Seorang lelaki berdepan pengalaman ngeri iaitu mati selama 90 minit ketika dirawat seorang doktor apabila diserang sakit jantung pada awal pagi Januari 2019.
Jelas Alistair Blake, 61, ketika itu dia tidur di sebelah isterinya Melinda yang mendapati suaminya ‘kaku’ di rumah mereka di Australia, lapor Daily Star. Melinda yang cemas bertindak pantas dengan melakukan CPR ke atas suaminya sementara menunggu ambulans tiba. Selepas cuba memulihkan Alistair selama 20 minit, paramedik tiba tetapi dia kekal ‘tidak bernyawa’ dan mati secara klinikal.
Para medik pula sedaya upaya membantu Alistair selama lebih sejam, sambil mereka terus memberikan CPR serta memberikannya lapan ‘kejutan’ pada dada dengan defibrilator. Selepas 90 minit cuba menghidupkan semula jantung Alistair, akhirnya nadi kembali berdenyut. "Secara teknikal, saya telah mati selama 90 minit. “Saya masih ingat akan tidur pada malam Sabtu dan perkara seterusnya yang saya ingat ialah bangun pagi Khamis di atas troli dari ICU ke penjagaan koronari. "Ramai orang bertanya kepada saya jika saya melihat apa-apa, dan jawapannya tidak. Saya tidak melihat apa-apa. Tiada cahaya, tiada apa-apa seperti itu,” jelasnya. Alistair kemudian dibawa ke Hospital Frankston di mana doktor dapat membuka arterinya yang tersumbat. Alistair kemudiannya dibenarkan pulang selepas 12 hari. Sumber: mStar |
plywood replied at 14-10-2022 10:56 AM
Flatliners
Five medical students, obsessed by what lies beyond the confines of life, embark on a d ...
idase76 replied at 14-10-2022 10:58 AM
best kan citer ni... ulang2 tengok tetap best
plywood replied at 14-10-2022 10:56 AM
Flatliners
Five medical students, obsessed by what lies beyond the confines of life, embark on a d ...
supernaturalee replied at 14-10-2022 11:15 AM
filem 2017 ke
plywood replied at 14-10-2022 11:26 AM
rating rotten tomato jangan kau tengok.. tak banyak movie yang dapat rating bagus disana. yang rat ...
plywood replied at 14-10-2022 10:56 AM
Flatliners
Five medical students, obsessed by what lies beyond the confines of life, embark on a d ...
plywood replied at 14-10-2022 03:56 AM
Flatliners
Five medical students, obsessed by what lies beyond the confines of life, embark on a d ...
tripleid replied at 14-10-2022 11:53 AM
tak penah tgk tapi rasa mcm nak tgk..
mana lagi best movie original 1990 ke yg remake 2017??
plywood replied at 14-10-2022 12:03 PM
1990 belum tengok
tripleid replied at 14-10-2022 12:06 PM
oo maknanya yg best tu yg version remake 2017 la kan.
ok.weekend ni nk tgk
lolipopi replied at 14-10-2022 12:41 PM
Mcm aku lebih suka 1990 punya ada Julia Roberts
ADVERTISEMENT