Madrid: Pelbagai cara digunakan untuk 'menyeludup' masuk jawapan ketika menduduki peperiksaan, namun seorang penuntut sebuah universiti di Sepanyol dianggap terlebih 'kreatif' apabila mengukir nota pada pen.
Bagaimanapun helah penuntut itu tidak berjaya kali ini selepas dia ditangkap pensyarah ketika menduduki peperiksaan. Penuntut undang-undang itu menggunakan 11 pen yang diukir pelbagai nota untuk dibawa masuk ke dalam bilik peperiksaan. Jika dilihat dengan mata kasar, agak sukar untuk menyedari bahagian batang pen mempunyai nota yang diukir menggunakan jarum.
Pensyarah Universiti Malaga, Yolanda de Lucchi berkongsi gambar dan kisah itu menerusi Twitter pada Rabu. "Ketika mengemas bilik pejabat, saya temui semula pen yang dirampas daripada penuntut beberapa tahun lalu," katanya. Hantaran Lucchi di Twitter mendapat reaksi pelbagai netizen dengan menerima 24,000 diulang ciap dengan 30,000 tanda suka. Netizen juga memberikan pandangan kesungguhan penuntut 'menulis' nota pada pen itu sepatutnya diterjemah kepada ulang kaji. Pada Julai, Universiti Oxford mendedahkan jumlah penuntutnya yang disiasat kerana meniru meningkat dua kali ganda ketika sekatan akibat Covid-19. Angka kes meningkat daripada 35 kes pada 2018 hingga 2019 kepada 77 sepanjang 2020 hingga 2021. Namun sejak pandemik berakhir, angka itu kembali menurun kepada 32 kes untuk tempoh 2021 hingga 2022. -CARI Sumber: Harian Metro
|
bakingsoda replied at 15-10-2022 07:12 AM
nak ukir lagi lama dr ulangkaji offtopic semalam aku mimpi ngeri lagi lambat pegi exam, dia punya ...
ADVERTISEMENT