CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Terkedu Masuk Bilik Sewa Di Kelantan Kotor- Dapur Jijik, Siap Ada Bangkai Tikus

13-10-2022 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3869| Komen: 39

Seorang pelajar terkedu apabila mendapati keadaan bilik yang disewa sangat kotor dan terdapat bangkai tikus.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah negeri di Pantai Timur itu mengecewakan pelajar perempuan itu yang membayar sewa sebanyak RM180 sebulan.



Menerusi perkongsian video di TikTok @princessliaa._ memaparkan gambar keadaan rumah sewa yang dihantar oleh penyewa dan gambar keadaan ‘sebenar’ yang jelas berbeza apabila mereka tiba disana.

“Dua bulan before (sebelum) universiti dah start (mula) kena bayar sewa tapi ini yang aku dapat,” tulis pelajar tersebut.



Setakat ini, hantaran video tersebut telah meraih 600,000 tontonan, 26,000 tanda suka dengan 264 perkongsian.

Susulan itu, hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut sama bersimpati dan terkejut dengan keadaan rumah sewa yang sangat bersepah dan kotor serta ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

“Loya tengok peti ais dengan tempat masak dia,” tulis seorang netizen.

“Cari bilik lain dik, siap ada tikus bagai, seram weh!,” tulis seorang lagi netizen

“Kita sama, nak nangis, peti ais kat tempat saya dah naik kulat. Allah, dengan rumah kena tinggal dalam keadaan baru lepas kena ribut,” komen seorang netizen lainnya.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan mengapa pelajar tersebut tidak membuat tinjauan awal terlebih dahulu sebelum menyewa atau membuat sebarang pembayaran.

“Tak pergi survey (tinjau) dulu ke sebelum buat pembayaran.

“Sebab tu kalau sewa baik pergi tengok sendiri dulu sebelum masuk, kalau stay (tinggal) jauh, boleh mintak kawan yang tolong tengokkan,” komen netizen tersebut.

Bertitik tolak daripada itu, pelajar tersebut juga ada meninggalkan pesanan di ruangan komen videonya menasihati pelajar lain untuk berhati-hati agar tidak mengalami perkara yang sama dengannnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 13-10-2022 03:08 PM
Ummah sskjp khennnnz ape nak heran
Taik anak pun boleh dikumpulnye depan pintu rumah
Quote margo20 13-10-2022 03:24 PM
Bila baca rate sewa 180 je hmm ok
Quote sharlenetexas 13-10-2022 03:27 PM
Kawan iols sewakan bilik RM200 kat negeri sskjp ni. Tu pun org kata mahal. Tu rumah dia besar, bilik attach bilik air, laman luas, setakat sorang dua kat rumah tu, jiran2 pun jauh. Takde makcik bawang berdekatan.

Quote shernazz 13-10-2022 03:29 PM
Adeh.
Owner rumah btol2 soh penyewa bersihkan ni...
Quote naina 13-10-2022 03:31 PM
Bilik sewa tu rumah kongsi dengan penyewa lain la ek? Gamaknya tinggal bangkai tikus mcmtu je. Tak berbau ke rumah
Quote haifawehbe 13-10-2022 03:37 PM
masa study dulu 2x iols dpt housemate sskjp mmg peel sepesen jer iaitu pengotor ya amat.. kalau award pembersih iols rasa org melaka paling layak..
Quote Kitty_catz 13-10-2022 03:43 PM
kalau pengotor mesti sskjp

kalau sskjp mesti pengotor

eh
Quote green~tea 13-10-2022 04:10 PM
Universiti apa kat kelantan? UMK jeli? UMK bachok? UM nilam puri? Gilaaaaa pengotor camni.. mimpi ngeri
Quote putu 13-10-2022 04:13 PM
Roomate iols mek klate elok jer pembersih
Quote ifanonline 13-10-2022 04:16 PM
warga kelantan ni memang dasar pengotor...tapi mereka tahu pula ambil wuduk utk solat...
Quote isseliparjepun 13-10-2022 04:43 PM
green~tea replied at 13-10-2022 04:10 PM
Universiti apa kat kelantan? UMK jeli? UMK bachok? UM nilam puri? Gilaaaaa pengotor camni.. mimpi ng ...

USM kubang krian. Bayangkan kalau yang ambik course med
Quote prettyuglybabe 13-10-2022 05:03 PM
kena bersyukur kalau dapat housemate pemalas dari pengotor
Quote lo_la 13-10-2022 05:14 PM
Eww… kang orang kutuk korang pengotor marah pulak.
Quote makkenits 13-10-2022 05:16 PM
kalo aku, cancel sewa.. baik tumpang rumah member dulu dan cari rumah baru.. xleh hidup dlm rumah yg mcm tu.. masa aku study dulu, rumah sewa kitorg elok je.. then masa nak abis study, serah plak rumah utk junior sewa.. masa nak konvo, pi la tumpang jap rumah tu.. semlm je pun.. tp hazabbbbb weiii... lantai bilik air dah blh jadi swimming pool sbb paip tersumbat.. dengan lantai n dinding blendir.. pad merata dalam bilik air... silap aku sampai dah tgh mlm.. kalo sampai siang,mmg aku dah lari pi sewa hotel..
Quote Lagubestbest 13-10-2022 05:24 PM
180 sebulan kot.. kalau tuan rumah upah orang bersihkan rumah, mau dua tiga bulan rugi rumah kotor gitu.
Quote lo_la 13-10-2022 05:25 PM
prettyuglybabe replied at 13-10-2022 05:03 PM
kena bersyukur kalau dapat housemate pemalas dari pengotor

Ini pemalas nak kemas, jadilah pengotor
Quote jazaa100 13-10-2022 05:27 PM
Tak pe dik.....

Nanti  akn biasa dgn peel sskjp ni.....
Bertabah lah dik.....

Negeri serambi mekah, tapi tak de isle kat situ
Quote DayangKirana 13-10-2022 05:29 PM
so far tak jumpe lagi geng sskjp yang pembersih..
diorang pon dh lali kot..sbb tu its normal to their eyes..
Quote sardintin 13-10-2022 05:38 PM
I dua kali dpt housemate sskjp. tp nasib i baik  sbb dorg still jaga kebersihan. tp satu bende yg xbestnya dorg rajin bw kerabat masuk. ada yg siap tdo lg, pestu sorg hakak org nogori slambe dia je perli2 nk bg ahli yg x berkenaan sila keluar ye, maka menangis la kawan tu. yg lg sorg tu masa kt umah lain pulak, dibawaknya kanak2 riang sampai ada yg mkn kt atas katil I (time tu i xde situ). maka mndpt la cap mohor kari kat cadar. skit pon xde nk minta maaf ke, tlg cuci ke, heihhhh, mmg jenis suka mkn merata2 gamaknya.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.038737 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top