CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Kanak-Kanak Mati Lemas, Tiga Masih Hilang Lepas Balik Dari Kelas

14-10-2022 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1353| Komen: 6

PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak maut, manakala tiga lagi masih hilang selepas bot yang membawa mereka pulang dari kelas bahasa Inggeris karam di Sungai Mekong.


Bot kecil yang terlebih muatan karam kira-kira 50 meter dari destinasinya di wilayah tenggara Kandal lewat petang semalam, menurut ketua polis tempatan, Am Thou.

Foto: AFP

“Ia satu kemalangan yang menyedihkan. Lapan pelajar maut dan tiga pelajar masih hilang,” katanya.

Mangsa berusia antara 12 dan 15 tahun, manakala dua pengusaha bot dan dua pelajar lain berjaya diselamatkan, tambahnya.

Dalam catatan Facebook, Perdana Menteri Hun Sen menzahirkan ucapan takziah dan menggesa orang ramai supaya berhati-hati ketika banjir besar yang telah menaikkan paras Sungai Mekong.

Pada 2009, sebuah feri terbalik dalam satu kejadian di sungai timur laut Kemboja dengan mengorbankan sekurang-kurangnya 17 penumpang. – CARI

Sumber: Utusan 0nline

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 14-10-2022 05:33 PM
Sedihnya ...innalillah
Quote shernazz 14-10-2022 05:48 PM
Siannya..
Adei...
Quote Ayda89 14-10-2022 06:51 PM
Allahu… sian budak2 tu..
Quote imanjannah 14-10-2022 07:22 PM
salam takziahhh
Quote ctaz 14-10-2022 07:58 PM
kesian....teringat budak2 menyeberang sungai kat serawak/sabah utk ke sekolah....
Quote naina 14-10-2022 09:51 PM
Kesiannya lah. Tak pakai life jaket ke

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.135835 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top