Tular rakaman kejadian seorang pelajar Cina memasang surah Yasin kerana 'takut hantu'. Seperti video dimuat naik pengguna TikTok, Emad Hakimi Norhasrin, 20, rakaman itu menunjukkan rakan sebiliknya, Cha Wei Long, 22, yang penakut memasang surah Yasin.
Bercerita kepada mStar, jejaka yang senang disapa Emad itu menceritakan kisah di sebalik video yang menunjukkan momen Wei Long memasang video surah Yasin atas alasan 'takut hantu' "Kawan saya Cha memang penakut hantu. Kebetulan masa tu cuti jadi ramai yang balik dan tinggal kami berdua saja dalam bilik. Bila ramai dah kosongkan bilik, kolej jadi sunyi sikit.
"Saya pula memang jenis suka menyakat orang tambah-tambah lagi bila tahu kawan saya ni memang jenis penakut. Hari tu saya pun sakat Cha, saya minta dia berhati-hati esoknya sebab saya nak balik rumah keluarga. "Cha memang takut... dia siap minta saya tak balik dan teman dia dekat kolej saja. Saya cakap dekat dia tak boleh teman sebab famili datang melawat nanti saya ikut balik terus," ujarnya. Bercerita lanjut mengenai 'prank' yang dilakukan, pada sebelah malam Emad berpura-pura dirasuk ketika hanya mereka berdua di bilik. Menurut Emad yang menetap di Mersing, Johor, Cha pada ketika itu berasa takut melihat dirinya yang seolah-olah tidak sedarkan diri. Setelah melihat keadaanya, Cha tanpa berfikir panjang terus membuka surah Yasin yang dipasang di YouTube. "Malam tu saya takutkan Cha dengan berlakon kena rasuk. Dia ada cakap Jangan main-mainlah tinggal sorang kat bilik ni. Terus dia buka surah Yasin pasang kuat-kuat. Tindakan dia tu memang luar jangkaan saya jadi sebab tu saya terus rakam gelagat dia yang cuak tu. "Dalam bilik kami ada empat orang termasuk saya. Dia seorang saja yang berbangsa Cina jadi mungkin sudah terbiasa tengok kami buka surah Yasin dalam bilik. "Lagi satu mungkin sebab saya ni Melayu jadi dia pun bayangkan hantu yang masuk dalam badan ni hantu Melayu sebab tu dia buka surah tu," kata Emad, berseloroh. Menurut Emad lagi, dia dan rakan-rakan lain sememangnya kerap membaca surah Yasin di bilik. Amalan baik dilakukan Emad dan rakan-rakan lain membuatkan Cha adakalanya bertanya perkara berkaitan Islam. Dalam pada itu, jejaka yang enggan mendedahkan institusi pengajiannya ini berkata tiada sebarang gangguan atau unsur mistik melibatkan makhluk halus berlaku di asrama kediamannya. Mengenai perkongsian Emad yang meraih hampir 1 juta jumlah tontonan di TikTok, dia tidak menyangka video tersebut akan meraih perhatian warga maya. Walaupun ada yang menganggap usikan tersebut agak kasar namun kata Emad, hampir semua komen di media sosial adalah positif dan dianggap sebagai jenaka sahaja. "Saya post video tu hanya untuk suka-suka saja. Tak sangka perkara macam tu pun dianggap kelakar oleh orang lain. TikTok "Saya nak simpan video tu sebagai kenangan saya dan Cha sebagai roommate tapi tak sangka pula boleh tular sampai dapat sambutan macam tu sekali. Bila saya beritahu Cha yang video tu viral, dia pun terkejut dan okay saja. "Apa-apa pun saya terhibur baca komen netizen di ruangan komen video tu," ujarnya lagi. Sumber: mStar
|
Bedah.Cun replied at 14-10-2022 11:51 AM
Hemboiiii, uhurmmm harmmm hermmm berdenyuttt
Bedah.Cun replied at 14-10-2022 11:51 AM
Hemboiiii, uhurmmm harmmm hermmm berdenyuttt
saviour_09 replied at 14-10-2022 03:51 PM
ramai je non muslim macam ni
india sebelah rumah mak aku, berubat kat masjid negeri ye
saviour_09 replied at 14-10-2022 03:51 PM
ramai je non muslim macam ni
india sebelah rumah mak aku, berubat kat masjid negeri ye
becir replied at 14-10-2022 09:48 PM
Uni I dulu panggil tok Sami sebab hantu kepala cakap India suka kacau students memalam..
Adrif replied at 14-10-2022 11:07 PM
kawan ofis India aku pun gitu. bila dia rasa tak sedap badan, I pegi kat meja dia, dengar phone di ...
ADVERTISEMENT