CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Seronok Bercuti Di Langkawi,Tiba-Tiba Suami Meninggal Dunia-"Berbulan-Bulan Kumpul Duit, Dia Paling Excited"

14-10-2022 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2908| Komen: 27

ALOR SETAR – Hasrat seorang lelaki untuk menggembirakan isteri dan anaknya dengan membawa mereka bercuti ke Pulau Langkawi berakhir dengan ke­sedihan selepas diserang angin ahmar sebelum disahkan mening­gal dunia, Selasa lalu.


Menurut Wan Nur Hasimah Wan Yusof, 37, dia, suami, Hazizan Hamisan, 41, dan anak mereka Muhammad Daiyan Atiq, 14, bersama enam ahli keluarga lain ke Langkawi pada 6 September lepas untuk bercuti selama empat hari.


Foto: Kosmo

“Suami mengadu tak sihat sebaik tiba di Langkawi sebelum tidak sedarkan diri dalam bilik hotel dua hari kemudian. Doktor sahkan dia koma dan terdapat pendarahan pada otaknya.


“Sejak hari itu saya berkampung di hospital. Pihak hospital juga ada buat dua pembedahan untuk buang nanah pada limfa yang rosak selain tebuk di leher,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, keadaan arwah kemudian stabil, namun Allah lebih menyayanginya apabila menghembuskan nafas terakhir selepas subuh, Selasa lalu.

“Walaupun masih bersedih, saya sekeluarga reda dengan ketentuan takdir ini.

“Ini adalah percutian pertama kami selepas Perintah Kawalan Pergerakan. Kami ambil masa berbulan-bulan untuk rancang dan kumpul wang. Arwah kumpul wang menjual tanjak di pasar setiap malam selama sebulan.

“Akhirnya, dia berjaya jual lebih 200 tanjak. Memang hasratnya untuk gembirakan saya dan anak. Mengingati perkara itu saya jadi amat sedih,” katanya.


Foto: Kosmo

Lebih menyayat hati katanya, ini kehilangan ketiganya selepas kehilangan ibu bapa, Wan Yusof Wan Abdullah, 63, dan Aminah Yaakub, 59, yang meninggal dunia selang setengah jam akibat jangkitan Covid-19.

Wan Nur Hasimah turut berterima kasih kepada semua pihak yang menguruskan semua urusannya ketika berada di Langkawi termasuk membawa pulang jenazah suami ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk dikebumikan pada hari sama.

“Alhamdulillah banyak yang membantu saya. Saya tidak ada pendapatan tetap cuma bekerja sambilan saja sebagai kerani akaun.

“Untuk urusan bawa pulang jenazah diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Skuad Jenazah dengan menggunakan bot. Cuaca di laut sepanjang perjalanan baik saja dan 45 minit kami sampai di Kuala Perlis dan sudah ada van jenazah menanti,” jelasnya.

Tambahnya, jenazah arwah suami selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Taman PD Utama, Port Dickson. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_PariS 14-10-2022 11:33 AM
tabahlah dik.. semoga kuat ya
Quote ctaz 14-10-2022 11:39 AM
inallah waina ilayhi raji'un
Quote white_musk 14-10-2022 11:44 AM
Semoga adik jaga kesihatan
Quote 3chanceno 14-10-2022 11:49 AM
Innalillah...takziah untuk famili...semuga tabah menghadapi dugaan ini
Quote ulamalu 14-10-2022 01:04 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun.  Dah ajal.  Nasib pulau dlm Malaysia lg, mudah juga dapat bantuan.  Kalau bercuti luar negara jd mcm tu dgn x ada insurans, mmg sukar lah.
Quote me12345 14-10-2022 01:32 PM
Tabah kan hati ..moga di beri kemudahan
Quote BoongaKertas 14-10-2022 02:22 PM
moga diberikan kekuatan utk balu arwah.
Quote emera 14-10-2022 02:24 PM
Astaghfirullah.. aku ingatkan si puyu tadi.

Takziah kat akak tu.
Quote supernaturalee 14-10-2022 02:28 PM
takziah

tgk, ramai yg mudahkan urusan dorg
sesetgh tu maybe dh skop tugas, yg lain sukarela
yet still, dlm kategori memudahkan urusan sbb x melambat2kan dan sbgnya

moga yg baik2 berbalik pd mereka yg membantu
Quote syamzana 14-10-2022 02:30 PM
Innalillah...salam takziah
semoga balu & anaknya tabah. kesian kat dia ni dah la makayah meninggal sekaligus, kira muda lagi la arwah makayah dia tu. husband plak meninggal.
Quote Highflyer19 14-10-2022 02:31 PM
Alfatihah...
Quote BellaThePrinces 14-10-2022 02:36 PM
salam takziah, semoga dberi kekuatan.

my fren rebah kat KLIA - HBP ada pendarahan kat otak..kejar ke hosp Putrajaya, sempat operation tp lepas tu meninggal... rancangnya nk holiday ke London...kalau lah dia rebah kat london sana...syulittt

asbab itu, me taat dah makan ubat darah tinggi setiap hari...kalau tak sblm ni selalu skip2 , ikut dan saja...
Quote rosedemon 14-10-2022 02:36 PM
ajal xkisah la time bercuti ke apa, tau2 da dalam kbur
Quote kakpah85 14-10-2022 02:46 PM
Ya Allah. bff aku ni. menangis je dia, dgn aku sekali nangis.sayu hati masa pegi waktu kebumi haritu.
Quote reen8601 14-10-2022 03:09 PM
Salam takziah untuk keluarga
Quote black_handbag 14-10-2022 03:46 PM
ramainya mati sbb stroke/darah tinggi skrg ye
Quote liyamariska 14-10-2022 03:50 PM
innalillahiwainnailaihiraji'un....
Quote xtahumenahu 14-10-2022 03:53 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun..takziah buat sis n family..moga tabah menghadapa hari2 mendatang
Quote saviour_09 14-10-2022 03:53 PM
salam takziah

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.142364 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top