CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Dikerah Angkat Tong Besi 100 Kali, Direnjat Elektrik Di Myanmar

16-10-2022 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1362| Komen: 4

Mangsa sindiket penipuan kerja di Myanmar menceritakan mimpi ngeri penderitaannya direnjat elektrik dan mengangkat tong berat turun naik sehingga 100 kali.


Menurut perkongsian seorang mangsa bersama Setiausaha Agung, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim dalam aplikasi media sosial, dia kini sudah buntu untuk mencari jalan keluar sejak tiba di sana kira-kira tiga bulan lalu apabila perlu berdepan dengan penderitaan tersebut. 


Tangkap layar perbualan di antara mangsa dengan MHO baru-baru ini.

Katanya, ini kerana bangunan di sana diawasi 24 jam oleh individu yang bersenjata sekali gus menyukarkan misi melarikan diri. 


“(Sindiket) suruh cari sale, kalau tak dapat kena pukul. Hari-hari kena renjatan elektrik dan kena angkat tong atau besi berat turun naik 100 kali..pergi latihan askar pun tak macam ini. Kalau nak pukul, (sindiket) akan tangkap bawa masuk bilik gelap..pergi tempat askar khas mereka. 

“Kami nak keluar pun tak dapat keluar, (duduk) dalam bangunan saja sebab ada empat orang yang jaga hari-hari 24 jam, kami pun tak boleh buat apa kerana mereka ada senjata. Kalau dapat keluar pun mungkin masa hujan lebat orang tak dengar suara (baru) boleh cabut. 

“Saya pernah tanya mereka, perlu bayar berapa baru boleh pulang tetapi, mereka cakap tak boleh,” kongsinya. 

Jelas mangsa lagi, dia dan rakan-rakan juga mendapat layanan yang tidak setimpal berbanding pekerjaan yang lain. 

Difahamkan, ini kerana mangsa tidak menerima sebarang pembayaran gaji dalam tempoh bekerja ini. 

“Kalau kerja biasa selalunya satu jam rehat..sini cuma diberi masa 15 ke 20 minit saja..selepas itu suruh kerja semula. Makan pun diberi sehari sekali saja. 

“Kalau dulu pakai satu baju untuk satu hari, sekarang baju seminggu sebab nak basuh pun takut sabun habis. Nasib lah ubat gigi (barang kelengkapan diri) diberi pinjam,” ujarnya. 

Bagaimanapun, mangsa berkata, rata-rata mangsa di sana tidak pernah membangkitkan penderitaan yang dihadapi kepada satu sama lain. 

Katanya, ini kerana mereka dibimbangi akan menyampaikan perkongsian tersebut kepada sindiket sekali gus menyebabkan mangsa boleh dipukul dengan lebih teruk lagi. 

“Saya cerita sama-sama mereka nanti dia cerita dekat orang atas. Jadi, saya tak pernah cerita sebab takut lagi teruk (dipukul),” katanya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 16-10-2022 12:49 PM
Macamana boleh terlintas di fikiran mereka hendak cari kerja di negara itu?
Quote marlow 16-10-2022 12:53 PM
Sendiri gali lubang kubur g kerja sana. Org myanmar pun berlambak dtg kerja kt sini.
Quote Sazreena 16-10-2022 05:57 PM
Sendiri tempah maut.
Quote begg 16-10-2022 11:41 PM
https://www.tiktok.com/@ihishamuddinhashim/video/7154915535124188443
[tiktok]7154915535124188443[/tiktok]

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.030835 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top