CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gambar Dah Tersebar, Jaafar Onn Kahwin Dengan Janda Anak Dua?

14-10-2022 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5984| Komen: 31

Tindakan pelakon dan pengacara, Jaafar Onn memuat naik gambar dia sedang melalui proses pernikahan di media sosial menimbulkan salah sangka ramai.

Menurutnya, dia dihujani mesej dan panggilan pelbagai pihak yang bertanyakan kesahihan perkara ini sejak pagi hari ini.

"Sebenarnya itu hanya babak lakonan saya untuk iklan makanan. Saya adalah duta jenama ini. Kononnya saya berkahwin dengan janda dua anak.

"Pening juga nak menjawab. Saya kata pada mereka, adakah saya tak boleh berkahwin lagi pada usia 71 tahun sekarang? Tak dinafikan ada pelbagai kategori wanita iaitu janda anak satu, janda anak dua dan anak dara tua yang sudi nak berkahwin dengan saya," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Harian Metro


Bagaimanapun, menurutnya, dia terpaksa menolak kerana memikirkan pelbagai faktor.

"Saya fikir mereka ini masih muda. Jadi, fikir habis-habis sebelum kahwin dengan Jaafar Onn. Bukan saya tak nak kahwin tapi tak mahulah anak-anak tiri tak boleh terima. Saya memikirkan banyak benda sebelum nak kahwin lagi.

"Tambah lagi wanita yang ada anak. Adakah dia mengharapkan saya bantu anaknya sekolah? Mungkin juga perempuan itu susah dan bergantung harapan pada saya?," katanya.

Jaafar tidak mahu apabila dia terlantar sakit, perempuan itu enggan menjaganya.

"Masa sedang kuat memanglah ramai suka tapi kalau sakit? Apapun orang yang rasa diri itu boleh nak kahwin, kahwinlah.

"Saya masih lagi dapat berfikir selepas mengalami insiden bergaduh dengan isteri kerana cemburu. Saya tak larat dengan sikapnya sampaikan nak berkawan pun tak boleh. Kemudian ahli keluarga sibuk masuk campur pula. Saya tak nak pisang berbuah dua kali," katanya.

Jaafar berkata, keluarga mendesaknya supaya berkahwin agar ada isteri menjaga sakit peningnya nanti.

"Itu memang betul. Tapi fikiran kita kena matang fikir mengenai kahwin. Kalau ada jodoh Allah tetapkan maka

kahwinlah saya. Sekarang saya hanya fikir buat kerja kebajikan bantu orang. Sesiapa golongan susah yang nak makan minum boleh jumpa saya. Yang nak sedekah atau menyumbang kepada anak yatim pun boleh buat menerusi saya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 14-10-2022 05:12 PM
Edited by nakkomenjugak at 14-10-2022 06:35 PM

"insiden bergaduh dengan isteri kerana cemburu. Saya tak larat dengan sikapnya sampaikan nak berkawan pun tak boleh. "

amboiiii tu baru tok jakpar onn, kalau david bekam, entah2 tak boleh keluar rumah.... curlastttt ex minik


iol ada sebut2 nama acik jakpar kat tered lain, panjang umur heshe...
Quote Purplehaz 14-10-2022 05:16 PM
Eeee...mmg rimas tgok perempuan jeles cemburu x tentu pasal..burok perangai.
Quote newyork 14-10-2022 05:39 PM
Tahniah lerr
Quote nolya 14-10-2022 05:40 PM
Dah agak dah....
Quote nazurah 14-10-2022 05:53 PM
teringat pak jakpar kata stewardess tak percaya dia warga emas. tapi sekarang nampaklah dia telah dimamah usia
Quote makita 14-10-2022 05:55 PM
Kalau kuar stetmen yabang jaapar ni mesti ada je stetment ramai wanita minat sya..ramai yg nak kwen dgn saya. Kalai ni plak stetmen tambahan bini kuat cemburu. Bukan main lagi ya yabang jaapar tanak kalah
Quote dudaberhias 14-10-2022 05:55 PM
tahniah... semoga tiada sesi menonggeng kehausan sampai ke subuh...

harap2 kandungan jaafar onn sihat dan semoga beliau menjadi ibu yang baik... amin
Quote makadek 14-10-2022 06:08 PM
Choi ta sangka acik porem rupanya sepesen acik2 pesbuk yg hanya baca tajuk ... Haukkkkk
Quote Ayda89 14-10-2022 07:04 PM
Makeup atok jaapar lagi tebal dari pompuan2 kat belakang tu hahah
Quote mamajawie 14-10-2022 07:08 PM
nakkomenjugak replied at 14-10-2022 05:12 PM
"insiden bergaduh dengan isteri kerana cemburu. Saya tak larat dengan sikapnya sampaikan nak berkawa ...

Lorh si JO ni penah kawen ke?ke untuk coverina sajorh?
Quote imanjannah 14-10-2022 07:29 PM
dah 71 uncle jakpa ye
Quote hotmak 14-10-2022 07:55 PM
mamajawie replied at 14-10-2022 07:08 PM
Lorh si JO ni penah kawen ke?ke untuk coverina sajorh?

pernah uols, ada anak lelaki sorang
Quote mamajawie 14-10-2022 08:05 PM
hotmak replied at 14-10-2022 07:55 PM
pernah uols, ada anak lelaki sorang

Oh..bru tau..brape umo anak dia tu?
Quote hotmak 14-10-2022 08:09 PM
mamajawie replied at 14-10-2022 08:05 PM
Oh..bru tau..brape umo anak dia tu?

tua dah rasanya sebab masa dia popular berlakon cili padi tu, anak dia dah besar dah, agaknya bercucu dah dia ni
Quote missHaidiD 14-10-2022 08:18 PM
Kawen betol2 ke berlakon ni
Quote I.K.A888990 14-10-2022 08:57 PM
eh eh eh
tahniah kalau betul
Quote rogayahtop 15-10-2022 08:12 AM
amboi komen memasing. tapi kat malaysia ni jantan isap ais kaki pukul pun laku, inikan pulak lelaki pangkat atok banyak gheta.

kalau pegi org kawin ada jugak jumpa makcik2 dengan laki lemah lembut anak dah besar2. tp org dulu2 mmg jenis duduk bersilang kaki, kita yg muda2 je tak penah nampak jantan duduk bersilang kaki.  
Quote redz85 15-10-2022 08:19 AM
dah tua gini baik habis kan masa dengan anak cucu..

tak yah lah berbini..
Quote lattehazelnut 15-10-2022 08:23 AM
Menyerlah betul kuning kau walaupun iklan je..

Tp baca title ingat dia yg penyanyi lelaki crett baru kahwin tu..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.203812 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top