CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melampau, Pemandu Teksi Thailand Caj Pelancong Malaysia RM62 Untuk Jarak 2 Kilometer

14-10-2022 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1613| Komen: 12

Seorang penunggang teksi motosikal di Songkhla, Thailand mengaku sengaja me­ngenakan caj berlebihan kepada seorang pelancong Malaysia ke­rana mesin basuh miliknya rosak dan dia memerlukan wang bagi membaiki peralatan tersebut, lapor laman berita Thaiger.


Noppakhun Nuchmuang, 52, meminta tambang 500 baht (RM61.90) daripada pelancong yang terkandas itu selepas menghantarnya ke destinasi pada jarak hanya 2 kilometer (km).

Ahli Majlis Perbandaran Hat Yai, Suppawit Maneechot berkata, beliau menerima aduan mengenai penunggang teksi motosikal tersebut daripada mangsa.


Foto: Thaiger

Menurutnya, kereta milik mangsa pada awalnya kena kapit tayar dan bagi membayar denda tersebut, dia menaiki teksi motosikal milik Noppakhun untuk pergi ke Balai Polis Mueng.


Pelancong tersebut dikenakan bayaran sebanyak 500 baht (RM61.90) untuk jarak sekitar 2 km, sedangkan harga tambang sepatutnya hanya 100 baht (RM12.40).

Polis kemudiannya menahan Noppakhun, manakala lelaki itu pada awalnya menafikan dakwaan mangsa. 

Bagaimanapun, dia akhirnya mengakui kesalahannya. Noppakhun diberitahu oleh polis dia berdepan hukuman penjara ke­rana membuat pengakuan palsu.

Noppakhun mendedahkan bahawa dia tidak menerima seorang penumpang pun pada hari kejadian. Sebaik sahaja melihat pelancong dari Malaysia yang terkandas itu, dia menawarkan perkhidmatan dengan bayaran tinggi.

Tambah Noppakhun, dia tidak mengugut pelancong berkenaan selain mendakwa, dia merupakan pemandu yang membayar cukai serta kali pertama melakukan kesalahan itu.

Tambah lelaki itu, mesin ba­suh miliknya rosak dan dia memerlukan wang untuk membaiki peralatan tersebut.

Noppakhun didakwa di bawah Seksyen 159 Akta Pengangkutan Darat kerana mengenakan tambang pengangkutan melebihi bayaran standard. Dia berdepan hukuman denda sehingga 5,000 baht (RM618.76). -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 14-10-2022 06:27 PM
takpe lah
bukan mahal mana
janji lagi murah dr bercuti dalam malaysia

aliatul mazlyn hanisha bt ngadiman
Quote Ayda89 14-10-2022 06:40 PM
Tak pasal2 je dah la mesin basuh rosak kena bayar denda lebih dari yg kau pau tu pulak
Quote shernazz 14-10-2022 06:48 PM
Alasan je tu..

Mentang2 pelancong kann
Quote krustykrab 14-10-2022 07:34 PM
renko replied at 14-10-2022 06:27 PM
takpe lah
bukan mahal mana
janji lagi murah dr bercuti dalam malaysia

Hahahaha..kan
Sana murah
Quote Skuau 14-10-2022 07:35 PM
imigresen..mana2 'terbau' tomyam tu...tolong serbu..ye..
Quote Nenasketum 14-10-2022 10:07 PM
Belum lagi rakyat indon semelih pelancong mesia
Quote Skuau 14-10-2022 10:20 PM
Nenasketum replied at 14-10-2022 10:07 PM
Belum lagi rakyat indon semelih pelancong mesia

Di indon Msian kena ngn indon..di Msia sendiri pon Msian kena ngn indon..bodoh amat....Msian ini -Friskot.
Quote CiliPadiSedap 14-10-2022 10:55 PM
Nenasketum: Belum lagi rakyat indon semeli ...


Haah , mereka sembelih juta2 rupiah. Sepentot betul.
Quote mayakaren 14-10-2022 11:03 PM
Nenasketum replied at 14-10-2022 10:07 PM
Belum lagi rakyat indon semelih pelancong mesia

Rimas kat Indon tu..sikit2 kena bagi tips. Perabih duit bagi tips je. Bukan bagus mana pun service.
Quote sharlenetexas 14-10-2022 11:34 PM
Sementara nk kumpul duit baiki mesin basuh, guna dobi layan dirilah dulu.

Quote she 14-10-2022 11:49 PM
Oklah penguatkuasa dan polis siam buat keje
Demi menjaga nama baik sektor pelancongan

Nak dibanding dengan polis Europe
Campervan kena pecah, kena pickpocket, kena scam jatuh2 cincin bunga pun
Cakap bukan tanggungjawab depa
Pada dorang sape suruh datang hahahaha
Quote rogayahtop 15-10-2022 03:01 AM
bayo je la 50 hengget je pun kalau kat langkawi makan siakap beribu pun senyum je masa bayor support lokal gitu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.041234 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top