CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Faizal Hussein Tolak Banyak Job- Tak Nak Watak Bapa, Hanya Hero Je-" Tak Ramai Penerbit Mampu Bayar Saya"

13-10-2022 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7822| Komen: 75

Faizal Hussein, 55, menolak hampir 80 peratus 'job' dan hanya menerima tawaran lakonan yang sesuai dengan dirinya.

Faizal yang ditemui pada sesi fotografi filem baharu, Daddyku Gangster di ibu negara baru-baru ini mengakui memilih tawaran selepas memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-25 menerusi filem Bunohan.


Foto: IG

"Tidak semua tawaran yang diterima, saya buat. Di mana daripada jumlah itu, 80 peratus saya tolak, hanya 20 peratus saya buat.

"Saya tidak nafikan, tawaran berlakon banyak. Namun, yang banyak adalah seperti watak bapa dalam drama petang-petang, tetapi, saya tak buat.


"Selepas menang melalui filem Bunohan, saya cuma pilih watak utama. Kalau boleh, watak utama itu biarlah yang mencabar.

"Disebabkan itu, orang jarang dapat tengok saya di televisyen (TV) kerana watak dalam drama bersiri saya tak buat, kecuali watak bapa yang jadi hero," katanya kepada BH Online.



Faizal memberi contoh dalam drama bersiri Baby Papa terbitan TV3 lakonannya, watak sebagai bapa ditampilkan sebagai hero.

"Jadi, kalau bapa itu hero, saya buat. Tetapi kalau bapa itu watak pembantu, saya tak ambil," katanya.

Tambah Faizal, selain itu, faktor penerbit tidak boleh memenuhi kadar bayaran ditetapkan menjadi punca dirinya memilih projek.



"Disebabkan ada sejumlah bayaran yang saya minta untuk satu episod, tidak semua penerbit mampu bayar. Sebab itu muka saya jarang keluar di TV," katanya pada sesi fotografi yang dianjurkan di sebuah hotel di ibu negara.

Mengulas lanjut mengenai filem baharunya, Daddyku Gangster arahan Ismail Bob Hashim, Faizal memberitahu, dia terima tawaran membawa watak Karim kerana aksinya mencabar keupayaannya sebagai pelakon.


"Ketika mula-mula saya ditawarkan, mereka beritahu saya kena buat aksi yang mencabar seperti melompat dari atas lori.

"Jadi, saya terima kerana babak yang saya akan jayakan menarik," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 13-10-2022 05:45 PM
Kalau abg Faizal dpt tawaran antara watak utama dlm sekuel Mat Kilau harap abg terima yer…
Quote casper2022 14-10-2022 09:43 AM
pnh jumpa dia... tinggi putih betul.
Quote anakmak 14-10-2022 09:52 AM
Nenolen replied at 13-10-2022 05:45 PM
Kalau abg Faizal dpt tawaran antara watak utama dlm sekuel Mat Kilau harap abg terima yer…

Says setuju!
Quote rosedemon 14-10-2022 10:00 AM
woww kekwat
Quote awenda507 14-10-2022 02:06 PM
menten hensem ko royy.hahhaha. agaknya payment sesuai dgn pengalaman dan skill lakonan dia la kot. berbakat caj mahal pn acceptable. lain la berlakon kayu tp payment kemain mahal lg.
Quote virgocircus 14-10-2022 02:09 PM
Cni bukan mcm hollywood lagi tua dan senior lagi mahal bayaran. Bertabahlah
Quote prizadane 14-10-2022 02:13 PM
tapi dia ni bagusnya, walaupun request watak hero, bukannya hero cerita cintan cintun. hero watak watak yang complicated gitu. so iols okay je dia nak demand daripada his cousin yang nak watak hero korporat je
Quote missHaidiD 14-10-2022 02:16 PM
Ok la tu  dia nk jaga jgk kn. Kalau asik ambik watak bapa je smpai ajm diaorg kasi watak bapak

Cm watak hantu kn. Kalau pelakon tua2 tu diaorg mmg suka kasi watak hantu. Asik org sama je. Hantu, nenek kebayan dia sorg je sapu
Quote Cyempaka 14-10-2022 02:19 PM
Tu jd apak capik kyle dlm cite 1cent tu..
Aku mls nk baca, aku komen berdasarkan tajuk je
Quote canopy_copy 14-10-2022 02:23 PM
Bagus dia ni, memang patut la dia demand. Pengalaman dia dlm industri bukan biashe2.
Quote AWEKSAMURAI 14-10-2022 02:27 PM
virgocircus replied at 14-10-2022 02:09 PM
Cni bukan mcm hollywood lagi tua dan senior lagi mahal bayaran. Bertabahlah

So aku rasa Faizal cuba educated pengarah dan producer letak harga mahal pada pelakon veteran yg ada value ... Dan bila org lain tgok dia buat mcm tu ada je filem or drama bayar dia mahal ...org lain pun xde lah suka2 buang harga sampai xde harga
Quote NonaNaga 14-10-2022 02:31 PM
aku suka faizal...takder la nak men Danish jer....
dia mmg nak bgtau produser pride dia..biarlah dia layak kot.
Quote Acikgomen 14-10-2022 02:32 PM
prizadane replied at 14-10-2022 02:13 PM
tapi dia ni bagusnya, walaupun request watak hero, bukannya hero cerita cintan cintun. hero watak wa ...

Sampai kertu nama nak yg Danish danish aje
Kot nama hero sebagai murad ke saad ke mamposss diwhoareyuskan sajok
Quote marchikobonzo 14-10-2022 04:19 PM
Dia ni deserve la nak demand payment mahal2..berlakon pun best
Quote supernaturalee 14-10-2022 04:26 PM
dlm bunohan tu mmg best
keringggg je bunuh2

btw ade x forummer asal sana
mmg kg tu cenggitu ea suasananya

Quote heythere123 14-10-2022 05:25 PM
prizadane replied at 14-10-2022 02:13 PM
tapi dia ni bagusnya, walaupun request watak hero, bukannya hero cerita cintan cintun. hero watak wa ...

i geli bila tengok cousin dia selalu berlakon buat cameo dalam drama. Nampak ty hard nak jadi macho

tapi ye la, dah production house tu dia punya, memang dia ada je la dalam drama tu
Quote Lampuled 14-10-2022 05:32 PM
casper2022 replied at 14-10-2022 09:43 AM
pnh jumpa dia... tinggi putih betul.

Betul, pernah jugak terserempak dgn dia.
Tinggi, kulit putih cerah drp yg tgk dlm tv. Badan pun tegap elok tak leweh². Mmg ada karisma.
Quote ellejo 14-10-2022 06:45 PM
dia jadi hero cite antu as abang noni nadhirah yg tak kawen2 ok je.
logik je watak bujang terlajak.
asal cecah 50an mesti dpt watak abah2 bosan ler.
Quote siasia 14-10-2022 08:53 PM
Sbb yg bercakap ni Faizal Hussein aku rs oke je, mcm sesuai la. Kalau Rosyam Noor, aku rs nak muntah.

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.391791 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top