CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pressure Cooker Tiba-Tiba Meletup, Badan Melecur Teruk Tersimbah Sup Tulang

14-10-2022 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8998| Komen: 136

Seorang wanita ditimpa kemalangan di dapur kediaman sendiri ketika mengendalikan periuk tekanan (pressure cooker) sehingga sebahagian tubuhnya melecur teruk.

Mengimbas kembali tragedi yang berlaku pada 15 September lalu, Nurnadia Haris berkata, dia sedang menyediakan sup tulang untuk dinikmati bersama keluarganya.



"Ketika itu saya dengan seorang adik sahaja berada di rumah. Kami dah siap masak hidangan lain... tinggal sup tulang sahaja nak disiapkan sementara tunggu keluarga tiba untuk makan malam.

"Tulang dah siap direneh dalam pressure cooker, cuma tinggal nak masukkan batang saderi dan daun sup saja. Sebelum itu, saya dah release wap, plug pun dah cabut. Kiranya waktu tu wap memang dah habis keluar sebab tak ada bunyi dah.

"Waktu nak buka penutup periuk untuk masukkan bahan-bahan tadi, ia macam tersekat dan ketat. Saya minta adik tolong, pun tak boleh. Saya fikir, tak apalah... lagi setengah jam saya buat semula.




"Waktu saya nak berlalu dari periuk tu, tiba-tiba terdengar bunyi macam wap. Saya pusing balik sebab ingat plug tak tutup. Serentak itu, isi dalam periuk terus berhamburan keluar dari penutup yang terbuka tiba-tiba.

"Kuah sup yang panas terkena tubuh saya dari bahagian bawah mata hingga ke pusat," ujar wanita berusia 26 tahun ini.

Tidak mudah panik, Nurnadia berkata dia segera melangkah ke bilik mandi untuk menyiram tubuh dan anggota badan yang terkena sup panas di bawah pancuran air (shower) selama kira-kira setengah jam.

Foto: mStar

Menurut Nurnadia, keluarganya yang tiba tidak lama kemudian terus menghantarnya ke klinik terdekat untuk mendapatkan rawatan.

"Sebaik tiba di klinik, doktor suruh saya siram lagi dalam satu jam. Dekat klinik itu juga saya mandi lagi sekali. Selepas diberi ubat tahan sakit, saya dirujuk ke hospital.

"Sekali lagi saya disarankan untuk mandi. Walaupun tengah menggigil sejuk, dalam masa yang sama rasa bahang di kulit. Ketika itu dah nampak menggelembung dan warna daging.

"Malam itu doktor cuci luka dan keesokan pagi baru saya jalani pembedahan membuang kulit mati. Syukur, kecederaan yang saya alami tak memerlukan prosedur menampal kulit," ujarnya yang menetap di Puncak Alam, Selangor.


Foto: mStar

Hampir sebulan tragedi itu berlaku, kecederaan yang dialami Nurnadia beransur-ansur sembuh dan dia perlu berulang alik ke hospital setiap tiga hari untuk mencuci luka pada bahagian yang melecur teruk.

"Sekarang saya masih cuti sakit dan tinggal di rumah ibu seketika. Kalau cakap pasal trauma, memang agak trauma... saya dah suruh suami buang pressure cooker itu dari dapur kami.

"Mungkin selepas ini saya hanya guna periuk biasa saja walaupun ambil masa sedikit lama. Saya muat naik di TikTok untuk dijadikan kenangan dan kongsi pengalaman, tapi ramai yang tanya brand apa.

"Saya malas nak reveal... malas nak panjangkan untuk ambil tindakan undang-undang. Saya nak fokus sihat dulu. Ini bukan kali pertama saya guna, tapi mungkin hari itu nasib tak menyebelahi.

"Sebenarnya tak kisah brand apa, mahal atau murah... kita tetap kena hati-hati. Sampai sekarang tak tahu apa punca pressure cooker tu jadi macam tu.

"Seperkara lagi saya nak share, jika alami perkara sama, lekas-lekas siram dengan air. Doktor sendiri pun sarankan... ia untuk elakkan daging kita lecur lebih teruk. Moga perkongsian ini buatkan kita semua lebih hati-hati," ujarnya lagi.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 14-10-2022 02:38 PM
allahuuu tacoddd ya
Quote Diamje 14-10-2022 02:39 PM
Brand n***a kah?.. nk buat mcm mana.. dah nk terkena.
Quote CiliPadiSedap 14-10-2022 03:09 PM
sebab tu kaka masak nasi guna rice cooker bukan pressure cooker
Quote Kak-Rohana 14-10-2022 03:11 PM
Edited by Kak-Rohana at 14-10-2022 03:30 PM

Dah pernah ade kes kan? Hakak ban kalu jenis suker letop2 ni. Nak sedap mcm mana lagi ko masak dek..guna dapor biasa sudah.
Quote akies 14-10-2022 03:13 PM
Tak habis keluar kot wap2 tu.. sbb tu penutup tu ketat dan tak boleh buka
Quote noor2 14-10-2022 03:19 PM
Alhamdulillah...muka dah comel balik....
Quote Kitty_catz 14-10-2022 03:21 PM
dats y meols tak beli pressure cooker ni, tacodddd
Quote orkid_amani 14-10-2022 03:22 PM
Laaa..kalau terdekat xboleh bukak tu jgn la paksa bukak..mmg pressure wap belum released habis lagi..dah berapa ramai yg kena mcm ni..xfaham betul la diorang ni..xkisah la brand apa pun..selagi tudung periuk tu bila kita pusing xboleh terbukak maksudnya pressure belum released 100% w/pun dah xdak bunyi & wap keluar. Tudung tu xsalah..betul la dia masih kunci sebab xnak bahayakan pengguna sbb wap xkeluar habis lagi
Quote Mary_jane 14-10-2022 03:23 PM
Oh staff I pun pernah cerita pressure cooker dia meletup. Tapi mujur masa tu diorang tak dekat sangat dengan pc tu. Oh man.
Quote syamzana 14-10-2022 03:25 PM
ya allah takutnya. pdhal dah release dan penutup tak terbukak pun. caner blh meletup??
iols mmg pakai pc ni sbb mudah+sekejap je. tp jrg la release sendiri biasa biar je periuk tu release dah bunyi tu baru bukak penutup.
pic tu before ke after kejadian?kalau after alhamdulillah back to normal.
Quote supernaturalee 14-10-2022 03:28 PM
iols serem nk guna pressure cooker
cos i can't take a pressure


Quote dellashrill 14-10-2022 03:31 PM
iols pun takut bila baca berita mcm ni sebelum ni.

Quote cmf_PariS 14-10-2022 03:35 PM
elok masak natural way je lah dr pressure2 ni.. lengkup muka aku nnt
Quote glump 14-10-2022 03:35 PM
Walau aku ada pressure cooker manual,guna utk masak ala2 periuk biasa je ..Tak lock pressure .suka pakai periuk pc stainless steel tu sebab periuk tebal ..tapi kalau balik kg mertua ,seram tengok dia guna PC electric dia tu suka stuck .dah lah dia Tak berapa pandai nk bukak.seram tengok
Quote cmf_Strawberry 14-10-2022 03:39 PM
I penah guna dulu tp mmg takut. sEkarang i guna rice cooker je nak rebus tulang etc. LAgi sedap sbb maintain rasa. Guna pressure cooker ada rasa lain.
Quote lo_la 14-10-2022 03:46 PM
Semoga dipermudahkan urusan adik ni. Sedih oh as a woman kena macam ni. Hopefully husband dia support dia emotionally.

Curious what kind of brand. Dulu2 pakai wmf, Alhamdulillah setakat pakai tu ok je. Actually bila still susah nak buka tu, indication of pressure not properly released yet. Patut lock balik and tunggu.
Quote ghalibboy 14-10-2022 03:52 PM
cmf_Strawberry replied at 14-10-2022 03:39 PM
I penah guna dulu tp mmg takut. sEkarang i guna rice cooker je nak rebus tulang etc. LAgi sedap sbb  ...

Pressure cooker mempercepatkan process je.  Lagi2 sup tulang
Quote ghalibboy 14-10-2022 03:56 PM
Dah 3 jenis pressure cooker I pakai. Dari jenis mahal hingga yg murah. Bila dah rosak  beli yg lain.  Berguna bila nak cepat masak. Takut juga dengar hal meletop ni. Kena berhati2 lepas ni
Quote sukacactus 14-10-2022 04:07 PM
Hati2 la
Aku guna pc yg stainless steel biasa je
Guna utk rebus tulang sj
Mmg tunggu sejuk dl br buka
Cara aku masak plak mmg byk step sebab aku xsuka telan lemak2 semua tu
Asing plak tulang dgn air dia
Air masuk freezer utk pisahkan minyak bertakung kat ats tu
Pastu br tumis bwg rempah sup semua dlm periuk lain plak

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.070387 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top