CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hans Isaac Dan Shahrol Shiro Terbuka Untuk Bertanding PRU-15

13-10-2022 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1888| Komen: 15

Demam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) makin dirasakan sebaik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa Isnin lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seperti yang pernah dilihat pada PRU lalu, selebriti dengan ideologi politik masing-masing, tidak ketinggalan menonjolkan diri menjadi suara rakyat berbekalkan bakat dan pengaruh mereka sebagai calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertaruhkan.

Selain pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 48, yang dilapor menyerahkan kepada pucuk pimpinan Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan sama ada dirinya layak bertanding pada PRU-15, dua lagi penggiat seni iaitu Datuk Hans Isaac dan Shahrol Shiro terbuka untuk menjadi calon parti masing-masing pada PRU-15.

Foto: IG

Hans yang juga pelakon dan pengarah terkenal mengakui bersedia dan bersikap terbuka untuk bertanding di mana-mana kerusi pada PRU-15.

Mengakui jiwanya lebih dekat dengan Ampang, namun Hans yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Februari tahun lalu, menyerahkan soal kerusi itu kepada pucuk pimpinan parti.

"Terpulang kepada pucuk pimpinan dan masyarakat Ampang. Saya hanya ikut arahan saja. Siapa tidak mahu tanggungjawab itu? Kami masuk dalam politik ini pun adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kalau tanggungjawab itu diberi, saya rasa tiada isu untuk saya galas amanah yang diberi.

"Sudah tiga tahun saya buat kerja secara sendirian di Ampang ini. Ampang memang dekat dengan jiwa. Ini kampung saya. Apapun, kena tunggu hingga penamaan calon.

"Jika nama saya dicalonkan tetapi bukan di Ampang, saya terima keputusan itu," katanya.

Hans memegang pendirian perlu bersedia untuk ditugaskan di mana saja.

"Rakyat yang seharusnya diberi keutamaan, bukannya kepentingan diri sendiri," katanya.

Menurut bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini, jika bukan rezekinya untuk bertanding pada PRU-15, beliau berharap calon terpilih dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Kita hanya mahukan individu berintegriti di Ampang. Buat kerja semata-mata untuk rakyat kerana itulah yang menjadi keutamaan PKR.

"Tidak kisahlah sama ada calon itu nanti lelaki atau wanita. Apa yang penting, dia sangat komited kepada tanggungjawab yang diamanahkan," katanya.

Julai lalu, Hans yang bertanding dalam pemilihan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang tewas dalam kiraan semula kepada pesaingnya yang juga penyanyi rap, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad.

Bagaimanapun, pada Kongres Nasional PKR 2022, Hans dipilih menduduki 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang baharu melalui proses undian.

Sementara itu, empat tahun berada di gelanggang politik bukanlah lesen buat pelawak dan bekas penyampai radio, Shahrol untuk membolehkannya bertanding pada PRU-15.

Biarpun dikenali dan sering terbabit dalam kerja kebajikan anjuran Pemuda Umno Kluang, Shahrol atau nama sebenar, Shahrol Azizie Azmi, 38, mengakui memerlukan banyak masa untuk menimba pengalaman sebelum meluaskan karier politiknya ke peringkat lebih tinggi.

"Bertanding di PRU-15 ini tahapnya berbeza dengan Pilihan Raya Negeri (PRN). Kita tahu keupayaan kita hari ini di mana.

"Sejujurnya, saya sendiri masih dalam peringkat pembelajaran. Sebelum beralih ke fasa yang lebih tinggi, biarlah kita bertatih dari bawah.

"Justeru, biarlah persediaan itu dilakukan secara berperingkat dan dimulakan di peringkat daerah sebelum memegang tampuk kepimpinan yang lebih tinggi," katanya.

Mengakui bukan mudah bergelar pemimpin, pelakon Ustaz Mu Tunggu Aku Datang dan Satu Malam Kubur Berasap 2 ini bagaimanapun tidak menolak jika ada permintaan untuknya bertanding dalam mana-mana kerusi pada PRU-15.

"Untuk menjadi pemimpin, bukan saja memerlukan kecerdasan emosi (EQ) tetapi minda (IQ). Jika dua perkara ini seiring dan cukup haul serta sifatnya, ditambah ada ruang yang disediakan, barulah saya bersedia untuk ke arah sana (bertanding).

"Namun, jika pucuk pimpinan berhasrat calonkan saya kerana yakin saya mampu berkhidmat untuk rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Februari lalu, timbul desas-desus konon Shahrol bakal bertanding pada PRN Johor, namun ternyata ia hanyalah khabar angin. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 13-10-2022 04:46 PM

[ig]https://www.instagram.com/p/CjVUbTVvmy_/?hl=en[/ig]

Hans memegang pendirian perlu bersedia untuk ditugaskan di mana saja.

"Rakyat yang seharusnya diberi keutamaan, bukannya kepentingan diri sendiri," katanya.

Menurut bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ini, jika bukan rezekinya untuk bertanding pada PRU-15, beliau berharap calon terpilih dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Kita hanya mahukan individu berintegriti di Ampang. Buat kerja semata-mata untuk rakyat kerana itulah yang menjadi keutamaan PKR.

"Tidak kisahlah sama ada calon itu nanti lelaki atau wanita. Apa yang penting, dia sangat komited kepada tanggungjawab yang diamanahkan," katanya.

[ig]https://www.instagram.com/p/CjVUB18vAz1/?hl=en[/ig]

Julai lalu, Hans yang bertanding dalam pemilihan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang tewas dalam kiraan semula kepada pesaingnya yang juga penyanyi rap, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad.

Bagaimanapun, pada Kongres Nasional PKR 2022, Hans dipilih menduduki 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang baharu melalui proses undian.

Sementara itu, empat tahun berada di gelanggang politik bukanlah lesen buat pelawak dan bekas penyampai radio, Shahrol untuk membolehkannya bertanding pada PRU-15.

Biarpun dikenali dan sering terbabit dalam kerja kebajikan anjuran Pemuda Umno Kluang, Shahrol atau nama sebenar, Shahrol Azizie Azmi, 38, mengakui memerlukan banyak masa untuk menimba pengalaman sebelum meluaskan karier politiknya ke peringkat lebih tinggi.

[ig]https://www.instagram.com/p/CjCoCTrsB5q/?hl=en[/ig]

"Bertanding di PRU-15 ini tahapnya berbeza dengan Pilihan Raya Negeri (PRN). Kita tahu keupayaan kita hari ini di mana.

"Sejujurnya, saya sendiri masih dalam peringkat pembelajaran. Sebelum beralih ke fasa yang lebih tinggi, biarlah kita bertatih dari bawah.

"Justeru, biarlah persediaan itu dilakukan secara berperingkat dan dimulakan di peringkat daerah sebelum memegang tampuk kepimpinan yang lebih tinggi," katanya.

Mengakui bukan mudah bergelar pemimpin, pelakon Ustaz Mu Tunggu Aku Datang dan Satu Malam Kubur Berasap 2 ini bagaimanapun tidak menolak jika ada permintaan untuknya bertanding dalam mana-mana kerusi pada PRU-15.

[ig]https://www.instagram.com/p/CjeJmNcpn6i/?hl=en[/ig]

"Untuk menjadi pemimpin, bukan saja memerlukan kecerdasan emosi (EQ) tetapi minda (IQ). Jika dua perkara ini seiring dan cukup haul serta sifatnya, ditambah ada ruang yang disediakan, barulah saya bersedia untuk ke arah sana (bertanding).

"Namun, jika pucuk pimpinan berhasrat calonkan saya kerana yakin saya mampu berkhidmat untuk rakyat, saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Februari lalu, timbul desas-desus konon Shahrol bakal bertanding pada PRN Johor, namun ternyata ia hanyalah khabar angin. -CARI

Sumber: Harian Metro
Quote ezacbee 13-10-2022 04:48 PM
Retis xpayah la join...
Quote Dzahin_poch 13-10-2022 05:39 PM
Artis artis je lahhh bukan batu loncTan nak jd ahli politik pulAkkk.. but kalau hans nak try i ols ok je. Si sharul ni xyah lerrr.. kan ramai x suka di kan
Quote alesandra 13-10-2022 06:05 PM
level shahrol tu apa gila nak bertanding parlimen?dun johor mmg dah xboleh
Quote Raline 13-10-2022 07:23 PM
Hans, Shahrol sedia jadi calon PRU15
https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5072390&extra=
Post time 13-10-2022 02:09 PM

dah ada

Quote Adrif 13-10-2022 10:14 PM
golongan ruwaibidhah
Quote umbut 13-10-2022 10:19 PM
Hans ok ler sedap mata memandang, yg shahrol dah agak berangan nak jadi yb
Quote kikilalapooh 14-10-2022 10:16 AM
shahrol ko tak payah lah join PRU ni sebagai calon.. apa sumbangan kau selama ni dkt rakyat haha
Quote imrb 14-10-2022 11:12 AM
aku nk tanya kot ada org keluang apa sumbangan x sepah tu?
Quote bukannasigoreng 14-10-2022 11:22 AM
kikilalapooh replied at 14-10-2022 10:16 AM
shahrol ko tak payah lah join PRU ni sebagai calon.. apa sumbangan kau selama ni dkt rakyat haha

biar je dia boleh kita tengok menang ke tak tu nanti. bukan 100% calon semua pernah bagi sumbangan pun kat rakyat.
Quote SANKURIANG 14-10-2022 11:29 AM
Kalau jadi YB, sepenggal pun, boleh dapat macam2 projek. Dan ada kiraan nya jika ada cukup hisab nya sebagai YB...boleh dapat pencen kan....kalau tak silap...jadi retis mana ada pencen.....
Quote takayama 14-10-2022 11:50 AM
imrb replied at 14-10-2022 11:12 AM
aku nk tanya kot ada org keluang apa sumbangan x sepah tu?

shahrol ke yg chuols maksudkan? dia bukan x sepah kan tp shiro yg satu group dgn ajak
Quote takayama 14-10-2022 11:52 AM
Shahrol ni bukan cam kamceng dgn MB johor ke
ini kira hints ler dia kt si cucu hussein onn yg dia nk bertanding
Quote bulalof 14-10-2022 12:42 PM
ni semua nak cari wang masuk poket je.
Quote wirazam 15-10-2022 12:24 PM
ezacbee replied at 13-10-2022 04:48 PM
Retis xpayah la join...

Setujuuuuuu sgt

Lihat semua komen(15)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.234552 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top