 pun Blum smpei2 Nye labuuuuu
Quote heythere123 16-10-2022 10:41 PM
tak pernah tahu dia dah pernah cerai dua kali, kira berani gak la untuk kawen kali ke-3 ni
Quote chekacheku 16-10-2022 10:55 PM
Cepat2 aku pegi ke yutiup cari lagu mimi harris ni..idokler pernah aku tahu dia mnyanyi..haha
Quote Carcosa 16-10-2022 11:24 PM
Walaupun kau cantik, tapi maaf, saya tak kenal awak.
Apa2 pun, tahniah sbb dpt duit hantaran kali ke 3
Quote mzsnam 17-10-2022 12:40 AM
Dulu dia cantik dlm klip video lagu hari raya yg skli najwa latif tu..skarang mula da lain kureng cantik sikit..tp ok la comel diusia 32
Quote whimsicalmusic 17-10-2022 02:32 AM
Die ni bkn adik rodie kristal?
Quote rosedemon 17-10-2022 10:03 AM
ok acik mimi congrats
Quote KamikuP 17-10-2022 10:09 AM
3 kali nikah cerai moga kalini yg tewrbaik yaa.. anyway meolls tak kenal sheollss yaach

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.064553 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top