Gelandangan maut dipercayai dibunuh seorang lagi gelandangan dalam satu pergaduhan di lorong berhampiran kaki lima jalan Leong Sin Nam.
Menurut laporan, mayat gelandangan berkenaan dijumpai awal pagi ini. Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, mangsa berusia 68 tahun dipercayai dipukul dan ditendang suspek berusia 51 tahun yang marah dengannya. Polis yang menerima laporan pada jam 5.20 pagi membuat pemeriksaan di lokasi dan menahan suspek dalam masa singkat. Sementara itu, pekerja restoran yang enggan dikenali berkata, dia yang datang jam 3 pagi untuk menyediakan makanan terdengar bunyi pergaduhan berhampiran restoran pada jam 5 pagi.
"Saya mendengar orang bergaduh yang sangat kuat dan bunyi kaca pecah, saya kemudian keluar untuk melihat. "Selepas itu, saya menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika ditemui berhampiran lokasi pagi ini. Katanya, gelandangan yang menjadi mangsa sememangnya kerap tidur di sekitar kawasan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sumber: Harian Metro
|
matamata replied at 16-10-2022 04:34 PM
supernaturalee replied at 16-10-2022 07:20 PM
Apooo
Scary movie ade buat mcm gini
matamata replied at 16-10-2022 04:34 PM
matamata replied at 16-10-2022 07:30 PM
Aku ada masa lebih sikit ari ni
ADVERTISEMENT