Bekas penyanyi kumpulan Raihan, Nazrey Johani, 50, membuat laporan di balai polis Kota Kinabalu semalam selepas mengesan aktiviti 'scammer' menipu dengan menggunakan namanya untuk meraih dana membina madrasah.
Tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu penipuan terus berlaku selain bimbang wujud 'scammer' lain pula yang cuba mengambil kesempatan meraih keuntungan selepas ini. "Kami mengesan beberapa penipuan menggunakan nama Maahad Tahfizul Ustaz Nazrey Johani, Al Amin Malaysia dan The GHH Enterprise. Inilah yang baru kami dapat tahu, maka saya terus buat laporan polis.
"Saya ingin tegaskan, nama-nama itu bukanlah nama kami gunakan dalam usaha mengumpul kembali dana membina Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah. Oleh itu, kami mohon semua berhati-hati sebelum masukkan sumbang ke mana-mana akaun. "Pastikan sumbangan hanya ke akaun Maybank menggunakan nama Al Tahfiz Bayu Syahadah. Insya-Allah, harta dan wang yang anda infakkan ke jalan Allah, masuk ke akaun yang benar dan dapat kami manfaatkan untuk membina semula madrasah itu," katanya. Nazrey juga kesal apabila ada yang menjadi mangsa penipuan itu dan meminta semua dijauhkan daripada musibah sebegitu dengan pendedahan terbarunya. "Ada beberapa mangsa yang menghubungi saya dan pengurusan Maahad Tahfiz Bayu Syahadah. Mereka menyatakan bahawa mereka menyumbang menggunakan TOYYIBPAY, tetapi apabila kami periksa, sumbangan mereka tiada rekod dalam sistem," katanya. Harian Metro sebelum ini melaporkan Nazrey memerlukan dana antara RM2 juta sehingga RM3 juta untuk membangunkan semula sekolah tahfiz miliknya yang runtuh selepas mengalami beberapa kali gegaran gempa bumi di Sabah. Sekolah tahfiz di Batu 2 Jalan Lombong Tembaga Mamut, Ranau itu dibina pada 2016, namun sejak Oktober tahun lalu dihentikan operasi akibat kerosakan dan keruntuhan bangunan kerana musibah berkenaan. Sumber: Harian Metro
|
dua_chzy replied at 14-10-2022 10:11 PM
Aiol masuk tered just nak puji suara heols masih sedap berlemak dalam lagu baru dengan BBNU sapa nta ...
ADVERTISEMENT