CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Bunuh Dua Wanita Sebagai Korban Untuk Tarik Duit

13-10-2022 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 903| Komen: 4

NEW DELHI: Polis India menahan sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang dikatakan bomoh, kerana disyaki membunuh dua wanita untuk dijadikan korban kononnya bagi ‘tarik duit’.


Sepasang suami isteri yang mengalami masalah kewangan membayar 300,000 rupee (RM17,093) kepada Mohammed Shafi bagi membunuh dua mangsa yang turut diseksa kejam, menerusi dua ritual dalam tempoh tiga bulan, kata jurucakap polis Pramod Kumar kepada AFP.

Shafi memberitahu, pasangan dari Kerala itu itu – Bhagaval Singh dan isterinya Laila – bahawa korban manusia akan membawa kekayaan yang ‘lebih mudah’, kata polis.


Foto: Hindustan Times


Shafi yang digambarkan polis sebagai penyumbalewang seksual pernah didakwa atas tuduhan rogol, dan dikatakan ‘mengumpan’ mangsa pertama ke rumah Singh pada Jun lalu kononnya untuk menawarkan watak lakonan dalam sebuah filem.

Menurut penyiasat, Shafi meyakinkan pasangan itu untuk mengambil bahagian dalam upacara pemujaan kedua pada September selepas mereka mengadu masih belum memperoleh kekayaan.

“Kami memang menyiasat kes kehilangan wanita pertama sebelum mendapat tahu mengenai mangsa kedua yang juga hilang sekitar kediaman pasangan itu pada September,” kata Kumar.

Shafi, Foto: Hindustan Times

Dua wanita itu mencari rezeki dengan menjual tiket loteri dari rumah ke rumah. Mayat mereka ditemukan ditanam di halaman rumah pasangan itu, dan polis kini turut menyiasat sama ada Shafi terlibat dalam kes lain.

Jiran Singh berkata lelaki itu, yang dipercayai seorang pengamal perubatan tradisional, menyuarakan rasa terkejut dengan kejadian itu malah sukar percaya dia terlibat dalam pembunuhan berkenaan.

“Ramai orang datang ke rumahnya untuk mendapat rawatan tulang retak, lebam dan sakit ringan lain. Kami tidak pernah mengesyaki apa-apa, apatah lagi dia memang seorang yang berbudi bahasa,” kata Gopan K dipetik Hindustan Times. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 13-10-2022 05:08 PM
tarik duit keluar dari ATM
Quote sharlenetexas 13-10-2022 05:09 PM
Tarik duit versi kerala.


Quote rosedemon 14-10-2022 09:48 AM
tak yindonn mesti yindia kalau pelik2
Quote PembacaSenyap 14-10-2022 12:55 PM
Kata ada masalah kewangan tapi mampu bayar sampai 300k rupee??? Bodoh tak bertepi betul malaun² ni...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.166507 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top