CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Banyak Benda Boleh Dipermain Tapi Anak Ini Rasa Dia Lain Sikit," Haris Ismail

15-10-2022 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10340| Komen: 115

Selepas mendedahkan wajah anak lelaki mereka buat tatapan umum, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail menarik perhatian apabila memuat naik hantaran mengenai Muhammad Bilal di Instagram milliknya.


Haris atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, seolah-olah meluahkan rasa kesal apabila anak kesayangannya itu dipermainkan oleh segelintir netizen sebelum ini.

Foto: IG

Sebagai bapa kata Haris, perasaan itu berbeza apabila melibatkan seorang anak kerana rasa sayang itu hanya Allah maha mengerti.

"Banyak benda boleh dipermain tapi anak ini rasa dia lain sikit. Sayang dia Rabb sahaja yang mengerti," katanya.


Sebelum ini, isteri Haris iaitu selebriti dan usahawan Neelofa, 33, pernah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak tergamak membuat suntingan terhadap wajah Bilal.



Lebih membuatkan dirinya hampa apabila foto edit itu menerima pelbagai komen negatif daripada netizen.

Enggan anaknya terus menerima pelbagai kecaman, pasangan itu akhirnya berkongsi wajah Bilal kepada umum pada Rabu lalu.

Sementara itu, tersentuh dengan perkongsian Haris, pengikut pendakwah selebriti itu turut mendoakan agar pasangan itu terus diberi kesabaran dalam menempuh pelbagai rintangan.


Malah dalam kalangan pengikutnya yang turut mempunyai cahaya mata turut bersetuju dengan kenyataan Haris bahawa perkara melibatkan anak sememangnya sensitif.

"Betul tu, bab anak jangan buat main, memang sensitif sangat. Semoga Bilal membesar menjadi anak soleh dan dapat tarik Ummi dan Abah ke syurga," tulis salah seorang pengikutnya.

Tidak kurang ramai turut mendoakan agar Bilal menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapanya kelak.

Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan Bilal dilahirkan pada 29 Januari lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote immaryjane 15-10-2022 04:32 PM
Laki bini ni, kalau adr event then dia jemput reporters semua tu. Korang hadap la seminggu cite diorg. Coz mse interview, mcm2 cite reporter tu tnye. Kalau tk, tk ade la cite adik dia si lemak tu senyap kt medsoc pun boleh kluar..
Tk perasan ke dulu si bungkus ni sendu skjap, dia jmput mkn2 smua reporters, lpas tu back to back cite dia..
Quote missyL 15-10-2022 04:47 PM
So yg bini ko pakai gmbr anak org mintak derma tu tak pikir plk perasaan mak ayah die

Dah la org msg buat xthu
Bile kne kt kepala die sendiri baru terasa.
Quote AbdulSmokeyy 15-10-2022 04:51 PM
POYO la ko pubird.
Quote suka2 15-10-2022 04:55 PM
Terpaling lah kau
Quote casper2022 15-10-2022 04:56 PM
Klau benda kait ank2 ni akn auto jd protective .
Quote toet2meoww 15-10-2022 05:43 PM
Keluarga die ni p la berhijrah ke tanah arab nun cepat2. Jenuh la, ke sane sini asek cerite family die je. Kalau tak jahpamtek, bini jahpamtek, pastu mak die, adik die, tok nenek die. Retis lain pun sebok nak in to the scene. Malaysia ni cume ade keluarge jahpamtek ni je ke?
Quote likilu 15-10-2022 06:53 PM
Dia ni tak takut ain ke dia sedar ke wife dia dedah kan ratusan gambar bilal? Tak ajar hadis hadis?
Quote helicornia 15-10-2022 06:53 PM
Ko yg permainkan anak.nk sorok, sorok je la.ni kejap tayang kaki, kejap tayang bontot.pastu salahkan org.org lain sorok anak tkde isu pun
Quote marlow 15-10-2022 06:55 PM
Tak habis lg ke pasal keluarga terpaling ni??
Quote liton 15-10-2022 06:57 PM
Bini kau sendiri yg buka ruang permainkan wajah anak...tampal sticker.
Netizen pun ikut jer lah tampal sticker, tak kisahlah sticker kartun atau Hasbullah, tetap tampal sticker spt ajaran bini kau.
Quote I.K.A888990 15-10-2022 07:56 PM
kau yang bodoh acah terpaling suci sgt
Quote NonaNaga 15-10-2022 08:04 PM
pak ustaz terpaling.....
Quote kucing_gebu 15-10-2022 08:06 PM
knp? hina sgt ke hasbullah tu. lain la org letak sticker babi
Quote loveakfe 15-10-2022 08:38 PM
kucing_gebu replied at 15-10-2022 08:06 PM
knp? hina sgt ke hasbullah tu. lain la org letak sticker babi

comey lagi hasbullah dari bilal
Quote cikgojesss 15-10-2022 08:48 PM
bangang nya dia ni kalau mengarang ayat. mcm orang tak sekolah.. takda bakat menulis. nampak busuk bau masam bangla
Quote Buritan 15-10-2022 08:52 PM
helicornia replied at 15-10-2022 06:53 PM
Ko yg permainkan anak.nk sorok, sorok je la.ni kejap tayang kaki, kejap tayang bontot.pastu salahkan ...

Retis kapir holiwood pun sorok anak.. kuku pun tak ditunjuknya.. beranak pun sonyap sonyap.. bengong
Quote LadyCarefree 15-10-2022 08:54 PM
Bab nak tunjuk bahagian apa apa atau nak sticker muka anak tu hak mak bapak.

Tapi lebih penting adakah bab ijazah dan tauliah pun boleh dipermainkan? Tanya je. Maybe kakaloli boleh jawab on behalf.
Quote bymirapuzzle 15-10-2022 08:55 PM
Adoi bape banyakkkk lagi cite psl dorang ni..
Quote winky1 15-10-2022 09:00 PM
Lain kali abah berusaha juga dukung anak ini wpun tak mahu  . Macam tak mahu pulak? Katanya protective ....Takut senget pinggang maknya sianak

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.059692 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top