CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Bunuh, Makan Dua Wanita Untuk 'Kekal Awet Muda'

14-10-2022 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1008| Komen: 6

Untuk kekal awet muda, sepasang suami isteri di India memakan daging dua wanita.

The Sun kelmarin melaporkan, Bhagaval dan Laila Singh dari Kerala itu membunuh dan mengerat sebelum makan daging mangsa sebagai sebahagian daripada ritual untuk ‘kekal awet muda’.



News18

Selain pasangan itu, seorang lagi lelaki bernama Rasheed atau Muhammad Shafi yang dikatakan mendalangi pembunuhan itu turut ditahan.

Polis melaporkan, mangsa masing-masing berusia lingkungan 50-an itu 'dikorbankan' atas alasan ‘amalan khurafat dan ilmu hitam’.


Difahamkan, seorang mangsa hilang pada Jun lalu, manakala seorang lagi pada September lepas sebelum polis menemui cebisan mayat mereka di rumah pasangan terbabit minggu ini yang ditanam di dalam tiga lubang.

Selain awet muda, ritual itu juga bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan mereka seperti didakwa Shafi.

Dakwanya, amalan memakan mayat yang dimasak membantu mengekalkan keremajaan, lapor saluran televisyen news18.

“Tertuduh utama, Shafi menggunakan Facebook untuk mencari orang yang mempunyai masalah kewangan. Dia mendapati Bhagaval dan Laila berminat dengan pengorbanan manusia,” kata Pesuruhjaya Polis Bandar Kochi, CH Nagaraju.


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Solokkk 14-10-2022 01:36 PM
Gilerrrrrr….
Quote Page88 14-10-2022 01:49 PM
WHAT IN THE NAME OF GOD????
Quote Zack8hunter 14-10-2022 01:53 PM
tgk gambar diorg, celah mana yg "awet muda" tu??
Quote I.K.A888990 14-10-2022 01:54 PM
jijiknya nak baca
Quote ellejo 14-10-2022 02:10 PM
tepek gambar ic mmg la buruk. cer kasi gambar skarang acik2 nak judge
Quote tompie 14-10-2022 02:14 PM
Zack8hunter replied at 14-10-2022 01:53 PM
tgk gambar diorg, celah mana yg "awet muda" tu??

Masing2 unur dah 100 tahun lebih tu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.036292 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top