Selepas dihujani kritikan kerana pemakaiannya, penyanyi Masya Masyitah kali ini menarik perhatian netizen dengan penampilan lebih sopan.
Dalam hantaran di Instagram, Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, dipuji pengikutnya kerana mengenakan pakaian yang lebih sopan dan sempurna. Masya dilihat menggayakan sepasang dress labuh berwarna jingga dengan mengenakan hijab menutup dada.
Rata-rata netizen memuji penampilan Masya yang dilihat lebih sopan digayakan oleh seorang wanita berhijab. Sebelum ini, Masya pernah ditegur peminat gara-gara pemakaian yang dianggap pelik dan tidak sesuai untuk wanita bertudung. Fesyen Masya itu dikecam sewaktu dia berada di Dubai. |
ADVERTISEMENT