CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jolok Raba Anak Jiran Dipenjara 4 Tahun

13-10-2022 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1049| Komen: 2

Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap seorang lelaki selepas disabitkan kesalahan melakukan amang seksual fizikal dengan meraba paha anak perempuan jirannya, awal bulan ini.


Keputusan itu dibuat selepas Mohd Saperi Sapar, 48, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa meraba paha mangsa berusia 12 tahun di sebuah rumah di Paya Luboh, Tangga Batu pada 2 Oktober lalu, kira-kira jam 11 malam.


Foto: Harian Metro

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


Berdasarkan fakta kes, pengadu (ibu kandung mangsa berusia 38 tahun) diberitahu mangsa pada 3 Oktober lalu kira-kira jam 7 malam bahawa dia diraba di bahagian paha oleh tertuduh yang dikenali sebagai 'Jolok' semasa tidur di ruang tamu bersama dua adiknya.

Difahamkan, ia merupakan kejadian kedua. Bagaimanapun, ibu mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana mahu memberi amaran kepada tertuduh.

Terdahulu dalam rayuannya, tertuduh memohon dikenakan hukuman ringan.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim berhujah supaya hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh bermula dari tarikh ditangkap.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 13-10-2022 06:40 PM
nauzubillahiminzalik
Quote Carcosa 13-10-2022 08:49 PM
Ya hamponnnnn, nama panggilan ko ponnn.
Mengundang betul! Kanfius hakak baca tajuk.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.030927 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top