JAKARTA – Seorang ibu muda di Sumatera Selatan, Indonesia dipaksa melakukan hubungan seks oleh seorang lelaki sudah beristeri yang mengancam akan mencederakannya, lapor laman berita Suara.com.
Kejadian berlaku kepada S, 30, di rumahnya. Dia terpaksa akur dengan kehendak suspek kerana kaki dan tangannya diikat selain diacukan sebilah pisau. Ketua Unit Siasatan Jenayah, AKP Jailili dan Ketua Hubungan Masyarakat (Humas), Joni Indrajaya berkata, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu sekitar pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan). Suspek pergi ke rumah mangsa dan memaksa melakukan seks dengannya. Oleh kerana menolak, mangsa dipaksa membuka pakaian selain tangan dan kakinya diikat.
Setelah suspek puas, mangsa ditinggalkan selepas membuka ikatan pada kaki dan tangannya. Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan sakit di bahagian kemaluannya selain cedera di kepala. Suspek ditahan di rumahnya selepas keberadaannya dimaklumkan oleh seorang penduduk kampung. “Suspek ditahan tanpa melawan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Muratara untuk didakwa mengikut undang-undang,” demikian kenyataan balai polis Sumatera Selatan. -CARI Sumber: Kosmo
|
Tokeybundle replied at 15-10-2022 02:18 PM
Apahal byk sgt cerita dr indon kat sini ek.
Tokeybundle replied at 15-10-2022 02:18 PM
Apahal byk sgt cerita dr indon kat sini ek.
ADVERTISEMENT