Disebabkan trauma dengan kehidupan silam, Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz disahkan menghadapi gangguan stres pascatrauma atau Post-traumatic stress disorder (PTSD).
Baru-baru ini Puteri Balqis memuat naik gambar ubat yang diambil selepas berjumpa pakar psikiatri. Namun kata pelakon ini, ubat tersebut hanya mampu membuatkannya gembira kurang dari 8 jam sahaja.
Selepas itu hatinya kosong.
"Saya telah kehilangan diri saya. Saya masih cuba untuk bertahan dan tidak mengimbas kembali masa silam. Namun saya masih bangun dalam keadaan yang bergetar. Kenangan itu akan kekal." Tambahnya dia tak boleh lupakan kisah sialm dan 'shaking' setiap kali terjaga daripada tidur. Malah ubat yang diambil adalah sangat mahal dan boleh mencecah sehingga RM160 sekotak. Ini membuatkan dirinya lebih tertekan memikirkan soal duit.
Baca pendedahan Puteri Balqi mengenai bapanya di sini: Semoga Puteri Balqis dan ibunya sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|