CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bagaimana Boleh Goda, Tergoda, Menggoda?

26-8-2015 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 17256| Komen: 35

Oleh Izzah Abbasy

"Lidah lagikan tergigit, inikan suami isteri". Biasa dengar atau tidak pepatah tersebut? Sangat klise bukan?



Dalam rumah tangga pergaduhan, pertengkaran dan tidak sefahaman adalah perkara biasa. Bukanlah isteri tidak taat atau tidak menghormati si suami. Namun, hal-hal kecil atau berat kadang-kadang tiada kata sepakat atau penyelesaian, sekaligus ia menimbulkan permasalahan sebegitu. Malahan, ia melarat untuk beberapa hari. Saling bermasam muka, tidur jauh-jauh, tidak bercakap antara satu sama lain dan sebagainya. 


Bagaimana ingin menggoda atau menambat kembali hati pasangan anda?


 

1. Cuit-cuit


Mulakan dengan mencuit tangan, bahu atau anggota badan yang lain. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa tekanannya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, ia mengganggu atau tidak. Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka.


2. Kenyit-kenyit


Masa baru bercinta dulu bukan main asyik berkenyit sahaja. Sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang walaupun anak sudah masuk lima. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.



3. Bergurau "Ops, maaf terpegang"

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu.Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf. "Ops, maaf terpegang, tidak sengaja". Pasti si dia tersenyum malahan sedikit demi sedikit akan membuatkan yang keruh kembali jernih.


Buang ego, cari jalan untuk sentiasa tergoda dan menggoda pasangan anda. - CARI Infonet

14

Bagus
9

Marah
19

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bezita60 11-6-2009 01:39 AM
dh ada post mcm ni..dlm bhgn tips/petua rumahtangga kalo x silap
Quote akeyron 11-6-2009 01:55 AM
ye ke...
Quote akeyron 11-6-2009 02:01 AM
Originally posted by bezita60 at 11-6-2009 01:39
dh ada post mcm ni..dlm bhgn tips/petua rumahtangga kalo x silap


blum ade lg la bro...

yg tu version ln lee....
Quote faraway1 11-6-2009 03:31 AM
tips biasa sangat ni..
tak da ke tips luar biasa me tak tau
selain dr benda atas ni..
Quote carold 11-6-2009 09:49 AM
Ku tambah sikit lagi....enjoy....


TIPS CINTA SUAMI ISTERI


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

____________________________________
Quote MelahJanda 11-6-2009 10:13 AM
TIPS GODA PASANGAN ORANG LAIN, CEMANA?
SAMA KE
Quote Lady_On_Earth 11-6-2009 11:31 AM
aku rasa ada antara tips ni yg boleh menimbulkan kemarahan pasangan kalau tak kena gaya..
Quote ParinAmat 11-6-2009 01:03 PM
no 11 tu takkan terpegang tangan jek.. tak brp thrill
Quote dewi 11-6-2009 01:52 PM
bagus tips2 ni tapi ...

tips ke 21 kena ada .... be ready to follow up un the next action K .kalau goda jer tak habih2 bila hb/suami mintak  ehem kasi alasan mau meletup dia nanti.
Quote periakuning 11-6-2009 02:26 PM
dah selalu sangat buat semua... sampai tak rasa apa dah...

so nasihatku, jangan wat selalu sangat
Quote periakuning 11-6-2009 02:30 PM
dah buat juga...
ade yang dah lama tak buat...
tapi lagi best kalu dua2 pihak yang buat...
asyik sebelah pihak bosan gak..
Quote faraway1 11-6-2009 07:01 PM
11. Nak masukkan gear卭ps, terpegang tangan.
--------------------

kalau laki me nak buat camni, jauh tangan kena jalan corner nak sentuh tangan sebelum ni masukkan ''gear''... benda alah yang nak pi parking drive reserve tu tepi steering.
Quote tina^^ 11-6-2009 07:25 PM
aku terbaca "tips gado dgn pasangan anda"...tengok 2x...ooo goda pasangan....
Quote akeyron 11-6-2009 11:37 PM
Originally posted by periakuning at 11-6-2009 14:26
dah selalu sangat buat semua... sampai tak rasa apa dah...

so nasihatku, jangan wat selalu sangat


Quote tokmanting 11-6-2009 11:55 PM
ngkorang kejam !!!!






sungguh kejam
Quote akeyron 12-6-2009 12:03 AM
Originally posted by tokmanting at 11-6-2009 23:55
ngkorang kejam !!!!






sungguh kejam


Quote ajinomotonosuga 12-6-2009 07:53 AM
kenapa kalo kita buat seme tu nanti lama2 jadi BOSAN?

kenapa? why why why?
Quote maimoritaka 12-6-2009 09:18 AM
sebab tiap2 pasangan sukakan sesuatu yg baru..benda yg jarang2 diwat tp skali wat berkesan... impak maksima gitew..tp jgn plak sukakan isteri yg baru udah ler...
Quote maimoritaka 12-6-2009 09:24 AM
no 1, 8, 9 & 12 mai kdg2 wat gak..Dlm seminggu tu mesti ada ler..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.218455 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top