Elly Mazlein tidak akan menyia-nyiakan tawaran sebagai penyampai radio ERA. Penyanyi dan pelakon itu berkata, dia telah menjadi pendengar setia stesen berkenaan sejak dari awal stesen radio itu beroperasi, malah mengakui kagum dengan bakat penyampai radio yang berpengalaman, Halim Othman.
“Sekitar tahun 1998, saya memang sentiasa tunggu segmen abang Halim Othman ke udara. Dengar dia berceloteh dan gaya suaranya sudah boleh buat saya terhibur walaupun tidak nampak muka. “Pada saya, abang Halim Othman merupakan penyampai radio yang berbakat besar dan penyampaiannya nampak bijak dan meyakinkan.
“Kalau boleh saya nak jadi seorang penyampai radio yang menghiburkan dalam masa sama setiap perkataan yang keluar kalau boleh ada ‘isi’,” kata Elly menerusi laporan Astro Awani. Tambah pengacara program GegarVaganza musim ke-9 (GV9) itu, dia tidak menganggap jadualnya yang semakin padat sebagai satu bebanan, sebaliknya, ia adalah tanggungjawab yang harus digalas sebaik mungkin dan berterima kasih atas kepercayaan semua pihak yang banyak menyokong karier seninya. Terdahulu, pengumuman berita Elly sebagai penyampai radio telah dikongsi menerusi hantaran di akaun rasmi Instagram Era.je. Elly memulakan tugas sebagai penyampai dalam program segmen Carta ERA 40 bermula hujung minggu lalu. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT