|
Warganet di laman sosial bersorak apabila Rizky Billar ditahan polis semalam berikutan isu keganasan rumah tangga terhadap isterinya, Lesti Kejora.
Netizen seolah-olah berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa terhadap pelakon ‘Anak Jalanan’ itu. Menurut netizen, penahanan Rizky semalam, sedikit sebanyak mampu membuka mata kaum lelaki di seluruh negara agar tidak melakukan keganasan terhadap isteri. Tambah mereka, suami boleh menegur isteri sekiranya mereka melakukan kesalahan, namun jangan sampai menggunakan kekerasan sebagai pengajaran.
Di samping itu, segelintir netizen berharap Rizky akan berubah selepas dibebaskan daripada penjara. Ujar netizen, Lesti seorang wanita yang baik dan pasti memberi peluang dan ruang untuk suaminya berubah. Terdahulu, mStar memetik Detik Hot melaporkan pelakon berkenaan enggan berpisah dengan Lesti. Peguam yang mewakili Rikzy, Ade Erfil memaklumkan pelakon itu masih mencintai isterinya. "Rizky tidak mahu menceraikan isterinya kerana mereka ada anak dan dia sangat mencintai isterinya," katanya. Ia berikutan penularan video memaparkan Rizky membaling bola snuker ke arah Lesti dipercayai dalam keadaan marah. Sumber: OHBulan
|
konon cinta isteri sebab tu tak nak bercerai

. Kau nak samakan keganasan rtangga dgn keganasan anak austism thdp kau ke?tikusmontok replied at 14-10-2022 12:19 PM
Acik landak laut (bak kata dudaberhias) kata mahapkan ajalah . Kau nak samakan keganasan rtangg ...

I.K.A888990 replied at 14-10-2022 05:55 AM
ko dah ada isteri baik kaya pulak tu tapi ko buat gak perangai bodoh. padan la muka
bagus isteri dia ...
BoongaKertas replied at 14-10-2022 02:14 PM
td ada netz mana ckp yg sheols nak tarik blk report. iols hrp x tarik lah hendaknya.
I.K.A888990 replied at 14-10-2022 06:16 AM
laaaa pulak..hrp tak la.
jgn termakan la pujuk rayu utk tarik
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.081380 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.