CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Selamatkan Kawan Lemas- Diri Sendiri Maut, Kawan Selamat

14-10-2022 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1873| Komen: 18

HULU SELANGOR – Niat baik seorang remaja menyelamatkan rakannya yang lemas bertukar tragedi apabila maut dalam kejadian di air terjun Serendah, di sini, hari ini.


Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa, Rajeshawaran Kumar, 19 disahkan meninggal dunia manakala rakannya berjaya diselamatkan.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu menerima panggilan pukul 1.20 tengah hari dan telah mengejarkan lima anggota ke lokasi kejadian.


Foto: Kosmo

“Laporan awal mendapati seorang lelaki tempatan lemas semasa mandi di sungai berkenaan yang datang bersama dua rakannya dari Bestari Jaya.


“Susulan usaha pencarian, mangsa ditemui di dasar sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norazam, operasi turut dibantu oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) daripada BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang ekoran hujan lebat dan arus sungai yang deras.

“Pihak bomba berjaya membawa mangsa naik ke darat dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 14-10-2022 06:05 PM
Macam mana mangsa asal boleh selamat?
Quote Ayda89 14-10-2022 06:36 PM
Kesian nya niat baik tapi dia pulak yang “pergi”
Quote musangbodoh 14-10-2022 07:22 PM
ada cara nk selamatkan org utk kes2 mcm nie. google sendiri. sbb kalo salah teknik mkn diri
Quote Skuau 14-10-2022 07:28 PM
Edited by Skuau at 14-10-2022 07:30 PM

abeh tu..kwn yg dia selamatkan tu...napa 'TAK NAK'/TAK CUBA selamatkan dia pulok???Aku selamatkan ko..ko biarkan aku tenggelam ye... Labu
Quote airfilterkotor 14-10-2022 08:01 PM
Takziah.
Sekarang ni kan musim ujan.
Quote Cieejiee 14-10-2022 11:05 PM
Takziah….
Quote chocobozhere 15-10-2022 07:59 PM
Edited by chocobozhere at 15-10-2022 08:02 PM

Ex student my husband. My husband cakap budak ni baik sangat. Sedih nyaa
Quote aechae 15-10-2022 08:04 PM
chocobozhere replied at 15-10-2022 07:59 PM
Ex student my husband. My husband cakap budak ni baik sangat. Sedih nyaa

Sbb budak baik lh tgk cara meninggal pn baik..msti berjenis pnya org kn ni
Quote LadyCarefree 15-10-2022 08:09 PM
chocobozhere replied at 15-10-2022 06:59 PM
Ex student my husband. My husband cakap budak ni baik sangat. Sedih nyaa

RIP. Kehilangan besar buat keluarga dia. Kesian. But dia pergi sebab buat baik. Daripada mati katak kena langgar sebab main basikal lajak ke apa ke.
Quote cmf_premierleag 15-10-2022 08:10 PM
ms musim hujan ni takyah la gedik pi air terjun dik..otak kat mana?
Quote kucing_gebu 15-10-2022 08:12 PM
takziah...mati dgn penuh penghormatan. kalau nk banding dgn mat rempit yg mati then keluarga duk claim arwah ni anak yg baik
Quote tahanie 15-10-2022 09:41 PM
Dah lah dekat nak raya ni
Quote DeLuna85 16-10-2022 12:12 AM
Takziah buat seluruh ahli keluarga
Quote Decaffeinated 16-10-2022 12:45 AM
tahanie replied at 15-10-2022 09:41 PM
Dah lah dekat nak raya ni

you mean pilihanraya?

Quote Page88 16-10-2022 12:48 AM
Rest In Peace.
Quote supernaturalee 16-10-2022 12:50 AM
Time2 musim hujan ni strictly no water activities

Xkn la nk gomen keluar kan arahan plk
Karang kata kuku besi, North Korea ape

Quote I.K.A888990 16-10-2022 03:10 AM
salam takziah
Quote tahanie 16-10-2022 07:13 AM
Decaffeinated replied at 16-10-2022 12:45 AM
you mean pilihanraya?

Deepavali lah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.068580 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top