CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Ramai Masyarakat Takut 5G Memudaratkan Kesihatan?

14-10-2022 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4465| Komen: 21|Original author: Kandungan Tajaan

Pernahkah anda melihat seseorang memegang telefon pintar mereka secara terbalik ketika menjawab panggilan?

Apabila ditanya, "Mahu mengelak radiasi selular" katanya.




Malah, ada juga yang berpendapat menara saluran 5G boleh menyebabkan kanser.

Selari dengan perkembangan teknologi terutama pembangunan rangkaian mudah alih 5G, pelbagai 'cerita dongeng' digembar-gemburkan ahli teori konspirasi sehingga hari ini.

Malah, kebanyakan masyarakat di seluruh dunia cenderung mempercayai mitos dan teori konspirasi berhubung bahaya teknologi rangkaian 5G terhadap kesihatan pengguna.




Ekoran itu, ramai pengguna menyuarakan kebimbangan terhadap rangkaian mudah alih itu yang dikatakan berisiko mengundang kemudaratan kepada kesihatan.

Dari penyebab utama kanser sehinggalah teori yang mendakwa rangkaian 5G sebagai penyebar virus Covid-19 merupakan teori paling popular dan dipercayai di kalangan masyarakat. Terlalu banyak teori konspirasi rangkaian 5G diuar-uarkan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 2019 menggesa orang ramai supaya tidak perlu cemas dan bimbang rangkaian mudah alih 5G mengundang masalah kepada kesihatan.



Malah, seorang ahli anggota Suruhanjaya Komunikasi MCMC, Profesor Dr Tharek Abd Rahman menjelaskan sehingga kini tiada kajian membuktikan teknologi 5G berisiko memudaratkan kesihatan manusia.

Sebaliknya, teknologi 5G memberi banyak manfaat  dalam kehidupan seharian manusia dan memberi impak kepada masa depan ekonomi negara.



Baik gaya hidup isi rumah, bekerja dari rumah dan sistem pembelajaran yang lebih efisien, kelajuan 10 kali ganda disediakan rangkaian 5G iaitu 1,000 megabit sesaat turut 'menjaga' kesihatan masyarakat secara digital dengan adanya sistem pemantauan jarak jauh dan telekesihatan.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif portal teknologi maklumat Amanz Network, Ikhwan Nazri Mohd Asran berkata, 5G berupaya membantu petani mengoptimumkan hasil pertanian, seperti yang dilaporkan oleh AWANI. 



Bahkan, ia juga membawa manfaat kepada sektor pendidikan, kesihatan, pembuatan/perkilangan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 14-10-2022 11:13 AM
Dengarnya pancaran sinar 5G ni boleh buat kulit menggelupas manja.
Quote ifanonline 14-10-2022 11:14 AM
rakyat bodo menolak 5G
Quote putera_daruna 14-10-2022 11:19 AM
dulu 4G.... isunya cam gini jugak.... bersepah org pakai
Quote plywood 14-10-2022 11:27 AM
Kenapa rakyat malaysia takut dengan berita angin yang mengatakan 5g membahayakan kesihatan. tajuk kena ubah sedikti
Quote airfilterkotor 14-10-2022 11:30 AM
Memegang telefon pintar secara terbalik ketika menjawab panggilan.
Quote kelana36 14-10-2022 11:38 AM
airfilterkotor replied at 14-10-2022 07:30 AM
Memegang telefon pintar secara terbalik ketika menjawab panggilan.

make no difference kan..  

guna speaker jer la...or headphone..



Quote aechae 14-10-2022 11:43 AM
airfilterkotor replied at 14-10-2022 11:13 AM
Dengarnya pancaran sinar 5G ni boleh buat kulit menggelupas manja.

Boleh putih cerah x lps tu? Xyah cucuk drip vit C lh kn?
Quote airfilterkotor 14-10-2022 11:51 AM
kelana36 replied at 14-10-2022 11:38 AM
make no difference kan..  

guna speaker jer la...or headphone..

Kalau pakai terbalik tanpa speaker atau headphone?
Tengah membayangkan ni....
Quote airfilterkotor 14-10-2022 11:53 AM
aechae replied at 14-10-2022 11:43 AM
Boleh putih cerah x lps tu? Xyah cucuk drip vit C lh kn?

Jangan war-war kat pounder produk pemutih timbang kilo, nanti dorang takleh carik makan.
Quote Gingerly 14-10-2022 12:35 PM
Edited by Gingerly at 14-10-2022 12:37 PM

Ok i ada esp..(mind&physical) Pengalaman kalau pegang fon yg pakai data, tapak tangan rasa ada aliran elektrik semut2. Kalau pakai wifi, rasa renjatan pada jari mencucuk2 tp tahan jela. tpaksa pgg sipi2 manja. Biasa letak atas pmukaan meja dll smbil surf

Waktu tengah caj fon yg on wifi, lg kuat rasa mcm renjatan elektrik, terus tercampak fon drpd tangan
Quote Perwira2022 14-10-2022 01:55 PM
Yg paranoid 5G ni hisap rokok takpe pulak... Obsess makan vitamin C  ok pulak
Quote CiliPadiSedap 15-10-2022 06:54 AM
membazir bina infra 5G kalau jam 7 malam speed 4mbps lepas tu bagi alasan fair usage policy. tq maxis kekal cemerlang speed.

pay tempe got friska
pay peanut got monkey
pay honey got madu
Quote CiliPadiSedap 15-10-2022 06:59 AM
Gingerly replied at 14-10-2022 12:35 PM
Ok i ada esp..(mind&physical) Pengalaman kalau pegang fon yg pakai data, tapak tangan rasa ada alira ...

pon u ada bocor elektrik. elakkan guna earphone sebab ditakuti u boleh maut ramai dh maut guna earphone masa tidur walaupun guna handphone yg elektrik tak besar.
Quote Page88 15-10-2022 09:29 AM
Now 5G, then after a few months, 6G & so on. This will forever be on going.
Quote Page88 15-10-2022 09:30 AM
Now 5G, then after a few months, 6G & so on. This will forever be on going.
Quote Gingerly 15-10-2022 10:10 AM
Edited by Gingerly at 15-10-2022 10:11 AM
CiliPadiSedap replied at 15-10-2022 06:59 AM
pon u ada bocor elektrik. elakkan guna earphone sebab ditakuti u boleh maut ramai dh m ...


Nope. Rumah i ok. Pengalaman i bukan dalam rumah i jew. Dekat airport ke, shops, hotel, sama jew..I rasa u tak fhm. Though pakai apa2 jenis fon pun. Abaikan
Quote kelana36 15-10-2022 02:00 PM
Gingerly replied at 14-10-2022 08:35 AM
Ok i ada esp..(mind&physical) Pengalaman kalau pegang fon yg pakai data, tapak tangan rasa ada alira ...

i think yang ni more on static electrical discharge kot.
Remember dulu ada kereta terbakar masa tengah refuelling because of this...


Quote Gingerly 15-10-2022 06:53 PM
kelana36 replied at 15-10-2022 02:00 PM
i think yang ni more on static electrical discharge kot.
Remember dulu ada kereta terbakar masa te ...

Again, ntahla. Takkanler setiap saat dari i kecik ada static electrical charge termasuk objek spt barang antik, baju org, badan org dll. Terkejut2 i. U rasa? Mcm i pegang org sakit,  demam org transfer ke badan i, dia sembuh. Lagi satu, tgh tak puas hati dgn sorg forumer, terus muka dia muncul flash ke otak i mata sepet kepam spek frame tebal muka 4 segi
Quote sardintin 15-10-2022 10:57 PM
Gingerly replied at 15-10-2022 06:53 PM
Again, ntahla. Takkanler setiap saat dari i kecik ada static electrical charge termasuk objek spt  ...

itu biasa je sis, i pon kdg2 kene, bukan time pki hp i je, time pki hp org lain pon sama. it is like our own body yg ada letrik tu skit. tp skrg so much better. mungkin faktor over stress, being grumpy, depress, sad etc yg buat dia jadik. klu stakat pgg troli kene letrik tu semua org dah biasa. tp mcm i dlu pgg mcm2 pon kene. pgg pen, buku, dinding, tgn org, pgg pipi org eh byk lg lah.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.697060 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top