Oleh : TS LOO sumber foto : http://www.freemalaysiatoday.com/ sumber foto : http://www.sinarharian.com.my/ Sebuah lukisan hasil karya Paolo Porpora yang bernilai AS$1.5 juta atau RM6 juta rosak ketika dipamerkan di Taiwan.
Kejadian berlaku secara tidak sengaja selepas seorang kanak-kanak yang menyertai rombongan lawatan cuba mengelak diri daripada terjatuh. Ketika itu, dia kelihatan memegang objek seperti tin minuman.
Tangannya kemudian terkena lukisan antik berusia 350 tahun dan menyebabkannya koyak. Insiden yang berlaku mengejutkan kurator pameran, Andrea Rossi sehingga tidak dapat berkata apa-apa. Menurut Sun, kos pembaikan pulihan lukisan yang rosak akan dilindungi insurans, bermakna, kanak-kanak itu dan keluarganya tidak akan diminta untuk membuat apa-apa bayaran. “Saya sedang merancang untuk meminta kanak-kanak lelaki itu menjadi sukarelawan dalam pameran itu untuk satu hari, sebagai hukuman,” katanya. Lukisan tersebut sedang menjalani proses pemulihan oleh pakar-pakar di Taipei. “Kami akan memulakan kerja-kerja pemulihan dengan membaiki bahagian yang koyak di belakang. Kemudian kami akan mengecat di bahagian depan,” kata pakar pemulihara seni halus, Leo Tsai. sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/
|
18
Bagus |
17
Marah |
10
Terkejut |
19
Sedih |
8
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 26-8-2015 03:40 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=892726&extra=
@spiderman88
spiderman80 replied at 26-8-2015 08:09 PM
Haha, TT buka di Bod Peristiwa Dunia, jadi Spidey tak dapat tutup.
Btw, sis dah silap tag ...
ADVERTISEMENT