Menantu kepada pelakon veteran Hisham Ahmad Tajuddin yang diselamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada pagi Khamis mendedahkan, Allahyarham merupakan peminat tegar program Gegar Vaganza.
Kata Hairudin Samsudin, 26, Allahyarham Hisham yang meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat jangkitan kuman dalam paru-paru mengikuti musim terbaharu pertandingan tersebut. Tambah Hairuddin, bapa mertuanya itu pernah menyatakan hasrat untuk menyaksikan program tersebut secara langsung, namun impian itu tidak kesampaian.
"Ketika kami berbual-bual, arwah ada menyatakan nak menonton Gegar Vaganza secara langsung sebab dia memang minat dengan program berkenaan... tetapi hasratnya itu tidak kesampaian," ujarnya. Menceritakan lebih lanjut mengenai arwah, anak perempuannya, Aqeela Mohd Hisham, 26, pula memberitahu hisham seorang yang gemar menghabiskan masa di rumah membaca novel kegemaran dan menonton televisyen. Kata Aqeela, bapanya itu hanya akan keluar rumah sekiranya ada jemputan program melibatkan industri hiburan untuk berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangannya. "Dia bukan jenis yang suka berjalan atau menghabiskan masa di luar tetapi kalau ada jemputan apa-apa program dia akan hadir kerana ingin bertemu rakan-rakan," ujarnya. Untuk rekod, Hisham bergiat aktif dalam bidang seni sekitar tahun 1980. Antara filem dan drama lakonannya adalah Tsu Feh Sofiah, Wira Angkasa, Hanny, Putera, Black Maria, Dalam Hati Ada Cinta, Tanah Kubur dan Tok Ayah. Sumber: mStar
|
azimodin replied at 14-10-2022 01:16 PM
Pakcik ni best, tone suara ayah2 korporate sangat.
ADVERTISEMENT