CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azizan Osman Berjaya Dalam Hidup, Murah Rezeki Kerana Jaga KPI Ibu

16-10-2022 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1810| Komen: 19

Selain berjaya melahirkan 300 usahawan jutawan dalam kalangan masyarakat, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang baru sahaja menerima ijazah Doktor Falsafah dari Asia e Univerisiti dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan ini mengakui, di sebalik kejayaannya, keberkatan dalam perhubungan itu adalah perkara yang paling penting.


“Saya sangat percaya kepada keberkatan. Itu adalah kuncinya. Kalau kita hidup berusaha mencari keberkatan kita akan cuba menjaga perhubungan. Sebab keberkatan dengan perhubungan ini dia macam pasangan.


IG Azizan

“Perhubungan ni, dia melibatkan kita dengan Tuhan, kita dengan Nabi, kita dengan mak ayah, kita dengan pasangan, kita dengan orang sekeliling dan kita dengan masyarakat.


“Kalau kita dah biasa jaga perhubungan, dia akan melimpah kat bisnes… sebab kita faham bisnes ni it’s all about trust,” katanya.

Malah, jurulatih keusahawanan dan pakar pemasaran terkenal itu berkata, kunci yang paling besar adalah keberkatan yang diperolehi dari seorang ibu, bapa dan juga pasangan.

“Bagi saya kunci paling besar adalah keberkatan dengan mak, ayah, isteri dan semuanya baik. Keberkatan Allah tu adalah keberkatan rezeki. Kasih sayang itu wujud dan kasih sayang Allah tu sampai Ya Rahman, Ya Rahim.

“Tapi kalau dalam keluarga kucar kacir mana nak datangnya rezeki Ya Rahman… Jadi saya sangat setuju keberkatan dalam perhubungan tu sangat penting,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai amalan yang dilakukan sehingga boleh meraih kejayaan luar biasa pada usia 48 tahun, Azizan memaklumkan, dia perlu menjaga Key Performance Indicator (KPI) nya terutama sekali kepada ibunya.

“Saya ada KPI, betapa sibuk sekalipun saya, tapi KPI saya adalah mak saya mesti happy.

“Kalau lama saya tak jumpa dia, saya akan cari jalan macam mana nak jumpa dia dan pastikan dia happy. Jadi bila saya ada masa saya akan luangkan masa buat sesuatu dengan mak saya.


IG Azizan

“Macam baru-baru ni, saya baru balik dari Switzerland, bila balik tu saya akan bawa mak pergi mana-mana yang dia nak. Out of my busy time, saya berusaha luangkan masa sebab saya nak dia gembira.

“Dan, mak saya ni dia punya power tu adalah bila dia angkat (berdoa) tu ya Allah, memang sangat power. Setakat hari ini, tak kisah lah bila saya buat PHD atau ada challenge lain saya akan buat, saya tetap akan minta mak saya doa, dan mak saya memang power bab tu.

“Mak akan bangun tiap-tiap malam pukul 2-3 pagi, kalau dia berdoa memang dasyat.

“Tapi bagi yang tak ada mak, jangan sedih… masih boleh gembirakan mereka dengan doakan mereka, sedekah, wakaf dan bahagiakan ahli keluarga mak kita. Sebab bila kita jaga orang yang mereka sayang, ia sama macam dia akan bawa keberkatan dalam hidup kita begitu juga dengan ayah atau pasangan.

“Jadi itulah sebenarnya ‘rahsia besar’ dia, buat sikit dapat banyak. Jaga mereka,” kongsinya.


Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 16-10-2022 04:01 PM
tahi (dilempar )
Quote Thunderclouds 16-10-2022 04:37 PM
Kitty_catz replied at 16-10-2022 04:01 PM
tahi (dilempar )

never fail making me laugh
Quote glump 16-10-2022 04:59 PM
Buat content yg touch ..ie ibu
Quote Goodluckdontcry 16-10-2022 05:12 PM
Ape2 je la labu Halloween...
Quote Babai 16-10-2022 05:15 PM
Kitty_catz replied at 16-10-2022 04:01 PM
tahi (dilempar )

Hahahahahaha
Quote airfilterkotor 16-10-2022 05:17 PM
Tetapi jutawan sekarang perangai dah masuk chapter yg aneh² belake.
Quote aechae 16-10-2022 05:24 PM
Kitty_catz replied at 16-10-2022 04:01 PM
tahi (dilempar )

Betterr letak GIF sis
Quote jazaa100 16-10-2022 05:33 PM
Kitty_catz replied at 16-10-2022 04:01 PM
tahi (dilempar )

Ha...ha...

Selalu aku jumpa
Alfatihah (dibaca)...

Quote Kitty_catz 16-10-2022 05:53 PM

takde stock sis
Quote Kitty_catz 16-10-2022 05:53 PM

glad i made ur day kaka
Quote Kitty_catz 16-10-2022 05:54 PM
jazaa100 replied at 16-10-2022 05:33 PM
Ha...ha...

Selalu aku jumpa

kan.. byk dah boleh buat

tahi (dilempar)
kahak (diludah)


Quote missyL 16-10-2022 08:26 PM
So, ni je la phd yg x bogus ke..
Tp University punye name pn x pnh dgr
Quote makita 16-10-2022 08:31 PM
Sendiri claim berkat...puit
Quote helicornia 16-10-2022 09:28 PM
Dok jaja kebaikan sendiri tu riak namanya
Quote dani-rox 16-10-2022 10:17 PM
Edited by dani-rox at 16-10-2022 10:19 PM

Quote naina 16-10-2022 10:25 PM
Kitty_catz replied at 16-10-2022 05:54 PM
kan.. byk dah boleh buat

tahi (dilempar)

........(menahan jari)
Quote green~tea 16-10-2022 10:26 PM
Edited by green~tea at 16-10-2022 10:27 PM

Huk alohhh jijang oiiiii.. ye lahhh ko sorang je lah dalam malaysia ni jaga mak, jaga hati mak

Grad PHD semata keluarkan nasihat lagu ni.... alahai.. anak jiran stinger 3 tahun terbantut pun lebih cerdik
Quote Highflyer19 16-10-2022 10:53 PM
Baguslah nak…
Quote dudaberhias 16-10-2022 10:59 PM
berapa hagaknya xtra tu di bayar untuk up cerita heshe ni???

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.090234 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top