CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Niat Anak Sulung Sambung Degree Terbantut- Mak Ayah Kata Adik-Adik Masih Kecil, Tapi Suruh Kahwin Cepat

15-10-2022 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2276| Komen: 25

Bergelar anak sulung sememangnya bukan mudah kerana ia datang dengan pakej tanggungjawab yang besar.

Bukan setakat diharapkan untuk membantu ibu bapa menjaga adik-adik, malah anak sulung juga menggalas tugas menyara keluarga sehingga ada yang terpaksa mengorbankan impian sendiri.


Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini yang dalam dilema untuk memilih antara impiannya mahu melanjutkan pelajaran dengan peranannya sebagai kakak sulung.

Gambar Hiasan


"Saya anak sulung daripada lima adik-beradik dan sedang bekerja di sebuah firma guaman. Bos saya cadangkan saya ambil kursus undang-undang dan izinkan saya sambung belajar tapi secara online.


"Jadi saya boleh kerja dan belajar dalam waktu yang sama di mana lebih mudah sebab bos saya dulu pensyarah sebelum menjadi peguam. Tapi saya tak nak ambil kursus undang-undang, saya minat psikologi.

"Dipendekkan cerita, saya bertanya ibu bapa mengenai nak sambung degree tapi mereka macam berat hati nak bagi atas alasan adik-adik masih ramai di bawah saya," luah wanita berkenaan menerusi satu mesej yang dikongsikan di laman Twitter @confesstweetMY.



Wanita yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata, ibu bapanya bukan setakat keberatan membenarkan dia menyambung pelajaran malah turut menggesanya untuk mendirikan rumah tangga dengan segera.

"Mereka buka topik kawan mereka umur 50 tahun baru grad sebab belajar online. Kemudian mereka sibuk suruh saya kahwin, suruh teman lelaki saya cepat-cepat masuk meminang.

"Saya masih muda, baru 21 kot. Saya kerja, saya boleh bayar yuran belajar. Saya teringin nak sambung degree. Kawan-kawan semua sambung study tapi saya? Tak boleh sebab adik-adik masih sekolah.

"Kenapa macam ni sekali anak sulung kena berkorban? Saya rasa tak adil tapi saya taknak memberontak nanti dicop derhaka pula. Tolong beri nasihat atau pandangan yang positif," luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat agar wanita tersebut mengambil pendekatan dengan berbincang dan menerangkan situasinya kepada ibu bapa untuk meyakinkan mereka.

"Kejar impian kamu. Percayalah, menyesal kerana tak melakukan apa yang kamu benar-benar mahu akan memakan diri satu hari nanti. Berbincanglah dengan ibu bapa dan yakinkan mereka.

"Awak teruskan je dengan niat untuk sambung belajar dan bekerja kalau awak rasa boleh buat. Awak berhak tentukan apa awak nak buat untuk masa depan awak.

"Sudah tentu awak perlu berbincang dari hati ke hati dengan ibu bapa awak. Awak masih muda. Semoga hati ibu bapa awak lembut dan dipermudahkan segala urusan," demikian komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 15-10-2022 02:19 PM
Tweet confession bukan isu semasa
Post la kat bod sendu lain
Quote jas7512 15-10-2022 03:10 PM
Nak sambung..sambung jelah...kau x minta duit mak bapak kan....apa hal lah semua nak.luah kat social media..krg ni seme xde kwn baik ke in real life
Quote auntieagony 15-10-2022 03:37 PM
Ada ker lagi makbapak di zaman skrg yg paksa anak sulung kawin cepat dan larang anak melanjutkan pelajaran?
Ini mcm cerita zaman2 dolo2 jer....

Skrg nak sambung belajar mmg tak sukar lah. Ada PTPTN, ada zakat, ada baitulmal, ada pinjaman kerajaan dll.
Quote ifanonline 15-10-2022 03:40 PM
kos belajar ni bukan sahaja yuran pengajian, tetapi pelbagai belanjawan lain seperti asrama, makan minum, buku teks, peralatan menulis, pengangkutan, etc...

ambil ptptn sahaja dik...esok lusa bayar balik...
Quote Tinot7 15-10-2022 03:52 PM
Ramai adik2 pastu mak pak suruh kawen? Pelik...
Quote hasniey 15-10-2022 03:55 PM
Mak bpk takut kena byr yuran anak belajar la tu
Suh kawen cepat duit gaji boleh bg utk adik2.kakak tu laki dia tanggung
Ko xpayah dgr ckp mak bpk mcmni.smbung je bljr.nnt abes bljr boleh naik pangkat
Quote Purplehaz 15-10-2022 04:03 PM
Ade jer kisah zmn skg yg adik bradik ramai .mak berkira kira ttg pelajaran. Ank pompuan bljr tinggi x kemana pun..katenya. Jenis makpak yg x beri support.
Belajar jer dik..esok2 pelajaran ilmu yg tolong kau..dpt tolong keluarga.. insyaallah.
Quote makita 15-10-2022 04:08 PM
Sambung je. Jdi selfish sket. Sbb nanti adik2 dah besar n msuk uni. Dorg bukan igt pengorbanan kakak tu. Sama gak mak pak xkan igt mcmana anak sulung berkorban. Nanti yang adik2 lain keje best...abes lene hina. Sila pentingkan diri dahulu
Quote ultra78 15-10-2022 04:08 PM
Kisah kak hasanah?
Quote bynroslan 15-10-2022 04:18 PM
hari hari ada je confessions pepelik
Quote matamata 15-10-2022 04:23 PM
Bodo punya wartawan
Quote hyie 15-10-2022 06:19 PM
sila lari dari rumah dengan segera since iols independent, iols sarankan budak ni bekerja sambil belajar, at the same time sewa rumah dan cari kerja yang jauh daripada pandangan orang dikenali. Lama2 nanti akan rasa lebih berdikari.
Quote marlow 15-10-2022 09:45 PM
Ramai je anak2 yg atas2 ni makan hati dgn sikap parents. Alasan adik2 ramai jd kena berkorban utk  bantu parents.
Quote epal_putih 15-10-2022 09:52 PM
Parents bongoksssssss
Quote dani-rox 15-10-2022 10:00 PM
eldest daughter = the family's third parent, also family's project manager

Quote aemon 15-10-2022 10:12 PM
Terbalik pula.parents iols sebok suruh sambung belajar lagi even anak dah dua.
Quote Adrif 15-10-2022 10:50 PM
entoh ler

aku dah tak caya dengan content confession bagai ni

banyak yang menipu. admin diorang taip sendiri, ghost writers.

sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
Quote redz85 15-10-2022 10:50 PM
adik adik bukan tanggungjawab kau dik.. tu hasil mak pak kau nya hobi .. pepandai lah dorang besar kan adik adik kau

kau sambung belajar.. kalau boleh keluar rumah,. belajar hidup sendiri..

perempuan wajib ada qualification.. jangan dengar nasihat prof suruh bini jadi bodoh bodoh sikit..
Quote dua_chzy 15-10-2022 10:54 PM
Adrif replied at 15-10-2022 02:50 PM
entoh ler

aku dah tak caya dengan content confession bagai ni

Usah percaya jika guna kata ganti nama diri I. Pernah ke uols jumpa irl pompuan ber ai ai ni hada parents mentaliti tertutup?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054935 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top