Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tiba di Mahkamah Sepang di sini pada pukul 8.30 pagi tadi bagi pendakwaan kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang pada April lalu.
Beliau tiba di kompleks mahkamah dengan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz sebelum disambut peguamnya. Sumber Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, Aliff Syukri akan berdepan empat pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988. Sebelum ini, Aliff Syukri dipanggil memberi keterangan di MCMC, Cyberjaya bagi membantu siasatan berhubung satu klip video muzik sempena Aidilfitri.
Ahli perniagaan itu mencetuskan kontroversi itu bagi memberikan keterangan berhubung klip video muzik sempena Aidilfiti yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan. Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.-CARI Sumber: Kosmo
|
azie5zoe replied at 13-10-2022 11:40 AM
Uols rasa dia insap tak lepas ni?
azie5zoe replied at 13-10-2022 11:40 AM
Uols rasa dia insap tak lepas ni?
azie5zoe replied at 13-10-2022 11:40 AM
Uols rasa dia insap tak lepas ni?
...video bersifat sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain...
ADVERTISEMENT