CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azira Shafinaz Dah Ada Pilihan Tema Perkahwinan Impian

16-10-2022 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2025| Komen: 9

Azira Shafinaz mendedahkan sudah mempunyai 'folder' menyimpan koleksi tema majlis perkahwinan impiannya, namun yang masih belum ada ialah calon pilihan hati.

Penyanyi dan pelakon dengan nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan berkata, dia bagaimanapun tidak berasa tertekan dengan status solo itu kerana sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri sendiri dan percaya jodoh akan datang bila sampai waktunya.


IG Azira

"Namun, kalau ditanya apakah saya sudah sedia berkahwin, memang dah pun bersedia pada umur sekarang. Malah, saya pernah luahkan pada kakak saya, keinginan mempunyai anak sendiri. Tapi, tunggulah masa itu (jodoh) akan tiba juga.


"Pada usia kini, saya memerlukan calon pasangan yang komited dan serius dalam perhubungan. Bagi saya, ini bukan masanya lagi nak cari calon yang masih mahu bersuka ria. Itu yang nampak saya semacam cerewet.

"Jadi, untuk saya berkawan baru itu rasanya sekarang masih mencari. Kalau ada, ada lah. Kalau terbuka hati saya, mana tahu. Tapi, buat masa sekarang memang tak ada (kekasih)," katanya ditemui, baru-baru ini.

Ditanya juga apakah dia trauma dengan kegagalan percintaannya sebelum ini, Azira berkata dia tidak trauma, namun lebih kepada berhati-hati untuk membuat pilihan.


IG Azira

"Saya dengan bekas kekasih pun sehingga kini kami masih berkawan. Keluarga saya dan keluarga dia pun masih berhubungan baik dan kami rapat. Memang tiada masalah pun sesama kami.

"Cuma, macam saya kata, kalau jodoh itu ada, ada lah. Saya hanya tidak mahu terlalu mencari-cari," katanya yang menyifatkan 'kenen-kenen' peminat dengan rakan pelakon itu perkara lumrah dalam kehidupan selebriti.

Difahamkan Azira pernah putus cinta dengan bekas kekasihnya dikenali Yasser pada 2019 lalu selepas enam tahun mereka menjalinkan perhubungan.

Azira yang aktif berlakon selain menyanyi, tampil dengan drama Viu Original Malaysia terbaharu berjudul Ijab Kabut sebagai Deanna iaitu seorang penerbit muzik kompetitif dan licik demi mengejar impian perkahwinannya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 16-10-2022 05:34 PM
Semoga berjodohan.
Quote missHaidiD 16-10-2022 05:54 PM
Dok gebang cm si bungkus la ko. Belum apa2 da sibuk bercerita nk tema itu tema ini. Padahal calon pun takde.
Quote margo20 16-10-2022 06:36 PM
Bg hint la tu kt calon pat la minang dia
Quote TerataiMelur02 16-10-2022 06:42 PM
Kenapa putus dengan pakwe yang suka buat mulut muncung kalau bgambar tu?
Quote kemboja2020 17-10-2022 12:47 PM
Lama dia bercinta dgn anak ORKA tu. Tak tau sebab putus nya. nampak sepadan je. Masa couple pun family kedua belah rapat.
Quote lasagna 19-10-2022 08:09 AM
nasib bkn dgn mamu.. hampir gak tu..
Quote tembamgirl09 19-10-2022 08:22 AM
ko lawa zira, cariklah org yg betul2 kaya, berbaloi
Quote black_handbag 19-10-2022 08:33 AM
siap ada album. nak sgt dah tu kawin. wani badder 2.0 ke ni siap beralbum
Quote cmf_premierleag 19-10-2022 08:39 AM
Mesti la dia nk yg lagi kaya..kurang2 sama la dgn bff dia punya hasben anak orka tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.118945 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top