CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Buat Caprice Urus Aurat Isteri Dahulu Baru Layak Jadi Tiger Of Al-Quds!” – Kes PU Azman, PU Syed Jawab Dakwaan Berdiam Diri

14-10-2022 07:14 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3019| Komen: 20




Sejak PU Azman didakwa berikutan kes amang seksual, ada segelintir pihak mendakwa Pencetus Ummah PU Syed hanya berdiam diri mengenai kes tersebut tanpa memberikan sebarang ulasan.

Dalam satu hantaran di Instagram, PU Syed meluahkan rasa pelik apabila ada pihak tak puas hati dan mendesak beliau mengulas isu tersebut.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut memetik nama Caprice yang kini sedang rancak membuat siasatan sendiri malah sempat menasihati penyanyi Rap itu supaya menguruskan aurat isterinya dulu barulah layak digelar Tiger of Al-Quds.

"Pelik juga bila kes yang telah disiasat dan sedang dibicarakan di mahkamah namun masih wujud puok² yg lama tak puas hati dengan ambe ni..untuk desak ambe ulas isu PU Azman. Ini salah seorang dari mereka."


"Bahkan sekarang Caprise juga semakin rancak dok up "siasatan sendiri" dengan mengatakan ada "mangsa" yang mengadu sendiri kepadanya..

Untuk selingan, buat caprise urus aurat isteri dahulu..baru layak jd tiger of al Quds!" katanya.


Jelasnya lagi, beliau tidak senyap tapi menyerahkan siasatan kepada pihak polis. 

"Bukankah di Malaysia ni ada pihak berkuasa yg boleh diaju dan diadukan jenayah yang berlaku? Atau kalian sudah hilang rasa kepercayaan kpd sistem perundangan negara?"

Jika kalian bertanya kepada ambe tentang PU Azman, demi Allah kami hanya tahu kebaikan beliau dan selebihnya itu kami tidaklah tahu menahu."

Kes sedang berjalan, biarkanlah mahkamah yg menentukan salah atau tidak tertuduh..kerana kaedah menyatakan" 

Ambe bukan senyap sebab PU Azman ni kenalan kami, tetapi ianya telah menjadi kes polis..sama seperti mana Kes Ebit Liew, biar mahkamah tentukan.." katanya lagi.

Tambah beliau lagi, netizen jangan nak jadi hakim kerana mereka masih belum disahkan bersalah.

"Jika mereka bersalah..hukumlah..dengan neraca keadilan yang ada..namun jika mereka tidak bersalah maka mereka akan bebas atas tuduhan yang dikenakan.

Netizen toksah nak jadi hakim sgt!"

Terdahulu, PU Syed sering diperkatakan oleh netizen kerana berani menegur kesilapan para artis dan selebriti yang tidak sesuai dengan ajaran agama Islam. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pistolairAbah 14-10-2022 04:53 AM
setepek...sibuk sangat semua benda dia nak ulas
Quote jay_07 14-10-2022 05:02 AM
boleh tahan lazer gak pu syed
Quote akuHavocczz 14-10-2022 06:58 AM
Aurat tu dosa pribadi. Kalau apa yang member kau MUNGKIN buat tu jenayah.
Quote Ciktiekus 14-10-2022 07:29 AM
akuHavocczz: Aurat tu dosa pribadi. Kalau a ...


Setau aku kalau kita nampak kena tegur..kalau tak esok si pendosa akan tuntut pahala kita sbb tak tegur kesalahan dia..nak2 ustad..berat jadi pendakwah ni..kalau dah tegur, tapi masih tak berubah barulah itu dosa antara dia dan DIA
Quote wnwa05 14-10-2022 08:26 AM
Hahahaha aku gelakkan aje
Quote lasagna 14-10-2022 08:31 AM
topi nasik ni kan suka menempel, untuk kekal relevan haaa gitu bak kata sorg netizen yg komen perli kt IG dia baru2ni. ada betul juga lah.
Quote scarflicious 14-10-2022 08:33 AM
akuHavocczz replied at 14-10-2022 06:58 AM
Aurat tu dosa pribadi. Kalau apa yang member kau MUNGKIN buat tu jenayah.

Nama pun mungkin. Kita ni jgn terlebih hakim dari hakim. Biar pihak berkuasa jalankan tugas. Kalau bersalah, hukum dia. Kalau tak bersalah tapi kita pula terlebih terpaling lepas tu menghasut pula org sekeliling, dah dapat dosa free.

Pasal topi nasi tu. Annoying yah. Cerita pasal agama. Menyelit cerita pasal org... Tapi bini dok bergelek kat tiktok. Mcm tak sync.
Quote casper2022 14-10-2022 09:41 AM
Edited by casper2022 at 14-10-2023 12:49 PM

Quote Kentot_Wangi 14-10-2022 11:41 AM
Sama je dgn PU tu. Member2 wat hal xda pn nk tegor secara umum. Fitnah lah, aib lah. Abeh tu org lain tu xda aib ke? Ke sbb title "ustaz" & "ustazah", korg xboleh ditegor secara umum? Nak tegor, tegor keseluruhan.
Quote babelina 14-10-2022 12:27 PM
aku tgk ig story topinasi.. seram btl.. dgn selambanya dia letak muka cik man tu.. dgn selamba buat camtu.. salah btl pn x taw la.. nauzubillah..
Quote Lavender_Violet 14-10-2022 12:36 PM
Aku macam nak setuju jugak dgn apa yg PU Syed ni cakap namun tak bermakna aku pentaksub beliyaw
Kes PU Azman tu tau2 dah kena tangkap, kena dakwa so tak boleh nak cakap lebih2 takut menganggu siasatan. Lain kalau dari awal si PU ni dah ketahuan buat perangai jijik tapi didiamkan oleh rakan seangkatan PU & Dai yg lain2, itu mmg patut dihencap
Macam Kak KM, Baby Shima segala tu...perbuatan jelik diorang tu dibuat hari2, dah jadi part and parcel dari aktiviti kehidupan diorang so selayaknya lah ditegur oleh PU2 ni wpun pada dasarnya PU2 ni lebih ramai spesis penunggang
Itu bezanya...
Quote nakkomenjugak 14-10-2022 01:19 PM
did he lie tho??
Quote winky1 14-10-2022 01:25 PM
Tapi kelpis....puyu ...all these men
Quote awenda507 14-10-2022 02:05 PM
sama la 2 x 5 peel dgn si topi nasi tu. dua2 kaki merentan
Quote Kilian 14-10-2022 02:43 PM
Tp PU Syed ni pn sama naik dgn Cik Man. Boleh tahan DM perempuan ajak kahwin la dpt mimpi muka perempuan tu la petanda jodoh bagai hahaha. Risau kang dedua PU jenayah terlondeh. Ni bukan aib dh ni
Quote darling0802 15-10-2022 12:38 AM
dulu bukan ke topinasi kata tak nak balik malaysia ke
Quote misszaitun 15-10-2022 12:49 AM
pu ni asal ustaz ke. tak tengok pulak rancangan pu dulu
Quote colorpensel 15-10-2022 12:58 AM
kadang2 tak boleh hadam kalau orang yg selalu nasihat bab agama ada kes macam ni..still fikir dia teraniaya atau difitnah...
Quote MadameOnion 15-10-2022 01:16 AM
Edited by MadameOnion at 15-10-2022 01:17 AM

Beria sgt kepris ni..bising betui..patutnya buat macam firdaus wong tu senyap2 je buat keja tolong mangsa..kepris ni hingaq saja lebih..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.086872 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top