CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Charles Patut Tarik Balik Saman, Minta Maaf Kepada Agong

13-10-2022 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1447| Komen: 1


Tan Sri Annuar Musa menggesa Charles Santiago menarik balik samannya terhadap kerajaan kerana membubarkan Parlimen.


Selain itu, penyandang Ahli Parlimen Klang itu perlu wajar memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas tindakannya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOM) berkenaan.


FB Annuar

"Tindakan Charles Santiago mengemukan saman terhadap YAB PM berhubung proses pembubaran parlimen,bukan saja perbuatan sia sia dan cuba membuang masa mahkamah,namun juga merupakan satu perbuatan mempertikai budibicara SPB YDP Agong," tulisnya di Facebook pada Khamis.


Tambahnya, dakwaan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tidak mendapatkan pandangan Jemaah Menteri mengenai pembubaran Parlimen juga tidak benar.

Beliau berkata, anggota jemaah menteri khususnya yang mewakili parti sudah memberi pandangan masing-masing.

Katanya, Agong mempunyai budi bicara mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan.



Pada Selasa, Charles menfailkan saman pemula terhadap Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen yang dibuat Perdana Menteri kelmarin.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu bertujuan menghalang SPR daripada menjalankan PRU15.

Dalam permohonannya, Charles menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A).

Perkara 55(2) membabitkan Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 14-10-2022 09:28 AM
Aku ingat chatles anak queen zebeth.. rupenya charles item.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.150258 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top