CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Remaja 16 Tahun Hilang, Bantu Cari Ain Roshariza, Akilashini

14-10-2022 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1417| Komen: 5

Petaling Jaya: Dua remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang secara berasingan di daerah ini, sejak awal bulan ini.

Remaja terbabit dikenali Ain Roshariza Abdullah dan N Akilashini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan Ain Roshariza pada 12 Oktober lalu.


Foto: PDRM

"Remaja itu keluar rumah di Blok 3 Jalan PJS 6/4E Kampung Lindungan, Petaling Jaya kira-kira 12 tengah hari, 7 Oktober lalu.

"Akilashini pula dilaporkan hilang selepas keluar rumah di Blok 5 Jalan PJS 6/5A Desa Mentari, Petaling Jaya, kira-kira jam 8 malam pada 2 Oktober lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Ain boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Lee Sheng Yew di talian 011-35327062 dan Inspektor R Yugarajan di talian 014-3049419 bagi maklumat kes Akilashini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 14-10-2022 05:23 PM
Dah sampai Myanmar agaknya..
Quote margo20 14-10-2022 05:25 PM
Dekat dekat je rumah dorang ni
Quote prince_marhaen 14-10-2022 07:12 PM
gambar punnnnnnnnnnnnnn ahahahahaha
Quote musangbodoh 14-10-2022 07:33 PM
moga dijumpai selamat atas dan bawah
Quote Goodluckdontcry 14-10-2022 10:34 PM
prince_marhaen: gambar punnnnnnnnnnnnnn ahahah ...


Den rs,. msg2 ambil pengajaran Dr kes ejen kosmetik yg dilarikan..maka family diorg, bglah gambar tulen tanpa penapisan.. kehkehkeh

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.087952 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top