CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Orang Lain Resah Dihadap Ke Mahkamah, Aliff Syukri Tenang Rancang Buat Lagu Baru

13-10-2022 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 867| Komen: 2

Tidak seperti tertuduh lain yang resah dihadapkan ke mahkamah, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Sukri Kamarzaman tenang merancang untuk menghasilkan lagu baharu.


"Saya akan buat lagu baharu, raya tahun depan," kata Aliff Syukri seperti dipetik dari Sinar Harian selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan membuat video bersifat sumbang, April lalu.


IG Aliff

Ketika ditemui selepas membayar ikat jamin sebanyak RM20,000, usahawan kosmetik ini berkata, video berkenaan dibuat sekadar suka-suka kerana minatnya yang mendalam dalam bidang muzik.

Ditanya sama ada timbul rasa serik untuk membuat video baharu selepas didakwa di mahkamah, beliau yang terkenal dengan slogan 'terlajak laris', hanya menjawab, semua itu sekadar hobi dan tidak menyangka perkara berkenaan berlaku sehingga ke tahap ini.

Ahli perniagaan berusia 35 tahun ini juga memohon agar semua pihak mendoakan perkara-perkara yang baik kerana beliau telah melaksanakan tugas sebagai rakyat Malaysia.

"Doakan yang baik-baik sahaja, saya akan keluarkan lagu baharu pada hari raya nanti, Insya-ALLAH tahun hadapan.

"Saya maklumkan sekali lagi, apa saya buat ini hanya hiburan semata-mata, saya pun tidak boleh cakap lebih sebab kes masih dalam perbicaraan," katanya selepas disoal oleh media sama ada video terbaharu kelak akan lebih tertib.

Pada pagi Khamis, Aliff Syukri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan membuat video bersifat sumbang, enam bulan lalu.

Beliau dituduh telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang sumbang sifatnya, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi aplikasi Instagram, di akaun 'aliffsyukriterlajaklaris'.


Aliff Syukri (tengah) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Sepang pada Khamis.

Sebelum ini, video muzik lagu raya nyanyian Aliff Syukri yang mempunyai unsur komedi dianggap tidak kelakar oleh masyarakat sebaliknya menjadi bahan cemuhan gara-gara aksi lembut sekumpulan penari lelaki.

Video berdurasi lima minit 23 saat dianggap netizen telah mencemari sambutan Aidilfitri dengan gaya keterlaluan oleh penari lelaki lembut berkenaan.

Malah, ada yang menyifatkan tarian dalam video muzik itu sebagai satu cara halus menormalisasikan penyimpangan fitrah golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote casper2022 14-10-2022 09:44 AM
dia pnh ckp income kt youtube bkn kaleng2. no wonder ..
Quote awenda507 14-10-2022 02:08 PM
sanggup kena caci maki dgn org demi nk dptkn duit daripada utiub. takde otak nk memikir air muka anak2 bila buat perangai kurang akal tu.heh!!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064332 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top