CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakal Suami Bagi RM2000 Belanja Untuk Seminggu, Wanita Dari Hodoh Terus Cantik

16-10-2022 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6733| Komen: 84

Seorang pengguna TikTok, Nisahany meluahkan rasa syukur apabila dia berjaya tampil dalam keadaan lebih cantik dan meyakinkan ketika majlis perkahwinannya.

Katanya, menjadi sebuah kebahagiaan apabila dia selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang banyak membantu serta membelanjakan wang RM2,000 seminggu untuknya bagi membeli keperluan kecantikan diri.

Foto: Tiktok

“Akhirnya, lelaki yang sanggup keluarkan wang untuk rawatan kecantikan Nisa RM2,000 seminggu, jadi suami Nisa. Alhamdulillah 10 September Nisa jadi isteri dia,” katanya dalam hantaran video baru-baru ini.

Menerusi beberapa video dimuat naik Nisa, memaparkan koleksi foto dirinya yang sebelum ini kelihatan sedikit berisi dan berkulit kusam akhirnya berjaya mentranformasikan dirinya kepada lebih kurus serta wajahnya semakin cerah dan berseri.


Sementara itu, Nisa turut menepis dakwaan segelintir individu yang mengatakan kononnya dia semakin cantik disebabkan memakai produk tertentu.


Sehubungan itu, Nisa mengatakan bukan mudah untuk dirinya tampil sebegini dan pelbagai jenis rawatan dilakukan sebelum ini.

“Awak ingat RM2,000 itu penjagaan kulit muka sahaja? Suplemen kulit dan badan setiap minggu habiskan lebih RM300, putih ketiak di spa setiap minggu RM1,800.

“‘Scrub dan mask badan, kaki, tangan, penjagaan rambut, syampu dan barangan mandi dan macam-macam lagi kalau nak tulis,” balasnya.


Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji perubahan dialami Nisa serta menyifatkan dia sangat bertuah kerana memiliki lelaki yang sanggup mengeluarkan wang untuk mencantikkan pasangannya.


“Macam ini baru betul, nak pasangan cantik, sediakan wang perbelanjaan secukupnya, ini tidak, komen pandai, tapi kedekut,” ujar seorang pengguna. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 16-10-2022 12:17 PM
Suami dia taknak invest utk diri sendiri ke
Quote Perwira2022 16-10-2022 12:17 PM
Inilah salah satu jenis kebodohan B40.

Susah payah nak jadi cantik tapi sekadar untuk tayang di medsoc & dinikmati mata2 keranjang bukan mahram.

Patut suami tu yg spend 2K pi kuruskan badan. Nampak sendat sangat tu.. Kang berpenyakit.
Quote I.K.A888990 16-10-2022 01:58 PM
lantak kome. hidup msg2
Quote totokreturn. 16-10-2022 01:59 PM
apa tujuan nya, nak bagitahu apa
Quote Thunderclouds 16-10-2022 02:00 PM
Better la ko invest utk renovate diri sendri dekkkk..
Quote becir 16-10-2022 02:04 PM
Lawa je masa before tu. Takat cerahkan kulit je and filter? Lol
Quote tumpanglalu74 16-10-2022 02:09 PM
Merepek je kata RM2000.  Itu tandenye kejadian asal ko tu cukop burok..  Tak reti cari offer Groupon ke dekkk?
Quote vespa_oren 16-10-2022 02:11 PM
sebenarnya dia jual apa produi kecantikan k
Quote Perawankota 16-10-2022 02:35 PM
Ujung2 jual produk ke
Quote hareeeesah 16-10-2022 02:44 PM
matchstick: Suami dia taknak invest utk di ...


iols pun tefikir benda sama.. nk bini cantik tp laki mokmok je.
Quote makiting 16-10-2022 02:47 PM
Lepas kawin blh maintain ke?

Pastu ngandung.. pastu beranak
Quote Samerosie 16-10-2022 03:05 PM
Tak faham.  Maknanya laki dia kasi one time 2k untuk guna dalam seminggu tu untuk cantikkan diri sebelum kawin ke atau tiap2 minggu kasi 2k untuk pamperkan diri?  Tapi lakinya sendiri pakai suar sendat sampai nampak bijik telur kesian.
Quote green~tea 16-10-2022 04:07 PM
Samerosie replied at 16-10-2022 03:05 PM
Tak faham.  Maknanya laki dia kasi one time 2k untuk guna dalam seminggu tu untuk cantikkan diri seb ...

Baca komen u ni menyebabkan i scroll balik ke atas and then gelak terguling2

Betul tertonjol berbutir2
Quote green~tea 16-10-2022 04:08 PM
Muka pompuan ni biasa aje.. harapkan muda dan kurus je.. thats all
Quote Kitty_catz 16-10-2022 04:11 PM
putih ketiak di spa setiap minggu RM1,800.


ooo species ketiak itam berkerak nak viral


ok  next!
Quote aechae 16-10-2022 04:13 PM
vespa_oren replied at 16-10-2022 02:11 PM
sebenarnya dia jual apa produi kecantikan k

I pn nk tnya jugak…ni founder produk apa? Slalu klu cerita psl duit xnk kalah ni ada lh jual apa2
Quote Friska 16-10-2022 04:16 PM
Berarti satu bulan RM8K, banyak juga ya. Jadi jealous saya.

Selain rumah, mobil, uang utiliti, uang dapur, suami kasi saya cuman RM4K satu bulan buat jajan
Quote Decaffeinated 16-10-2022 04:20 PM
Samerosie replied at 16-10-2022 03:05 PM
Tak faham.  Maknanya laki dia kasi one time 2k untuk guna dalam seminggu tu untuk cantikkan diri seb ...

yang ini ka?

Kerandut.png
Quote lattehazelnut 16-10-2022 04:23 PM
Still nampak pprt kau n suami dik..

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.064053 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top