CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Kes Tak Tahu Diri Hamil, Cikgu Terkejut Tiba-Tiba Je Beranak

14-10-2022 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1346| Komen: 1

Seorang guru wanita menyangkakan kepenatan yang dialami adalah disebabkan tugasannya mengajar, bagaimanapun terkejut apabila mengetahui dirinya sedang hamil.

Peyton Stover melahirkan anak pertamanya 48 jam setelah mengetahui tentang kewujudan bayi di dalam perutnya itu.

Menurut Peyton, 23, dia tidak menyedari bahawa dia mempunyai 'bonjolan' di perut dan menganggap ia berpunca daripada tekanan kerja yang memenatkannya.

Foto: Mirror UK

Kemudian, dia berjumpa doktor apabila kakinya mula membengkak dan ketika itu Peyton mengetahui bahawa dia sedang mengandung.

Peyton memberitahu saluran berita tempatan KETV bahawa seorang doktor menjalankan ujian sebanyak dua kali dan selepas kali kedua, keputusan ujian tersebut adalah positif hamil.

Malah, doktor kemudiannya menjalankan ujian ultrasound bagi mengesahkan kehamilan tersebut.

Menurut doktor itu, dia terpaksa bertindak untuk menyelamatkan nyawa Peyton dan melahirkan bayi itu gara-gara buah pinggang dan hatinya tidak berfungsi dengan baik.

Doktor melakukan pembedahan kecemasan dan bayi lelaki, Kash, dilahirkan 10 minggu pramatang dengan berat hanya 4 paun (1.8 kilogram). -CARI

Sumber: mStar Online/ Mirror UK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 14-10-2022 02:35 PM
aku teringin nak rasa hamil tanpa sedar. apa agaknya rasa eh. xkan bby xgerak lgsg dlm perut. pelikkkk

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.336846 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top