CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kerja Sini Lagi Best," - Lelaki Singapura Suka Hidup Di Malaysia, Gaji Sikit Pun Tak Kisah

15-10-2022 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9553| Komen: 174

Lazimnya, Singapura menjadi destinasi pilihan rakyat negara ini, terutama warga Johor untuk bekerja disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan, selain dekat dengan Malaysia.


Malah nilai mata wang negara jiran ini juga lebih tinggi, membuatkan ramai tidak teragak-agak untuk mencari rezeki di sana.

Namun, berbeza pula dengan pemuda warga Singapura, Tuan Haiyum Salim, 30, apabila dia mengaku lebih suka bekerja di Malaysia berbanding negaranya, dalam satu rakaman video yang tular.

Foto: mStar

Pada pandangannya, walaupun bayaran gaji bagi sesetengah pekerjaan di negara ini lebih rendah tetapi pelbagai faktor lain turut menjadi keutamaan bagi dirinya.


Ketika dihubungi mStar, lelaki yang pernah berkhidmat di Jurong East, Singapura ini menerangkan dengan lebih mendalam tentang pendapat yang dinyatakan di media sosial sebelum ini.



"Ia lebih kepada pilihan dan saya memilih lebih baik bekerja di Malaysia.

"Dahulu lepas habis sekolah saya terus bekerja ketika berumur 18 tahun. Saya jadi pegawai polis selama dua tahun.

"Saya pernah bekerja sambilan sebagai cashier sejak 2010 sampai 2012. Kemudian lepas saya berhenti kerja jadi juruwang, saya bekerja sebagai penghantar makanan pula pada 2015 sehingga 2017," imbasnya.

Menurut Tuan Haiyum yang kini menetap di Johor Bahru, Johor, beberapa pengalaman kerjanya yang terdahulu membuatkan dia memilih untuk terus menetap dan mencari rezeki di Malaysia.

Walaupun gaji pokok diterima lebih rendah, namun baginya, jumlah penggunaan dan perbelanjaan harian tetap sama, justeru dia berpandangan lebih baik jika bekerja di Malaysia.

"Kalau nak difikirkan balik, walaupun gaji (minimum) dibayar RM1,500 di sini (Malaysia) tapi sama saja dengan orang bekerja gaji S$1,500 (RM4,895). Cuma janganlah kita kira jumlah duit Singapura tu kalau tukar ke mata wang Malaysia... memanglah nampak besar jumlahnya.

"Maksud saya 'sama' dekat sini adalah, bila orang Malaysia kerja dekat Singapura dia tetap kena bayar bil makanan dan pengangkutan untuk ke tempat kerja seperti MRT dan bas," jelasnya lagi.

Selain itu, Haiyum turut menyatakan bahawa kehidupan apabila bekerja di negara ini juga jauh berbeza berbanding Singapura atau negara asing..

Mengambil contoh rakan-rakan lain yang bekerja di Republik itu, lelaki ini turut menjelaskan bahawa rutin harian turut berlainan jika bekerja sendirian tanpa keluarga di sisi.

Jelasnya yang kini bekerja sebagai perunding perniagaan, lebih banyak masanya boleh dihabiskan untuk orang tersayang setelah bertukar tempat kerja di negara ini yang disifatkan sebagai 'kurang stres'.

"Sejak saya bekerja di negara ni, banyak masa saya boleh luangkan dengan anak dan isteri malah kawan-kawan.

"Dekat Malaysia saya ada kawan yang berpendapatan rendah cuma bezanya kehidupan mereka di sini. Mereka boleh tengok anak-anak sendiri membesar di depan mata.

"Bila bekerja di Singapura jangan cakaplah... ada seorang kawan saya cakap, nak jumpa anak dalam seminggu satu hari pun susah. Kadang-kadang tu seminggu terus tak tengok anak dia. Jadi apa yang penting dekat sini adalah kehidupan kita berbanding gaji besar," katanya.

Perkongsian yang dibuat oleh rakannya ini menjadi tular di TikTok sehingga mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Mereka turut bersetuju dengan pendapat dan alasan diutarakan Haiyum yang lmemilih untuk bekerja di negara ini.

"Walaupun bunyi agak cliche tapi itulah realiti bahawa rezeki tu ada di mana-mana tetapi hubungan dengan keluarga lebih penting," ujarnya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 15-10-2022 12:49 PM
Lah kje blue collar mmg lah
Quote lurve82 15-10-2022 01:51 PM
Laki aku dpt keje engineer tp gj 5000 sgd je. Dia tolak. Amik job dkt penang je. Dh la sana kiasu
Quote hidet 15-10-2022 02:10 PM
lurve82 replied at 15-10-2022 01:51 PM
Laki aku dpt keje engineer tp gj 5000 sgd je. Dia tolak. Amik job dkt penang je. Dh la sana kiasu

sikit ke  5K SGD tu.. banyakkk je kalau convert..hih
Quote noor2 15-10-2022 02:11 PM
Ko biar betul....
Quote jazaa100 15-10-2022 02:15 PM
lurve82 replied at 15-10-2022 01:51 PM
Laki aku dpt keje engineer tp gj 5000 sgd je. Dia tolak. Amik job dkt penang je. Dh la sana kiasu

Dua dua kiasu....

Quote cmf_almondpecan 15-10-2022 02:20 PM
Edited by cmf_almondpecan at 15-10-2022 02:23 PM

Kena tengok juga kerja apa dan berapa beza gaji yang dibayar. Ambil contoh seorang junior saya lulusan Cambridge, kerja sini firma besar pun masa tu denha pengalaman 5 tahun gaji dia tak sampai RM10k pun sebulan selepas ambil kira bonus semua (gaji pokok dalam 5k). Pi Singapore dapat tawaran firma antarabangsa yang buka office sana, terus tawar gaji pokok saja USD9k. Itupun boss dia kata sorry tak dapat tinggi lagi sebab masuk tengah tahun tapi dia janji next year akan adjust bagi naik banyak. Belum masuk bonus lagi.


Bandingkan RM5,000 dengan USD9,000 (lebih kurang RM35,000 masa tu). Beza terlalu banyak. Kalaupun dia spend lebih untuk makanan dan kenderaan dan sewa rumah sana pun still banyak beza gaji kat sana untuk golongan macam dia.

Quote jazaa100 15-10-2022 02:20 PM
hidet replied at 15-10-2022 02:10 PM
sikit ke  5K SGD tu.. banyakkk je kalau convert..hih

RM15k....

Klu tido kat tangga, mkn kat masjid, blh jimat kot...



Quote hidet 15-10-2022 02:22 PM
jazaa100 replied at 15-10-2022 02:20 PM
RM15k....

Klu tido kat tangga, mkn kat masjid, blh jimat kot...

hehehe.. kalau kat sana la..sini dah mewah dah 15K tu..rumah boleh beli 1 mil punya rege
Quote lurve82 15-10-2022 06:48 PM
hidet replied at 15-10-2022 02:10 PM
sikit ke  5K SGD tu.. banyakkk je kalau convert..hih

Tgk profile kilg tu ramai singaporean. Klu ramai expat xpe lg..tp dh tolak pun..saja dia nak test market..
Quote lurve82 15-10-2022 06:48 PM

Kilang dkt penang tu ramai melayu klu departmt dia...tp big bos mmg tetap la cina..
Quote ninja9 15-10-2022 07:20 PM
Ini bergantung keperluan... bila dah ada backup yang kuat, maka orang akan memilih kerja yang ada keseimbangan. bila backup belum cukup, maka orang biasanya berpendapat biarlah kerja teruk beberapa tahun sebelum balik kampung...
Quote Tinot7 15-10-2022 07:25 PM
cmf_almondpecan replied at 15-10-2022 02:20 PM
Kena tengok juga kerja apa dan berapa beza gaji yang dibayar. Ambil contoh seorang junior saya lulus ...

Makin besaq gaji, makin besaq kerak nasiknya..
Kalau kat mesia, dok laifstail besye2 jahh.. kalau kat sana, kena keep up with the joneses la..
Quote sharlenetexas 15-10-2022 07:34 PM
The grass is greener over there.


Quote brego 15-10-2022 08:37 PM
aku lagi suka duduk di malaysia, tapi gaji dalam USD.

sekarang dah 1USD = RM4.70

awal tahun hari tu RM4.20 ajer
Quote brego 15-10-2022 08:44 PM
Edited by brego at 15-10-2022 09:06 PM
hidet replied at 15-10-2022 02:10 PM
sikit ke  5K SGD tu.. banyakkk je kalau convert..hih

5k SGD tu level technician & nurse jer kat sana.

kalau engineer bayar banyak tu, memang underpaid la
Quote casper2022 15-10-2022 10:47 PM
bg ak ,best lg keje kt kmpg.aman je. xde nk hadap jem bagai. zmn berhimpit dlm lrt dh berlalu. dlu keluar glp balik glp.
Quote edee_91 15-10-2022 10:57 PM
lurve82 replied at 15-10-2022 01:51 PM
Laki aku dpt keje engineer tp gj 5000 sgd je. Dia tolak. Amik job dkt penang je. Dh la sana kiasu

bukan penang dengan singapore dua2 sama kiasu ke?
Quote edee_91 15-10-2022 11:00 PM
casper2022 replied at 15-10-2022 10:47 PM
bg ak ,best lg keje kt kmpg.aman je. xde nk hadap jem bagai. zmn berhimpit dlm lrt dh berlalu. dlu k ...

ini ya. aku pun anti bandar besar. KL is kandang babi bagi aku.
Quote lurve82 15-10-2022 11:25 PM
edee_91 replied at 15-10-2022 10:57 PM
bukan penang dengan singapore dua2 sama kiasu ke?

Dia dkt batu kawan. Ramai malay dptmt dia. Cuma big bos ada la cina jgk.

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064914 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top