CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahirah MacWilson Ada Common Sense Yang Bagus Dan Profesional- Aiman Hakim Tak Kekok Berlakon Dengan Isteri

15-10-2022 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2554| Komen: 11

Selepas dua tahun berkahwin, aktor Aiman Hakim Ridza teruja dapat bergandingan dengan isterinya, Zahirah MacWilson menerusi drama Tiada Maaf Buatmu.

Aiman atau Aiman Hakim Ridza Abdoh, 33, berkata, pengalaman berlakon disamping isteri tersayang tidak sukar sebaliknya menyifatkan Zahirah seorang yang profesional ketika berada di set penggambaran.

Foto: IG

"Sejujurnya, Zahirah seorang yang profesional dalam kerja kerana sebelum berkahwin saya pernah bergandingan dengannya dalam drama.

"Zahirah tahu apa yang dia perlu buat dan seorang yang bijak serta mudah untuk bekerjasama apatah lagi dia mempunyai common sense yang bagus," katanya kepada mStar.




Aiman berkata demikian menerusi sidang media drama Tiada Maaf Buatmu yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Selain Zahirah dan Aiman, drama itu turut menampilkan barisan pelakon Hafreez Adam, Wan Raja, Datuk Jalaluddin Hassan dan Zamarul Hisyam.

Ia sedang ditayangkan di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.



Bercakap mengenai drama berkenaan, Aiman berkata, babak paling mencabar baginya adalah di mana dia perlu menzahirkan wataknya yang seorang kaki mabuk.

Tidak hanya itu, watak Faiz Iqbal yang merupakan anak orang berada dan kaki perempuan bukan semudah disangkakan.



"Watak Faiz Iqbal dalam drama Tiada Maaf Bagimu yang dibesarkan dalam serba mewah dan dilimpahi dengan sesuatu yang luar batasan daripada fikiran saya iaitu materialistik.

"Faiz Iqbal juga merupakan seorang kaki mabuk, playboy dan banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan jujurnya tidak mudah menjayakan wataknya itu," katanya.

Bagaimanapun kata Aiman, meskipun watak ditampilkan kelihatan 'klise' namun sebenarnya ada maksud lebih besar yang cuba digarapkan pengarah iaitu berkaitan gangguan seksual.



Aiman berkata, tema dan pengajaran yang diangkat dalam drama tersebut dapat dijadikan pengajaran apatah lagi banyak insiden serupa dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Drama arahan Idora Abdul Rahman itu mengisahkan mengisahkan tentang percintaan antara seorang bos dengan pembantu peribadinya yang sebenarnya mempunyai sejarah hitam tidak diketahui.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hoshhi 15-10-2022 12:48 PM
Ok next.....
Quote bahagiaselalu 15-10-2022 01:19 PM
Boring betul kalau tengok retis berlakon dengan pasangan sendiri
Quote irvene 15-10-2022 01:22 PM
menguap di skala lima
Quote cikenit2007 15-10-2022 01:42 PM
Owh i see.next
Quote casper2022 15-10-2022 05:02 PM
hahahaaa... mampu tertawa sj
Quote Incanto 15-10-2022 05:14 PM
mesti dapat ratus ratus ribu buat iklan Marks & Spencer
Quote Incanto 15-10-2022 05:15 PM
bahagiaselalu replied at 15-10-2022 01:19 PM
Boring betul kalau tengok retis berlakon dengan pasangan sendiri

sebab yg halal mmg boring

takleh nak ship
Quote rosedemon 16-10-2022 11:00 AM
lawa laki bini ni. tp dah kwen soo borigggg
Quote heythere123 16-10-2022 01:38 PM
Zahirah best je berlakon, Aiman so boring. Dari dulu sampai sekarang, duduk tahap tu je la
Quote lanse 16-10-2022 01:42 PM
heythere123 replied at 16-10-2022 01:38 PM
Zahirah best je berlakon, Aiman so boring. Dari dulu sampai sekarang, duduk tahap tu je la

Betul. Aiman berlakon tak best. Biasa ja.
Quote I.K.A888990 16-10-2022 02:13 PM
mcm xkena tgk depa berlakon berdua hmmmm

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.047355 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top