CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pasrah Diri Dah Sendu- Syafie Naswip Tahu Berlakon Je, Tak Pernah Buat Kerja Lain

14-10-2022 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3365| Komen: 41

Kemunculan banyak pelakon baharu tidak pernah membuatkan Syafie Naswip berasa tergugat meskipun dirinya tidak lagi menjadi tumpuan peminat.

Sebaliknya kata Syafie atau Mohammad Syafie Naswip, 26, dia sentiasa berpegang kepada prinsip untuk mengutamakan tanggungjawab sebagai pelakon berbanding memberi perhatian kepada populariti.

Foto: IG

"Sejak saya berlakon Mukhsin, inilah punca rezeki saya iaitu berlakon dan tidak pernah melakukan pekerjaan lain... cuma mungkin peminat tak nampak hasil kerja kerana ada beberapa drama saya yang masih belum ditayangkan lagi.

"Waktu sekarang ini, nama pelakon ini tengah naik dan disebut-sebut sebab dapat slot premium, jadi bila orang balik kerja, boleh tonton berbanding drama saya yang waktunya agak lewat macam 11 malam sampai orang tak perasan.





"Pada saya itu rezeki masing-masing, kita tak boleh pertikaikan... apa yang saya nampak ramai pelakon-pelakon baharu yang berbakat dan saya pandang perkara itu sebagai positif kerana mungkin ada peluang saya belajar sesuatu daripada mereka," katanya kepada mStar.




Dalam perkembangan lain, Syafie bakal muncul dalam telefilem arahan Bade Azmi berjudul Dosa Tidak Terampun yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 14-10-2022 10:50 AM
Dia ni best je ,emsem
Quote lasagna 14-10-2022 10:51 AM
dia ni brlakon ok jer, watak menjadi. cite songlap dgn polis evo 2 tu, watak dia not bad juga, berbakat. mebi dia kena market kan diri jer laa.
Quote Diamondmoney 14-10-2022 11:06 AM
Dia ni obses dgn bollywood. Sesekali dia menari dgn pipah ok jgk. Tp bila kejap2 lalu dia bergedik2 dgn si pipah annoying la pulak
Quote pembacagosip 14-10-2022 11:48 AM
Diamondmoney replied at 14-10-2022 11:06 AM
Dia ni obses dgn bollywood. Sesekali dia menari dgn pipah ok jgk. Tp bila kejap2 lalu dia bergedik2  ...

dia suka fefeling hero bollywood ahgituuuu
Quote TomyamPuteh 14-10-2022 12:29 PM
Aku penah nmpk dia depan2. Mcm gemuk.
Quote September14 14-10-2022 12:36 PM
Aku pnh nampak dpn2 gak marhein sgt… xde aura retis
Quote nakkomenjugak 14-10-2022 01:03 PM
sejak bila pulakkkk heols 26
heols sebaya iol
ni join geng aedy ke warna rambut lebih kurang
Quote orangbiasaje 14-10-2022 01:10 PM
Dia, amirul effendi...antara yg bakat lakonan bagus cuma rupa kena digilap. Kena tanya beto camne dia kemetot kulit gelap masih dpt jadi hero, tak pun dptkan makeover. Boleh je diorg, kena PR bagus je.
Quote Thunderclouds 14-10-2022 01:13 PM
Muda & sihat lg. Cepat2 pikir utk plan b so dh tua xlaku nnt xmenadah sana sini. Boleh sambung study utk mngajar performing arts contoh.
Quote jiwakacau06 14-10-2022 01:18 PM
ambil contoh bell ngasri...semua bnda dia sapu...
Quote awenda507 14-10-2022 01:59 PM
kalau bg alasan gitu maka ramai la org pn ada alasan sama takleh buat keje lain sbb tau satu keje tu je. kena la pandai plan n ada contigency plan in case klu da takda tawaran berlakon. jgn nti pandai nk mintk bantuan utk retis je sdgkn org lain pn struggle buat keje mcm2 nk cari duit.
Quote diamondhoney 14-10-2022 02:02 PM
Bukan hari tu sambut besday ke30? Tiber 26 pulok umo heols
Quote Lavender_Violet 14-10-2022 02:05 PM
Apooo.....Tak tau buat kerja lain???
Ko ingat berlakon ni boleh sampai tua ke
Ko nk mkn apa kalau tiba2 x ada offer berlakon
Tak kan nak masuk Bersama- mu kot...
Cuba cakap tu fikir2 sikit Pie...
Quote Madel 14-10-2022 02:06 PM
Mentaliti apa kah ini
Patut la sendu
Meh sini akak sepak muka nko, kot otak nko yg kat lutut tu boleh balik ke tmpat asal.
Ada duit, gi la sambung belajar..cari ilmu, cari pendidikan
Retis2 Msia ni kalau bab belajar, cari ilmu mmg depa malassssss sungguh la
pastu duk keluh kesah
celaka betul
Quote kechikchomel 14-10-2022 02:06 PM
dia suka berkebun kan?
try jual anak2 pokok tu. nak suruh bukak nursery macam byk makan modal.
tapi kalau dia sanggup amik risk ok je
Quote rosedemon 14-10-2022 02:41 PM
cam tagune je jadi laki kalau xreti cari kerja lain. ni bakal miskein la ni kalau xda job. itu je yg dia harap
Quote Kurex 14-10-2022 02:51 PM
Bukak la acount onlyfans
Quote renko 14-10-2022 02:57 PM
dulu dia ni tunang dengan sapa?
kemain bagai2 masa tu hal dia dgn tunang dia
Quote Diamondmoney 14-10-2022 03:23 PM
Dia kan pandai memasak. Kerja jgk tu. Jual la apa2 yg bole mendatangkan hasil. Buat yg rare sikit. Cm wajik ke.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.038757 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top