Luluh hati seorang isteri apabila suaminya didapati curang dengan melakukan hubungan intim dengan pelacur hanya kerana badannya sudah gemuk dan tidak lagi ramping seperti baru berkahwin.
Wanita itu yang enggan dikenali mendedahkan suaminya telah melanggan pelacur sebanyak tiga kali hanya kerana fizikalnya sudah tidak seperti dulu selepas beranak. “Saya sangat kecewa kerana suami lebih suka pelacur berbanding diri saya. Rasa seperti mahu meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya. “Dah fikir nak kemas barang, tinggalkan Malaysia dan tak mahu pulang lagi. Bila saya tanya suami kata dia pilih pelacur kerana pelacur tersebut kurus,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial twtmalaywedding.
Menurut wanita itu, dia juga rasa mahu membunuh diri, namun memilih untuk kekal bersama suaminya kerana sayangkan anak-anak. Menerusi hantaran tersebut, netizen turut berkongsi pengalaman sama seperti yang dihadapi oleh individu tersebut. “Pernah ditipu hidup-hidup dan kesannya sehingga sekarang. Walaupun suami tidak bandingkan kita dengan orang lain, tetapi kau tetap akan tahu yang tubuh kau masih tidak putih dan elok seperti orang lain,” ciap 4everdania “Dulu sebelum kahwin janji sehidup semati. Tetapi, ketika dia mengandung kau pergi cari yang lain. Sebagai suami, kau sepatutnya menghargai pengorbanan dia sebagai isteri,” ujar Koala bear. Netizen turut meminta individu tersebut untuk menjalankan ujian kesihatan penyakit kelamin. -CARI Sumber: Kosmo
|
green~tea replied at 13-10-2022 03:54 PM
"Menurut wanita itu, dia juga rasa mahu membunuh diri, namun memilih untuk kekal bersama suaminya ke ...
shamsadis replied at 13-10-2022 05:10 PM
aku pernah baca posting seorang former, melanggan pelacur berbeza dengna layanan dari seorang isteri ...
shamsadis replied at 13-10-2022 05:10 PM
aku pernah baca posting seorang former, melanggan pelacur berbeza dengna layanan dari seorang isteri ...
shamsadis replied at 13-10-2022 05:10 PM
aku pernah baca posting seorang former, melanggan pelacur berbeza dengna layanan dari seorang isteri ...
tompie replied at 13-10-2022 05:18 PM
Pelacur kira professional kot..
Memang kerja dia melayan kehendak pelanggan, konfemla boleh buat m ...
green~tea replied at 13-10-2022 05:42 PM
Ada kawan i.. laki dia hardcore melanggan pelacur... tp bukan sbb seks... tp sebab blowjob semata. ...
Friska replied at 13-10-2022 06:29 PM
Iya, mayoritas wanita Melayu Malaysia BMI nya ndak ideal, kelebihan. Bisa jadi karena saking banyak ...
ADVERTISEMENT