CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Jadi Mangsa Netizen Sebab Hodoh Tak Padan Dengan Isteri Cantik

13-10-2022 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5087| Komen: 55

Hanya kerana didakwa paras wajahnya tidak sepadan dengan isterinya yang jelita, seorang lelaki di Texas menjadi mangsa kecaman netizen. 


Daily Mail melaporkan, Scott dan Divine berkenalan pada 2017 menerusi laman Facebook sebelum menjalin hubungan cinta jarak jauh kerana isterinya berasal dari Filipina.

Pada November 2017, Scott melawat Divine di Filipina buat kali pertama dan kemudian melamarnya. Mereka meneruskan percintaan jarak jauh selama empat tahun sehingga Divine berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dan pasangan itu seterusnya berkahwin.


IG divinerapsing

Pada tahun lepas, suami isteri itu mula mendapat perhatian apabila berkongsi cerita cinta mereka dalam beberapa klip video di laman TikTok.

Mereka bagaimanapun menjadi mangsa ‘mulut jahat’ netizen yang mendakwa,  Divine mengahwini Scott kerana dia seorang yang ‘berduit’ selain sebagai alasan untuk tinggal di AS.

Menurut Scott, dia menghidap penyakit autoimun kronik digelar Scleroderma yang bermula ketika usianya 13 tahun. Penyakit itu mengubah penampilannya, namun lelaki berkenaan tidak menyangka keadaan akan menjadi teruk seperti itu.

“Disebabkan anda (netizen) sering mengatakan perkara sama berulang kali, ia sudah tidak memberi kesan kepada saya.

“Kami hanya dua manusia normal. Terdapat individu di luar sana yang tidak mengambil kisah rupa paras anda dalam bercinta,” kata Scott ketika menjawab mengenai komen kejam daripada netizen.



Sementara itu, berdasarkan sebuah video di TikTok, pasangan tersebut menyenaraikan soalan-soalan kejam yang diterima daripada netizen.

“Wanita itu mempergunakannya. Amat sedih sekali kerana dia (Scott) tidak menyedarinya,” kata seorang netizen.

“Apabila anda (Scott) pergi bekerja, saya sangsi bahawa dia (Divine) akan setia kepada anda,” ujar netizen lain. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 13-10-2022 05:56 PM
Demi green card green card green card
Quote lattehazelnut 13-10-2022 05:56 PM
Hahaha green card
Quote Samerosie 13-10-2022 06:33 PM
Semua org tahu mmg pinoy ni mmg dia cari supaya dapat keluar dr negeri dia.  Elok dah ni sama2 muda.  Ada yg sanggup kawin tua bangka hantar anak gi tadika kita lak tersilap tegur ingat hantar cucu.  Marah dia
Quote Page88 13-10-2022 06:42 PM
Green card...
Quote Babai 13-10-2022 06:45 PM
Bini dia pun bukan elok sangat
Quote copy_paste 13-10-2022 06:47 PM
xde la jelita mana pun bini dia
Quote abangbikerz 13-10-2022 06:54 PM
Mmg ada kes2 pasangan gini, lelaki kokesen mmg xlaku nk cari pasangan asia asal ada pasangan, yg wanita asia plak asal dpt defacto visa. So boleh nmpk kan wanita sanggup menadah poohkeynya kpd org yg xdicintai demi wang dan visa
Quote dani-rox 13-10-2022 06:58 PM
entah. ai tengok padan jer, lg pun biarlah Divine dpt green card - asal bukan rampas somi org atau menumpang parasit duit tax payer ummah murica
Quote lattehazelnut 13-10-2022 07:09 PM
abangbikerz replied at 13-10-2022 06:54 PM
Mmg ada kes2 pasangan gini, lelaki kokesen mmg xlaku nk cari pasangan asia asal ada pasangan, yg wan ...

Pinoy pun byk laki biawak
Quote Thunderclouds 13-10-2022 07:30 PM
Ada series. Dh lupa title & tgk kt mna,pinoy2 yg susah ni mmg groom ank2 ppuan so dpt kawen kokosen & kluar dr pilipin. Kluar dr poverty. Ada 1 episode tu ank kokosen ni dtg pujuk ayh dia blk u.s sana. Ayah dia in his 70s couple ngn budak umo 16. Yes,16. P sekolah kiss2 dulu. Nanges2 ank kokosen ni ckp bapak dia disgusting bgai sbb cucu2 dia lg tua dr budak tu. Makpak budak tu dh bg blessings pas abeh sekolah kawen truss.
Quote .HannahMontana. 13-10-2022 07:34 PM
xnampak spark cinta disitu

ikut suka mereka berdua lah

kisah mereka sedikit pun xperlu tampal sticker di muka .

Quote sharlenetexas 13-10-2022 07:38 PM
sukacactus replied at 13-10-2022 05:56 PM
Demi green card green card green card

Tak padan dgn nama Divine.

Quote haifawehbe 13-10-2022 07:48 PM
iols follow fb deme ni.. mmg nampak laki ni berduit walau mcm x cukup makan.. pinoy ni kalau kawen mat saleh mmg sebab duit jer.. sama spesis dgn thai, yendon, ukraine dgn rusia..
Quote haifawehbe 13-10-2022 07:52 PM
abangbikerz replied at 13-10-2022 06:54 PM
Mmg ada kes2 pasangan gini, lelaki kokesen mmg xlaku nk cari pasangan asia asal ada pasangan, yg wan ...

mat saleh yg kawen pinoy, thai & sekapal dgnnya mmg jenis mat saleh x laku dekat tempat mereka.. kalau mat saleh kaya haram nk kawen dgn asian/black mcm jatuh standard deme..
Quote ctaz 13-10-2022 07:55 PM
ceh...ingat lawa la sgt....

biasa la...mungkin jenis kawin nak dapat jadi warganegara
Quote JunkMail 13-10-2022 08:03 PM
Biarlah dia nak baiki keturunan dan kualiti hidup.. ini namanya berani ambil risiko. Kira okay lah tu umur hampir sama bukan pakcik tua kutuk perut buncit mengepit pompuan muda.
Quote Carcosa 13-10-2022 08:40 PM
Seeing green???
Bahhahahahha. Green card ller, apa lagi?
Quote bakingsoda 13-10-2022 08:41 PM
takde la buruk pon cuma sbb sakit, yg bini pon tak jelita jd nampak sekufu. tapi kan set2 pinoy ni mmg aim jate foreign ke? anak kacukan korea pon banyak kan kat situ, adekah masa buat anak tu berangan akan dibawa balik korea dan anak tu ada peluang jd retis kpop?
Quote darkness 13-10-2022 08:49 PM
Thunderclouds replied at 13-10-2022 07:30 PM
Ada series. Dh lupa title & tgk kt mna,pinoy2 yg susah ni mmg groom ank2 ppuan so dpt kawen kokosen  ...

Ada jg tgk sebijik cerita uols ni tp lelaki tu dr canada. Ke uols yg silap negara..mmg anak dia ckp disgusting apa semua. Satu lagi larik pegi hongkong semata mata nak kawen dgn budak tu. Anak ni heran kenapa tak kawen je dekat pelipin ke apa..rupanya bapa dia yg umo 70 tu, bakal mak tiri budak.16 tu dan parents tu skali tipu umo..baru tahu dekat situ..punya dia marah dekat bapak dia..pastu timbul rasa kesian aje dkt budak umo 16 tahun tu. Cecepat dia hantar anak dia ke negara drg sb xnak bg tgk anak dia situasi tu

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.296446 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top