CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bogel Ronda-Ronda Naik Motor Tengah Bandar Melaka

14-10-2022 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2773| Komen: 28

Seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan bogel di tengah bandar Melaka.

Berdasarkan perkongsian video oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mark Mah itu memaparkan seorang lelaki dengan santai menunggang motosikal tanpa seurat benang yang dipercayai berlaku di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin berhampiran Taman Semabok Perdana.


Hantaran video yang berdurasi 10 saat itu telah tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi dan respon daripada netizen.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa risau dan khuatir dengan keadaan kesihatan mental lelaki tersebut.




“Saya pernah terserempak dengan dia beberapa kali. Malu bila ternampak aurat dia. Takkan nak biarkan lama-lama macam ni? Pihak berkuasa kena ambil tindakan,” komen seorang netizen.

“Nampak macam tak waras. Risau apa-apa berlaku kepada dia selepas video ni tular,” tulis seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang meninggalkan komen sinis mengatakan lelaki tersebut terlalu panas dan ingin meredakan kepanasan serta ingin meninjau kawasan.

“Hari ini cuaca terlalu panas. Cara ini akan redakan kepanasan,” tulis seorang netizen.

“Meninjau kawasan ke YB?,” komen netizen yang lainnya. -CARI

Sumber: kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 14-10-2022 06:01 PM
Akak akui badan akak macam heshe dekkkk! Gelebehhhhh jah dek. Help me sistah!
Quote stingergrumpy 14-10-2022 06:04 PM
Konfirm kalau tak kemaruks pastinya rushiman.....

Kerana ghairah parlimen dibubar

Wakahkahkahkah
Quote ultra78 14-10-2022 06:06 PM
Janji dia pakai helmet.
Quote matchstick 14-10-2022 06:10 PM
Cer periksa kt rumah dia tu kot ada sape2 dh kena kelar ke..
Quote margo20 14-10-2022 06:13 PM
Org cenggini tak pernah pulak eksiden ye
Quote mojarean_X 14-10-2022 06:17 PM
Mmm........
Quote cap_ayam 14-10-2022 06:17 PM
Reti jugak dia pakai helmet. Cakna isu keselamatan diri .. harap2 tak lupa guna signal ye
Quote shernazz 14-10-2022 06:19 PM
matchstick replied at 14-10-2022 06:10 PM
Cer periksa kt rumah dia tu kot ada sape2 dh kena kelar ke..

Iols baru nak komen sebegitu
Quote Dzahin_poch 14-10-2022 06:26 PM
Apehal pulak niiii..
Quote Ayda89 14-10-2022 06:35 PM
Dah beberapa kali orang awam terserempak pun takde pape tindakan ke??
Quote CiliPadiSedap 14-10-2022 06:37 PM
orang cmni sebenarnya normal tapi pressure dah tak tahan meletup cm pressure cooker. check our mental health. cari jalan supaya otak tak terlalu pressure dan keep santai .

pressure is not good. progress is good. keep cool and stay healthy.
Quote Dovahkiin 14-10-2022 06:44 PM
Bekas budak pandai ni (kalau org yg sama la). Tak tau la stress ke apa jadi camni. First time nmpk masa lepas solat jumaat, selamba je naik moto bogel depan masjid.
Quote Decaffeinated 14-10-2022 06:51 PM
Ada pepatah baru 'kepala atas elok terlindung, kepala bawah terbiar'


Quote ctaz 14-10-2022 07:55 PM
lelaki ni kompom org sakit mental aka gila....
Quote liyamariska 14-10-2022 08:04 PM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote sukacactus 14-10-2022 08:14 PM
Helmet xtinggal plak eh
Quote selipar_hijau 14-10-2022 08:15 PM
Body mcm noki ke tak tu?
Quote Suchi 14-10-2022 08:20 PM
Dejavu.. gigih iols cek date tp hari ni
Sbb kes kat melaka gak kan sblm ni yg kelar anak bini
Ntah apa kabo berita kes dia tu senyap sunyi teruss
Quote mamajawie 14-10-2022 08:23 PM
Jangan2 baru lepas bunuh orang tak ni..iollss x boleh lupa la kes ri tu..kenot brain

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.072939 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top