Luluh pilu melihat rakaman tragis lelaki meraung melihat isteri berada dalam kenderaan terbakar sambil dipujuk orang awam.
Kedengaran suaranya meratib memohon maaf, bersumpah tidak meninggalkan isterinya di dalam kenderaan yang sedang marak dijilat api itu. Difahamkan, kejadian berlaku di kilometer 45.7 LebuhrayaUtara Selatan arah Selatan di Kulai, Johor dan ditularkan sejak lewat malam Sabtu. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor mengesahkan laporan mengenai kejadian diterima pihaknya pada 7.47 malam.
Kemalangan membabitkan lori Isuzu, sebuah Proton Wira dan Proton Preve meragut sebuah nyawa manakala empat lagi terselamat. Menurut laporan mStar, wanita yang maut ditemui tersepit dan rentung di tempat duduk penumpang Proton Wira berkenaan. TikTok Kosmo "Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati sebuah lori jenis Isuzu terbakar 70 peratus, manakala Proton Wira terbakar sebanyak 90 peratus akibat kemalangan. "Penumpang kereta Proton Wira tersepit dan ditemui rentung manakala pemandunya berjaya menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan. Tambahnya, dua lelaki yang menaiki lori Isuzu dan pemandu Proton Preve selamat. - CARI |
noor2 replied at 15-10-2022 11:32 PM
Kesian...ohhhh my bad....lori rupanya yg rempuh kereta....
Moga kedua2 india yg bawak lori dihukum ...
noor2 replied at 15-10-2022 11:42 PM
Sikit2 suruh sabar2..org tu tgh x boleh nk fikir dah sb org tersayang mati depan mata kut
mbhcsf replied at 15-10-2022 11:42 PM
dalam clip tu ade audia yg sebut India tapi u know i could be wrong cer dengaq balik
mbhcsf replied at 15-10-2022 11:44 PM
i mean you know...people yg kat situ yg terdaya cakap tu je laaaa rasanya tatau nak kate ape dah . ...
redz85 replied at 15-10-2022 11:49 PM
https://www.facebook.com/100064155240003/videos/pcb.474697758012062/811943433335894
ADVERTISEMENT