CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mimi Lana Menangis Setiap Hari Potong Rambut Pendek, Ramai Tuduh Sebab Depression Dan Putus Cinta

15-10-2022 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4510| Komen: 32

Mimi Lana mendedahkan pernah menangis hampir setiap hari selama seminggu apabila rambutnya terpaksa dipotong demi menjayakan sesebuah watak.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Mimi mengakui rambutnya merupakan anggota paling penting namun terpaksa akur kerana watak filem yang akan dilakonkannya memerlukan beliau rambutnya pendek.

Foto: IG

“Rambut saya adalah segala-galanya! Untuk potong rambut saya sependek ini bukan lah satu benda yang indah buat perempuan macam saya.

“Tapi atas tuntutan watak untuk filem saya akan datang, saya terpaksa juga potong. Sebab karakter yang saya bawak memang tidak sesuai berambut panjang,” katanya.




Menurut Mimi, dia mengakui seakan hilang semua benda kerana perlu memotong rambutnya namun, dia akur dan menerima penampilannya barunya itu dengan hati yang terbuka.

Selain itu, pelakon filem Pusaka ini turut menjawab tanggapan netizen yang mengatakan imej baru rambutnya itu berpunca kerana dirinya putus cinta.


“Kepada semua yang selalu tanya saya, kenapa? Tak suka lah rambut macam ni, sampai ada pernah cakap saya depression, putus cinta lah macam-macam lagi… Bukan sebab itu ya.

“Ia adalah kerana tuntutan kerja. Makin lama saya berlakon, sebenarnya makin banyak cabaran yang datang. Kamu bukan sahaja korbankan jiwa tapi fizikal juga!



“Tapi saya sangat cintakan kerjaya ini. Saya harap saya menang Oscar satu hari nanti. Tidak tidak. Saya hanya bergurau. Yer tu je lah nak kongsi. Sayang awak,” ujarnya.

Meninjau diruangan komen, rakan-rakan artis seperti Nur Fazura, Sharifah Amani, Dynas Mokhtar serta pengikutnya memberi kata-kata semangat bahawa dia tetap kelihatan cantik tidak kira berambut panjang atau pendek. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Afifi82 15-10-2022 04:42 PM
Dik mimi botak pun tetap akan syantik..
Quote sukacactus 15-10-2022 05:18 PM
Kalau potong pixie cut mesti cute dia ni
Quote lattehazelnut 15-10-2022 05:21 PM
Xsesuai rambut abu bakar ellah
Quote ezacbee 15-10-2022 05:35 PM
Lawo dia ni..
Quote Ayda89 15-10-2022 05:48 PM
Orang lawa potong mullet pun orang puji agaknya
Quote Fly_over 15-10-2022 06:37 PM
rambut panjang lawa gils
Quote likilu 15-10-2022 06:57 PM
Memang putih ke dia ni
Quote I.K.A888990 15-10-2022 07:58 PM
bagi aku nampak lawa dia rambung pendek. kena dgn dia.

Quote virgocircus 15-10-2022 08:00 PM
Potong bob pun lawa dek mimi. Ikhlas puji ni.
Quote syamzana 15-10-2022 08:05 PM
cantik je rambut gitu dgn dia. nmpk fresh. dia ni dlm pic+catwalk cun tp bila blakon kdg2 x cun lgsg. tp rasanya jmp kat luar mesti cun dia neh
Quote LadyCarefree 15-10-2022 08:30 PM
syamzana replied at 15-10-2022 07:05 PM
cantik je rambut gitu dgn dia. nmpk fresh. dia ni dlm pic+catwalk cun tp bila blakon kdg2 x cun lgsg ...

Xcun. Tapi taste mata memasing la kan.
Quote Barebow77 15-10-2022 09:56 PM
Putih gak ketiak dia nie..
Quote readbaca 15-10-2022 10:38 PM
Barebow77 replied at 15-10-2022 09:56 PM
Putih gak ketiak dia nie..

tu la pasai. macam mana nak dpt ketiak putih macam dia.
Quote Acikgomen 15-10-2022 11:04 PM
LadyCarefree replied at 15-10-2022 08:30 PM
Xcun. Tapi taste mata memasing la kan.

Haah acik penah jumpa heshe dating kat kedai makan jepun, besyer2 je takde la wow cemana. Vibe retis tu ade maybe sbb cara berpakaian. Tapi face feature so-so je. Kurus tinggi yerrr cutting catwalk model msia
Quote Nenolen 15-10-2022 11:50 PM
cantikkk lawa jer mimi berambut pendek…
Quote Frangapini 16-10-2022 12:24 AM
Category cantik - tidak.

Mimi Lana ada daya penarik, she is stylishly fashionable, chic looking lady.  Macam Scha Al Yahya.
Quote Kurex 16-10-2022 12:26 AM
Apa produk dia ?
Quote wirazam 16-10-2022 12:30 AM
Macam cashier lotus or aeon je kalau selisih bahu mcm ni..
Quote samshik 16-10-2022 12:33 AM
Yer dik.. Esok ludo panjang la rambut tu balik.. Xdo bulu yg x tu buh balik melainkan ko p laser.. So chill k?? Jgn jd cam nekta, blakon watak mak dok kampung pun bulu mata 4 tingkat.. Xlogik nokkk

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.037613 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top