Sebelum ini ramai yang tawarkan diri nak jadi isteri selepas MK K-Clique kongsi gambar berada di atas pelamin. Bukan orang biasa je yang berangan nak jadi isteri penyanyi itu, malah Sharifah Zarina juga berkenan dengannya.
Di TikTok, Zarina bagi hint nak jodohkan MK dengan anak perempuannya, Athalia Deena Baswani. “Hi MK, awak cari calon bini ya? Insya-Allah boleh. Eh bukan untuk saya, bukan. Tapi saya janji saya boleh jadi mertua yang baik. Insya-Allah,” katanya dalam video tersebut. Dia juga bertanya kepada anaknya, Athalia sama ada dia mahu berkahwin dengan MK.
“Awak kenal tak dengan MK K-Clique? Nak kahwin dengan dia tak?" Apa yang menarik perhatian adalah respons Athalia yang terkejut dengan pertanyaan ibunya itu dan hanya membalas "haa". |
babyorange replied at 15-10-2022 05:21 PM
Anknye dlu ngn si alvin eh?
ADVERTISEMENT