CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati Bapa Tenteram Lihat Jenazah Anak Sempurna Dalam Kereta Terbakar

16-10-2022 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4204| Komen: 38

Bapa Allahyarham Nurul Nazihah, 28 yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Sedenak di sini malam tadi meluahkan perasaannya berhubung kejadian.


Dia bagaimanapun berkata, hatinya tenteram bila dapat tahu jenazah anak dalam keadaan sempurna.


Sinar

Kamalul Arifin Ahmad 66 berkata dia menerima maklumat tentang kemalangan itu kira-kira pukul 8 malam, namun pada awalnya tidak tahu anaknya terbakar dalam kejadian itu.

“Saya ada tengok juga video viral berkenaan kemalangan itu. Sebelum tengok itu perasaan luluh tak dapat digambarkan bagaimana keadaan orang yang terbakar dalam kebakaran.

“Namun kakak arwah yang berada di hospital memberitahu badan, jasad arwah tidak terkupas akibat api yang membakar.

“Mayatnya sempurna duduk di kerusi kereta, itu maklumat diperolehi dari pihak polis. Mungkin itu semua kerana amalannya ketika hidup,” katanya kepada media ketika ditemui di Kampung Lukut, Kota Tinggi hari ini.

Bapa kepada lima orang anak itu berkata, dia baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah bersama arwah minggu lepas.

Katanya, arwah anak keempat dalam keluarga merupakan seorang yang amat tegas dalam bab agama.

“Saya memang sudah lama hendak pergi menunaikan umrah ketika usia 50 tahun namun ketika itu ada komitmen terhadap anak-anak. Perjalanan umrah kami ini dirancang oleh isteri dan arwah tiga empat bulan yang lepas.

“Arwah juga tahu saya memang sudah lama hendak pergi umrah. Arwah juga ada menambah duit untuk kos umrah saya dan isteri. Kami pergi berempat saya, arwah, suami arwah dan isteri.

“Arwah juga sempat membeli buah zuriat di Makkah. Sejak berkahwin tiga tahun lalu arwah dan suami belum dikurniakan rezeki cahaya mata,” katanya lagi.

Sementara itu, sepupu mangsa, Nur Izzah Atikah Jamaludin, 28 berkata, suami mangsa masih berada dalam keadaan trauma dengan insiden yang berlaku sehingga mengigau menyebut nama isterinya malam tadi.

“Kami sepupu rapat sejak kecil lagi jadi mangsa memang ceritakan semuanya kepada saya apa berlaku. Menurut suaminya ketika kejadian arwah tidak dapat selamatkan diri kerana tersepit.

“Namun, suaminya tetap berusaha untuk menyelamatkan arwah. Ekoran keadaan api yang semakin marak arwah meminta suaminya keluar menyelamatkan diri.

“Suaminya diselamatkan orang ramai dengan keluar melalui pintu belakang kereta dan turut alami melecur di muka. Mereka pasangan suami isteri yang sangat kelakar memang ralat bila dapat tahu kejadian yang menimpa arwah,” katanya.

Terdahulu, dua maut manakala empat yang lain selamat dalam kemalangan empat kenderaan yang membabitkan sebuah lori Isuzu dan tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 16-10-2022 03:14 PM
“Mayatnya sempurna duduk di kerusi kereta, itu maklumat diperolehi dari pihak polis. Mungkin itu semua kerana amalannya ketika hidup,


so kalo rentung mcm sate kamben tu masa hidup takde amalan ke acaner?

apa2 pun salam takziah la pakcik
Quote ezacbee 16-10-2022 04:05 PM
Kitty_catz replied at 16-10-2022 03:14 PM
so kalo rentung mcm sate kamben tu masa hidup takde amalan ke acaner?

apa2 pun salam takziah la p ...

Hmmm sepatutnya xperlu tulis camtu..
Quote Kitty_catz 16-10-2022 04:07 PM
ezacbee replied at 16-10-2022 04:05 PM
Hmmm sepatutnya xperlu tulis camtu..

biase ayat2 wartawan level pprt kaka
Quote redz85 16-10-2022 04:09 PM
Semoga roh nya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Quote green~tea 16-10-2022 04:11 PM
Ayat sedapkan hati sendiri kot.. dah anak meninggal dgn keadaan terbakar

Innalillahi wainna ilaihi rojiun
Quote lattehazelnut 16-10-2022 04:16 PM
Kitty_catz replied at 16-10-2022 03:14 PM
so kalo rentung mcm sate kamben tu masa hidup takde amalan ke acaner?

apa2 pun salam takziah la p ...

Diorg masih terkejut, anak diorg muda lg mati terbakar, dgn tersebar video tu lg..
In a way tu cara diorg nak cope pemergian arwah..
Cuma org sukabar la suka buat ayat ala mastika..
Quote Page88 16-10-2022 04:21 PM
Rest In Peace.
Quote lazim 16-10-2022 04:22 PM
Aku bkn la nk kutuk ke apa.  Dr awal kata rentung. Tb2 nk nyedap hati kata kulit x terkupas pon.  Takkan tb2 blh jd sebaliknya
Quote Thunderclouds 16-10-2022 04:23 PM
Don't read too much into it. Pak dia masih lg dlm keadaan terkejut ngn kematian ank. Accident,terbakar dlm kenderaan lak tu. Xdak parents yg mahu ank p dulu dr depa. Wartawan tnya mulut dia sebut ja. Igt kt kata2 Imam al-Ghazali, cara mati seseorang mukmin itu ditentukan oleh cara hidupnya. Moga kita pergi dlm husnul khotimah.
Quote limesherbet 16-10-2022 04:25 PM
alhamdulillah
Quote margo20 16-10-2022 04:27 PM
Biau ler dia nk percaya anak dia mati mcm mne pun janji dia redha
Quote Kitty_catz 16-10-2022 04:29 PM
lattehazelnut replied at 16-10-2022 04:16 PM
Diorg masih terkejut, anak diorg muda lg mati terbakar, dgn tersebar video tu lg..
In a way tu car ...

iye betul tu
Quote Thunderclouds 16-10-2022 04:32 PM
lazim replied at 16-10-2022 04:22 PM
Aku bkn la nk kutuk ke apa.  Dr awal kata rentung. Tb2 nk nyedap hati kata kulit x terkupas pon.  Ta ...

Either dia ckp nk sedapkn hati or wartawan saja exaggerate cita.
Quote tobobon 16-10-2022 04:36 PM
Meols tunggu lagi 2 - 3 hari mesti ada interview, suami, anak, or parents, or adik beradik..dua tiga hari sebelum maut kemalangan..tetiba perangai berubah..x nak salam lah...kirim barang itu inilah...kali terakhir terima whatsapp la...standard wartawan mesti follow this
Quote exclusive_vvip 16-10-2022 04:42 PM
uols pun xyah lah nak amik serious merentan sgt..itu coping mechanism bapak arwah buat masa ni..
Quote hotmak 16-10-2022 04:46 PM
komen masing2 pun, doa jelah takde yg kita sayang pergi cara mcm ni, salam takziah buat keluarga pakcik ni, takde ibu bapa yg sepatutnya kebumikan anak
Quote me12345 16-10-2022 05:32 PM
Kematian yg baik..syahid. moga syurga tempat mu ...
Quote amyfiq 16-10-2022 05:42 PM
ai ade baca org share
arwah ni hafizah al-quran
maybe ni lah amalan yg di kata kan tu
wallahualam
Quote opie5662 16-10-2022 06:08 PM
lazim: Aku bkn la nk kutuk ke apa.&nb ...


Biarla diorg nk sedapkan hati diorg.. Ygkite pon takyah sibuk2 nk merentungkn org. Igt senang ke nak terima keadaan tu.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.149875 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top