CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Penyanyi Legend Tak Patut Masuk Program Realiti, Makan Elaun Mingguan' - Damian Mikhail

16-10-2022 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5177| Komen: 32

Komposer, penerbit lagu dan salah seorang anggota kumpulan V.E., Damian Mikhail memuat naik status di Instagram miliknya mengenai kumpulan pennyanyi legenda yang terlibat dalam program realiti di Malaysia mencuri perhatian ramai.


Dia seoalah-olah mempersoalkan kredibiliti penyanyi bertaraf legenda yang terlibat dalam program realiti dan membuat persembahan lari dari ‘branding’ asal artis tersebut.


IG Damian

Tulisnya, penyanyi yang bertaraf legenda ini sepatutnya membuat persembahan menyanyi secara ‘live’ di konsert, keluarkan ‘single’ dan album yang terbaik untuk peminat.


Dia juga seolah-olah tidak bersetuju apabila penyanyi seperti ini disuruh untuk membuat persembahan yang lain daripada ‘baranding’ asal dan hanya memakan elaun mingguan sahaja.

Ramai juga netizen bersetuju dengan pendapat Damian itu.



Malah, ada juga netizen yang menyatakan bahawa ‘branding’ penyanyi legenda ini bukanlah dicipta dalam tempoh satu malam dan waktu yang singkat.

Netizen juga turut mengharapkan agar penyanyi yang seperti Dato M. Nasir, Dato Sri Siti Nurhaliza dan Dato Jamal tidak turut terlibat menjadi peserta untuk program seperti ini.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 16-10-2022 03:21 PM
Masalahnya kebanyakan yang masuk tu legend ke?



Quote Afifi82 16-10-2022 03:24 PM
Sape je yg legend tu. Nak gak sis tau
Quote hyie 16-10-2022 03:32 PM
boleh je nak masuk, namun ikut tema rancangan tu lah. Contohnya, ctdk versus juara2 gv semua musim untuk GV10. Pastu lagu2 untuk ctdk adalah tahap susah. Macam tokram katalah, jac masuk gv supaya sheols boleh showcase dia punya teknik nyanyian dengan lebih meluas.
Quote anilanil 16-10-2022 03:48 PM
Penyanyi legend & penyanyi sendu sama2 beli beras pakai duit yer. Yg tak perlu masuk ialah penyanyi bertaraf jutawan.
Quote nadie90 16-10-2022 04:41 PM
Tapi nak buat album ka, konsert ka, showcase ka....semua GUNA DUIT ya....legend2 xpatut masuk program realiti?.....kalau legend2 ni semua dah lama xterima tawaran menyanyi/dah lama x menyanyi/sejuk beku/dah berkubur masih ramai ka yg igt?...dan penyanyi2 yg masih aktif dan masuk program realiti sebb kat Malaysia xbyk program yg bleh penyanyi2 nak tonjolkan bakat & buat persembahan....

Atau mgkin ada idea2 yg bernas untuk bantu penyanyi2 legend ni?
Quote tobobon 16-10-2022 04:46 PM
Lagi nak buat konsert katanya...berapa kerat jer yg sanggup bazirkan duit utk artis2 taraf legend..kalau xde bunyi sejuk beku dah sepuluh tahun tetiba muncul...haruslah keluar kat rancangan mcm tu...bagi buzz sket...

Tapi x semestinya berjaya ya..contoh nek ani pun still sendu..nak buat konsert pun kena tangguh
Quote lotionmilo 16-10-2022 07:26 PM
Dia ni kenapa yang bitter sentiasa???
Quote I.K.A888990 16-10-2022 08:12 PM
ni je platform nk bagi naik balik nama
ingat legend tu sentiasa hot je ke.
Quote kakigojes 16-10-2022 10:33 PM
Siapa yang bagi istilah legend… biaq pi la siapa nak masuk pertandingan apa2… masing2 ada matlamat masing2.. semua pun dah dewasa
Quote heythere123 16-10-2022 10:34 PM
lotionmilo replied at 16-10-2022 07:26 PM
Dia ni kenapa yang bitter sentiasa???

hehe, nasib baik ada yg jugak yg perasan
Quote heythere123 16-10-2022 10:35 PM
dia tuju dekat V.E la kan
Quote heythere123 16-10-2022 10:36 PM
dah V.E je grup yg masuk GV tahun ni kan
Quote sleepandream 16-10-2022 11:21 PM
RTM dgn astro dolu ada program konsert minggu ini... dah discontinue ke?
boleh je panggil artis2 otai ni perform balik...
Quote Carcosa 16-10-2022 11:38 PM
Halah halahhh ko nih. Terpaling.
Nih, kalau nak harapkan konsert, live show, buat single, buat album, retis2 so called "legend" ni, BANYAK KE DUIIIITTTTTT???? HAH?!
Hoi, perut anak2, tanggungan, nak kena isi. Bill nak kena bayar. Sewa rumah, hutang bank, nak kena lunas. Kalau nak pikir taknak jadi "sell-out", tapi anak2 kau kebulur, tu definisi legend ke? At least allowance mingguan tu, boleh buat duit makan.
Kau bercakap, mcmlah retis2 Malaya ni boleh kayaraya mcm retis2 Hollywood.
Jgn jadi bangang sgt boleh tak?? Acah2 seni sgt lah.
Hello, money talks, and bullshit walks, ok?!
Quote minahmanja 16-10-2022 11:43 PM
Dia marah sbb dh tak involve ngan ve lg ke cane? Nmpk mcm bitter skit
Quote annadonna 16-10-2022 11:47 PM
Tak payahlah nak legend ke hulu legend ke hilir kalau hujung bulan tak dapat bayar bil. Makan elaun mingguan pun bukan free. Dorang berlatih, bertanding and bekerja. Bukan mcm engko dok depan socmed meratib entah apa apa. Anak bini dapat nafkah cukup ke atau ko puas hati feed ego kat socmed? Bullshit.
Quote rayna_raynes 17-10-2022 12:19 AM
Dia ni kenapa bitter tak habis2 lagi? Sakit hati dengan geng VE ke
Quote soulmatte 17-10-2022 12:28 AM
anilanil replied at 16-10-2022 03:48 PM
Penyanyi legend & penyanyi sendu sama2 beli beras pakai duit yer. Yg tak perlu masuk ialah penyanyi  ...

Setuju, legend masuk GV sebab harapkan elaun mingguan tu, klu menang kira bonus
Quote ns_88 17-10-2022 01:38 AM
Siapa tahu berapa bayaran mingguan yg peserta gv dpt?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040755 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top